KAMPONG PT 4 SG HJ DORANI
KAMPONG PARIT EMPAT, SUNGAI HAJI DORANI, 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR manafmusa@yahoo.com
Ahad, 27 Mei 2012
Rabu, 16 Mei 2012
Hj Musa Abd Jalil Meningal Dunia
Hj Musa Abd Jalil (uca) meninggal dunia minggu lepas 5/5/2012 ( Ahad Malam Isnin ) kerana sakit tua.Seluruh ahli kariah merasai kehilangannya. Solat jenazah jam 10 pagi di rumah allahyarham di parit 4 Timur Sungai Besar. Al Fatehah
Rabu, 2 Mei 2012
Minta JPS Turun Padang
Sejak musim 1/2012, aktiviti menanam padi berjalan lancar dengan berbagai kaedah dilakukan, ada yang secara tabur terus dan ada yang memilih secara tanam calet. Kaedah tabur terus kosnya agak murah berbanding dengan tanam calet. Ramai yang memilih padi jenis clearfield untuk ditanam bagi mengatasi masalah padi angin. Bagaimanapun harga racun nya agak mahal iaitu RM 350.00 sekotak ( 4 pekej ) Namun bagi mengatasi masalah padi angin, ramai petani yang terpaksa berbelanja besar, masalahnya selepas di racun, dua atau tiga hari, pokok padi memerlukan air dan masalah ini berlarutan sudah hampir sebulan. Pihak JPS sudah dibubungi dan telah menghantar pam air, bagaimana pun pam yang dihantar agak lewat dan sering rosak. Ini yang merisaukan petani. Palong yang sepatutnya ada air tetapi sebaliknya.Ramai petani yang terpaksa menyewa pam untuk mengairi sawah mereka. Mengharapkan Pam Kitar semula yang dibina untuk mengairi sawah ibarat menunggu bulan jatuh ke riba, ianya tidak berfungsi dan masuk musim ke sembilan ( 4 tahun ). Untuk itu para petani mengharapkan pegawai-pegawai JPS agar sering seringlah turun padang untuk mengatasi masalah petani.
Pn Aliah Shoib Meninggal Dunia
Puan Aliah Shiob, isteri kepada En Khalil Ab Wahab, ketua Kampung Parit 3,4 telah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang petang semalam. Jenazahnya dibawa pulang ke kampng halaman di Blok 3 Peket 20 malam tadi dan akan disembahyangkan pagi ini jam 11 pagi di rumah beliau. Allahyarham mengidap sakit Diabetis yang agak serius. Seluruh warga kampung Parit 3,4 mengucapkan takziah buat En Khalil Ab Wahab atas pemergian isteri beliau, al Fatehah.
Khamis, 29 Mac 2012
Rumah mampu Milik (RMM)
SHAH ALAM, 29 MAC : Semua Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri Selangor tidak akan dijual melebihi RM100,000, kata Iskandar Abdul Samad.
Jelasnya, polisi ditetapkan bagi membantu rakyat negeri ini memiliki rumah sendiri sejajar dengan pendapatan yang diperolehi.
Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan berkata, jika harga rumah RM150,000 maka setelah ditolak bayaran deposit 10 peratus iaitu RM15,000 ini bermakna pinjaman yang perlu dipohon adalah RM135,000.
“Jika bayaran balik pinjaman ini adalah selama 20 tahun bermakna bayaran bulanan secara kasar adalah RM1,015 sebulan.
Oleh itu, gaji minima pemohon mestilah sekurang-kurangnya RM3,045 sebulan,” kata Iskandar semasa penggulungan di Sidang Dewan Negeri Selangor.
Implilkasi kepada situasi ini ialah mereka yang gaji kurang dari RM3,045 tidak akan dapat membeli RMM jika dijual dengan harga lebih dari RM100,000.
Iskandar menjelaskan “Kajian Rumah Menyeluruh Berkenaan Jenis Kediaman Mampu Milik Berdasarkan Pendapatan Isi Rumah Di Kawasan Lembah Klang” yang dilakukan oleh Unit Perundingan Universiti Malaya untuk kerajaan negeri tahun lepas menunjukkan harga RMM perlu dipelbagaikan.
“Perlu ada RMM yang berharga RM70,000, RM90,000, RM100,000, RM120,000 dan RM150,000.
“Walau bagaimanapun RMM Negeri Selangor tidak sepatutnya berharga sehingga RM300,000.00 sepertimana RMM Kerajaan Persekutuan yang dijenamakan sebagai PRISMA,” ujarnya.
Sementara itu, tambah Iskandar sebanyak 10 peratus RMM akan diperuntukkan untuk ibu bapa peserta-peserta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) di mana penjualan RMM dikawal oleh kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.
“Pemaju-pemaju yang membina RMM tidak boleh menjual RMM kepada sesiapa sahaja tetapi nama-nama pembeli mestilah diluluskan oleh kerajaan negeri,” katanya.
Menurut Iskandar, peruntukan khas 10 peratus kepada ibu bapa peserta TAWAS bermakna golongan muda terutamanya ibu bapa muda akan mendapat peluang yang lebih untuk memiliki RMM.
“Ini bermakna jika pada satu projek itu terdapat 500 unit RKR maka 50 diperuntukkan untuk ibu bapa peserta TAWAS,” katanya.
Rabu, 28 Mac 2012
Strawberry Leisure Farm, Tarikan baru ke Selangor.
SHAH ALAM, 27 MAC: Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti beberapa produk pelancongan di negeri ini yang mempunyai potensi untuk menarik pelancongan dalam dan luar negara.
Antara tarikan terbaru adalah ladang strawberry yang terletak berhampiran Batang Kali dan bersempadanan dengan Negeri Pahang.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong ketika menjawab soalan soalan Adun Batang Kali, Mohd Isa Abu Kassim bahawa tarikan terbaru tersebut telah dibuka semenjak 2009 lagi.
“Produk yang terbaru berhampiran Batang Kali yang juga menjadi tumpuan ialah seperti Starwberry Leisure Farm yang mejadi tumpuan pelancongan dalam dan luar negara.
“Semenjak ia dibuka pada Ogos 2009, ia telah dapat menarik pengunjung seramai 500,000 orang sehingga ke hari ini,” ujar beliau di Dewan Undangan Negeri hari ini.
Selain itu, beberapa padang golf turut dikenal pasti mempunyai potensi untuk menarik pelancong-pelancong ke Negeri Selangor.
“Begitu juga dengan Bukit Beruntung Golf Course yang menjadi tumpuan para pemain golf khususnya pelancong-pelancong dari negara Korea.
“Pada masa yang sama terdapat pembangunan Mines Golf City of Bukit Beruntung yang bakal menjadi golf course terulung di negara ini,” kata beliau yang juga merupakan Adun Bukit Lanjan itu.
Sebelum itu Elizabeth turut memberitahu usaha membangunkan produk pelancongan di Negeri Selangor dibuat secara menyeluruh dan bukannya ditumpukan kepada sesetengah kawasan sahaja.
“Kerajaan Negeri turut berusaha membangunkan produk-produk pelancongan seluruh negeri Selangor dan tidak tertumpu kepada sesetengah kawasan sahaja.
“Kawasan-kawasan berpotensi ini akan dipromosikan kepada pelancong luar sebagai kawasan-kawasan tarikan baru yang terdapat di seluruh Negeri Selangor,” kata beliau lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)