Rabu, 5 Jun 2013

Petani tak Puas hati harga padi

TANJONG KARANG 5 JUN: Petani di kawasan Sungai Burong dan Sekinchan berasa tidak puas hati dan kecewa terhadap penurunan harga pembelian padi yang ditawarkan oleh Padiberas Nasional (Bernas) di kawasan mereka.Rata-rata petani mendakwa Bernas kini membeli padi daripada mereka dengan harga RM 1,150 bagi satu tan metrik. Iaitu kurang RM 130 daripada harga 1,280 satu tan yang ditawarkan kepada petani di Tanjong Karang.
Mereka mendakwa pengurangan kira-kira RM 130 satu tan melibatkan kerugian yang besar kepada para petani yang hanya bercucuk tanam dan menjual padi sebanyak dua kali setahun.
Seorang petani, Samsuddin Hussain, 62, mendakwa golongan petani dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana menurunkan harga sewenang-wenangnya setelah petani bekerja keras menanam padi.demo petani BERNAS ng sallehin 02“Petani ini macam tidak diambil berat, macam dipermain-mainkan, seolah-olah petani tak ada nilai diri sedangkan mereka adalah pengeluar makanan negara.
“Ini yang kami tak puas hati, dengan masalah harga padi yang diturunkan ini, kalau turunkan sama saja di semua kawasan, kita tak terasa sangat,” katanya.Samsuddin ditemui bersama hampir 200 orang petani yang mengadakan demonstrasi aman di hadapan Kilang Bernas Sekinchan di sini semalam.
Dianggarkan kawasan Sungai Burong, Sekinchan dan Sabak Bernam mempunyai seramai 5,000 petani yang terjejas dengan penurunan harga Bernas itu.Turut hadir, Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi dan Adun Sekinchan, Ng Swee Lim.
Sementara itu, Sallehin yang juga Adun Sabak berkata, penurunan sebanyak RM 100 bagi setiap tan metrik adalah sangat membebankan kerana menanam padi merupakan perniagaan utama bagi penduduk di Sekinchan sehingga ke Sabak Bernam.“Penurunan RM100 itu kecil, tapi kalau 10 tan metrik? Mereka (petani) sudah hilang RM 1,000, dan RM 1,000 ini terlalu banyak yang boleh digunakan kepada petani.“Bahkan RM 1,000 ini telah melepasi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500 pada tahun lalu,” ujarnya.
Katanya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengambil pendekatan segera bagi menyelesaikan masalah ini sebelum musim menuai berakhir.
Dalam pada itu, seorang lagi petani, Samudin Abdullah , 47, melahirkan perasaan kecewa kerana setelah mengeluarkan kos yang besar bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi tetapi harga pula diturunkan.“Beza petani di negeri-negeri lain, kami petani di Selangor memang banyak mengeluarkan belanja untuk pertanian. Contoh kadar sewa yang tinggi, kadar racun yang mahal, jadi apabila harga padi menurun, jadi kami sangat merasa kerugian,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan