Isnin, 28 September 2009

Pemilik TOL, di beri Hak Milik Kekal

SHAH ALAM: 28 September- Semua hak milik tanah sementara (TOL) yang melebihi 20 tahun di negeri Selangor akan mendapat status pemilikan kekal, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, ia bertujuan memberi peluang kepada pemilik terbabit memiliki tanah yang diusahakan sejak 20 tahun lalu, secara sah, namun mereka perlu membayar premium yang ditetapkan.
“ we also want to make sure those suppose to be actually given to opportunity stay there for 20 or 30 years then we want to make sure that there is no more TOL on them, That mean we regard them as the rightful owner but of cause they have to pay the premium but we will issue form 5 to satisfy them as the ownership,” katanya.Tan Sri Khalid berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pentadbiran Tanah Negeri Selangor di Dewan Annex, Shah Alam pagi tadi.
Bagaimanapun, katanya ia hanya diberikan kepada pemilik TOL yang menduduki tanah kerajaan yang boleh diluluskan, bukan di tanah rezab seperti rezab sungai dan jalan.
Beliau berkata, jika mereka menetap di tanah rezab sungai, ia perlu digantikan kepada tanah lain yang lebih sesuai. Menurut beliau, semua pegawai daerah akan mengenalpasti pemegang TOL di setiap kampung dan menyenaraikan nama mereka bagi mengisi boring lima untuk memohon hak milik secara kekal.
“We check them, there have been staying that 20 tahun, 30 tahun then the DO will check them, dia tengok senarai nama-nama dan tahu dah kampung-kampung mereka duduk, ada setenggah kampung tiada nama langsung, dan dia akan tampal namanya di masjid, this are the people, then after sometime no complain and the DO issue the borang, isi dan lulus, dia terpaksa pergi ke exco kerana exco yang boleh luluskan tanah pemberian kerajaan,” katanya.
Ketika ini, difahamkan banyak pemilikan tanah secara TOL, masih tidak mendapat hakmilik kekal, terutama di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam.Justeru, tanah yang mereka duduki itu tidak mempunyai nilai untuk dicagarkan atau dijadikan modal bagi mengembangkan kegiatan pertanian yang sedang diusahakan.

Ahad, 27 September 2009

Giatkan Program Pelancongan

SHAH ALAM, 27 September - Kerajaan negeri Selangor dalam usaha memikirkan pelbagai cara untuk mempergiatkan lagi program-program pelancongan yang lebih menarik di negeri ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor akan mewujudkan produk-produk pelancongan yang bertaraf antarabangsa seperti di Negara jiran iaitu Singapura yang mementingkan perkhidmatan pelancongan kepada pelancong.
“Antara perkara yang mula kita fikirkan adalah akan merancangkan factory outlet setengah jam dari KLIA, dapat menggunakan masa mereka, untuk mereka berurusniaga, kita mula memikirkan sebab kita dapati sebahagian besar daripada the time, Singapura telah menggunakan kesempatan itu untuk mereka pergi dan melawat di sana,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian penutup pada persidangan sempena Hari Pelancongan SeDunia peringkat negeri Selangor di Dewan Raja Lumu, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, hari ini.
Menurutnya, kerajaan negeri akan sentiasa menyokong penuh tindakan mana-mana pihak yang mahu mempertingkatkan kemajuan pelancongan dalam negeri ini.
Ia kerana ia selaras dalam membentuk kemajuan ekonomi di sesebuah negeri kerana ia berhubung kuat dengan industri pelancongan.
“Kejayaan sustainability of the economy in services sector is relate to tourism industry, itu sebab pada kita di negeri Selangor, sangat penting bagi kita untuk meraikan hari pelancongan sedunia ini yang mana….untuk mengadakan bengkel ini,” katanya.
Bagaimanapun kata Tan Sri Khalid, pelbagai usaha yang dilakukan jika tanpa sokongan masyarakat, pasti tiadak akan berjaya.
Justeru itu, sokongan masyarakat dalam usaha ini penting bagi memastikan ia mencapai kejayaan sekaligus menarik pelancong ke destinasi-destinasi yang ada di Selangor.

Sabtu, 26 September 2009

Balik Kampung, Dulu dan Kini.

Di minggu terakhir Ramadan ini, lagu 'Balik Kampung' oleh allahyarham Datuk Sudirman Arshad terasa bagai dinyanyikan dalam jiwa ramai penghuni di kota raya ini.Beberapa hari sebelum Aidilfitri, yang dijangka pada hujung minggu ini, jalan-jalan menghala keluar dari bandar-bandar utama di negara ini akan mula sesakdengan kenderaan membawa ribuan penghuni kota untuk 'balik kampung'.
"Balik kampung sudah menjadi satu budaya bagi rakyat Malaysia bukan sahaja pada Hari Raya tetapi juga perayaan lain seperti Tahun Baru Cina dan Deepavali. Bukan sahaja bagi orang Melayu tapi untuk semua bangsa," kata bekas pendidik Fatimah Mansur.
Kata beliau balik kampung kini telah bertukar menjadi satu fenomena.
"Cakap saja balik kampung, satu transformasi akan menyelinap ke dalam jiwa anda," katanya.
KENAPA PERLU BALIK KAMPUNG?
Balik kampung ialah satu perkara yang memenatkan. Terdapat kesesakan jalan yang teruk, kemalangan termasuk kemalangan maut, juga kos yang tinggi dari segi pengangkutan.
Jadi kenapa perlu balik kampung dan kenapa tidak menyambut Hari Raya di kota sahaja.
"Masyarakat kita memang gemar menziarah kaum keluarga dan berjumpa mereka secara langsung, bukan hanya bercakap melalui telefon atau berkomunikasi melalui e-mel atau teknologi yang lain.
"Balik kampung adalah satu proses mengeratkan pertalian keluarga," kata Fatimah.
Bagi jururawat Elizabeth Choo, Aidilfitri adalah untuk semua.
"Ia merupakan cuti kebangsaan, jadi kita semua perlulah balik kampung kalau boleh, dan berjumpa orang tua. Mereka agak sukar untuk datang ke sini. Bila lagi, sebab pada hari lain kita sibuk bekerja," kata Choo yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.
BALIK KAMPUNG DULU, BALIK KAMPUNG SEKARANG
Penulis masih ingat pada tahun 1982, ketika beliau seorang mahasiswa di sebuah universiti di sini, beliau terpaksa duduk di lantai gerabak kereta api kelas tiga untuk 'balik kampung' kerana ingin menyambut Hari Raya bersama ibunya di Pasir Mas, Kelantan.
Semuanya kerana tiket bas kehabisan. Untuk naik kapal terbang jauh sekali kerana penulis tidak mampu. Ketika itu perkhidmatan bas tidaklah sebanyak dan sebaik yang ada sekarang.
Sekarang untuk balik kampung sahaja, beratus-ratus bas yang selesa serta berhawa dingin disediakan. Tak cukup lagi, beratus permit bas sementara juga disediakan oleh pihak berkuasa pengangkutan.
Naik kapal terbang untuk balik kampung juga kini satu kemudahan untuk semua.
"Naik kapal terbanglah pakcik, sekejap je dan tambang pun tak mahal," kata seorang pelajar universiti, Nurul Huda, bila ditanya penulis bagaimana beliau hendak balik kampung.
"Dulu kalau mahu pulang ke Sabah untuk sambut Hari Raya cukup mahal dan susah. Tidak lagi sekarang,"kata Surami Saimi yang berasal dari Penampang, Kota Kinabalu.
Tiga dekad yang lalu, hanya syarikat penerbangan MAS yang beroperasi. Kini, telah wujud syarikat penerbangan tambang murah seperti Firefly dan AirAsia yang boleh menerbangkan anda kemana-mana saja destinasi di dalam dan luar negara.
Bagi yang memilih untuk naik kereta api, perjalanan mereka juga selesa kerana semua koc KTMB mempunyai pendingin hawa serta kerusi yang bernombor.
Jadi, bukanlah satu kerumitan untuk balik kampung dan menemui sanak saudara di musim perayaan ini.- Zulkiple Ibrahim
Selamat Hari Raya.

Balai JKKK Dapat Kerusi Meja.

Menurut sumber yang rapat dari Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah Sabak Bernam, Semua Balai JKKK akan dibekalkan kerusi meja untuk kegunaan mesyuarat dan sebagainya. Insyaallah bekalan akan sampai selepas hari raya. Selama ini balai jkkk menggunakan kerusi cawangan yang sudi meminjamkannya.

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari
Hj Maad Hj Adnan
Ketua Kampung Parit 3,4 Sg Hj Durani,
Sungai Besar, Selangor.

Rabu, 23 September 2009

RM 50.00 Seorang Untuk Pra Sekolah

KLANG, 23 Sept - Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi geran kepada setiap pra-sekolah di seluruh Selangor, sekurang-kurang RM50 seorang setiap bulan.
Ia bertujuan untuk memberi galakkan kepada kanak-kanak seawal lima tahun untuk mengikuti kelas persediaan awal sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan.
Malah, ianya juga dapat meringankan beban ibu bapa menanggung kos pendidikan anak-anak mereka yang saban hari semakin meningkat.
“Sebenarnya kita merancang untuk memberikan geran perkapita tadika kepada tadika-tadika dijangka 50 ringgit seorang, satu kepala, kita jangka setiap bulan, kalau boleh, bukan pelajar islam saja, tapi semua tadika. Kita kalau boleh nak masukkan sekolah-sekolah, oleh kerana kekangan daripada kementerian, jadi kita terpaksa turun bawah sikit dan itu sebenarnya adalah lebih receptive (terbuka) dan lebih mudah untuk dibentuk”, kata Dr Halimah Ali.

Ahad, 13 September 2009

Ihya Ramadhan di Sekincan

SEKINCHAN, 13 Sept - Penggerak Belia Daerah dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam baru-baru ini mengadakan Program Ihya Ramadan dan Belia Bersama Masyarakat di Masjid As-Saadiah Parit 10, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor.
Bermula jam 2.30 petang ahli kariah masjid As-Saasiah dan belia tempatan memulakan aktiviti gotong royong seperti mengecat pagar masjid, mengecat pintu gerbang masjid, memasak lima kawah besar bubur lambuk dan memasang pelita minyak tanah di sekeliling masjid.
Masyarakat setempat termasuk golongan belia bukan melayu turut sama menjayakan aktiviti ini.
Timbalan Pengerusi Majlis Sukan dan Belia Negeri, Amirudin Shari ketika ditemui berkata, menjadi hasrat kerajaan negeri untuk melihat perpaduan di kalangan masyarakat negeri ini tanpa mengira bangsa atau agama.
Katanya, program seperti belia bersama masyarakat antara usaha yang dilakukan untuk menarik minat mereka.
“Inilah di antara pendekatan kita , saya percaya program ini akan mampu mengembalikan serta menjalin kekuatan masyarat secara keseluruhan”
“Hal ini jelas menunjukkan bahawa komitmen kita dalam pembangunan masyarakat jelas dan kita mahu masyarakat yang ada itu betul-betul hidup dalam suasana aman dan harmoni”,katanya.
Dalam majlis itu,TV Selangor juga berkesempatan menemubual beberapa orang belia bukan Islam bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai program itu.
Seorang peserta, Moo Hur San berkata beliau sangat berbesar hati dapat menjayakan program ini bersama masyarakat Islam yang lain.
Katanya selain memupuk perpaduan,ia juga mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka.
“Saya rasa sangat gembira bersama kawan berbagai bangsa dapat bersama-sama bergotong royong hari ini”,katanya.
Seorang lagi peserta,Veerapandin,24 tahun berkata program seumpama ini dapat mengalakkan budaya saling bantu-membantu antara mereka.
“Saya berasa gembira dan bertuah kerana berkawan dengan orang melayu dan cina,dapat membantu orang Melayu untuk mencantikkan masjid,lagipun mengeratkan antara perkauman”,katanya. Program Ihya Ramadan dan Belia Bersama Masyarakat ini turut di serikan dengan kehadiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam majlis ini, Khalid turut menyampaikan borang 5A kepada 50 penduduk Kampung Penerangan, Belakang Kompleks Bernas Sekinchan untuk proses mendapatkan geran hak milik yang tertangguh selama 30 tahun tanpa penyelesaian.
Seorang penduduk, En Abdul Kadir Razak,65 ketika ditemui melahirkan rasa gembira menerima borang 5A tersebut.
Dalam majlis yang sama, Khalid turut menyampaikan dana sebanyak RM168 ribu untuk aktiviti belia setiap daerah di Selangor.

Sultan Selangor Sampai Sumbangan


Sabak Bernam,13 Sept.-Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 290 anak yatim, fakir, miskin dan saudara baharu sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Al-Fitrah Kampung Banting, Sabak Bernam, Jumaat lalu.
Mereka menerima bantuan sebanyak RM100 setiap seorang, manakala asnaf RM200 setiap seorang.
Beberapa penerima yang ditemui melahirkan rasa terharu sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin dengan masalah yang mereka hadapi.
Lebih terharu apabila sumbangan ini disampaikan sendiri oleh baginda sultan dalam majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Seorang penerima,Mohd Zalil Rashid berkata,“Alhamdulillah saya mendapat sumbangan daripada Sultan Selangor,dapatlah semua,dapatlah sumbangan itu nak buat beli makanan,beli kuih raya,yang patut patut”.
“Semua duit ini untuk guna terbaik untuk beli barang untuk anak anak2,baju ke,untuk,guna seperti untuk yang terbaik untuk baik jer”kata seorang lagi penerima dari golongan saudara baru,Kamal Abdullah.
Seorang lagi seorang saudara,Nur Jannah Abdullah menambah,“Perasaan gembira,boleh meringanan beban untuk raya,sambut raya”.
Siri jelajah baginda ke seluruh negeri ini merupakan salah satu daripada program Ihya’ Ramadhan 2009 untuk menemui rakyat, berbuka puasa dan menunaikan solat sunat tarawih berjemaah.
Sumbangan yang disampaikan pula sedikit sebanyak diharap dapat membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan untuk menjalani ibadah ramadhan dan menyambut aidil fitri kali ini.
Kira-kira 1,500 penduduk setempat hadir pada majlis berbuka puasa bersama Sultan di perkarangan Masjid Al-Fitrah, Kampung Banting ini.
Turut hadir, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Exco Selangor, Abdul Samad dan Dr Halimah Ali, serta Pengerusi MAIS Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.-

Selasa, 8 September 2009

Muka-muka Baru Dalam JKKK



Lebih separuh daripada ahli baru Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Selangor yang bakal dilantik, adalah terdiri daripada muka baru, kata pembantu exco kerajaan negeri, Amirudin Shari.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, berkata, ahli JKKK yang lama tidak terpilih kali ini, antaranya, kerana gagal bekerjasama dengan kerajaan negeri.

Kesemua mereka, tambahnya, telah dimaklumkan secara lisan dan surat rasmi dijangka dikeluarkan sebelum hujung bulan ini.

Amirudin berkata, perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat khas mengenai pelantikan JKKK, Khamis lalu.

Katanya, permohonan untuk mengisi jawatan tersebut, dibuka sejak awal Mei lalu, melalui borang terdapat di pejabat penghulu dan pejabat daerah masing-masing.

Amiruddin berkata, permohonan turut diterima daripada JKKK lama yang dilantik kerajaan terdahulu, tetapi jumlahnya tidak besar.

Di peringkat kedua, tambahnya, kesemua pemohon dipanggil untuk ditemuduga oleh Adun, penghulu dan pegawai daerah, katanya kepada Malaysiakini.

Antara kriteria pemilihannya, kata beliau, adalah berumur tidak lebih daripada 65 tahun, diterima oleh penduduk kampung serta bersih daripada rekod jenayah.

Dalam wawancara bersama beberapa media berbahasa Melayu bersempena sambutan ‘100 hari kerajaan baru Selangor' bulan lalu, Khalid berkata Selangor akan mengumumkan kumpulan baru jentera pentadbiran daerah, melibatkan ketua kampung dan JKKK , kerana ada sebahagiannya yang "berkiblatkan" kerajaan persekutuan.

Oleh itu, katanya, telah meminta pegawai daerah dan juga ahli parlimen Pakatan Rakyat dan Adun supaya berbincang untuk melantik ahli JKKK yang baru.

Penyusunan semula yang akan diumumkan bulan ini, akan turut melibatkan struktur pentadbiran di perkampungan Cina yang ada kekosongan sekarang.

Elaun Pengerusi Bakal Dinaikkan

SHAH ALAM, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan membuat kajian bagi cadangan untuk menaikkan elaun pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) di negeri ini.
"Kerajaan Negeri juga menimbang semula untuk menaikkan jumlah elaun yang diberikan kepada ahli JKKK di seluruh Selangor," katanya.

Menurut beliau, perkara ini akan diputuskan oleh mesyuarat kerajaan negeri yang diadakan setiap hari rabu dan dijangka akan diumumkan dalam minggu depan selepas persidangan Dewan Undangan Negeri yang berlangsung pada hari ini.

"Sebelum ini, kadar elaun pengerusi JKKK sejak beberapa tahun lalu ialah RM450 sebulan," beliau berkata demikian selepas Majlis perjumpaan khas Menteri Besar bersama ahli-ahli JKKK seluruh Selangor sempena sambutan satu tahun pemerintahan Pakatan Rakyat pada 8 Mac lalu.

Hadir sama dalam majlis itu semua Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor.

Dalam majlis yang dihadiri lebih kurang seramai 6,000 ahli JKKK dari 386 buah kampung di Selangor turut mengumumkan perlantikan 40 ketua kampung dari kalangan kaum india bagi penduduk kampung majoriti masyarakat itu.

Dalam pada itu, Abdul Khalid juga menambah, pada tahun ini 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' (MES) telah memasuki fasa kedua dengan memberi tumpuan kepada beberapa penambahbaikan kepada program kebajikan.

"Dalam fasa kedua MES, kakitangan kerajaan negeri bakal mendapat kemudahan cuti tambahan.

Kerajaan negeri juga bercadang untuk membantu golongan usahawan dan golongan belia berasaskan kebolehan dan kemampuan masing untuk memperbaiki taraf hidup," katanya.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama tambahan cuti bagi kakitang kerajaan telah dikuatkuasakan pada satu Januari lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail.

"Kita telah mengumumkan kemudahan cuti tambahan sebanyak 90 hari iaitu tambahan 30 hari dari 60 hari sebelum ini bagi kakitangan kerajaan wanita yang bersalin melahirkan anak," katany

Pengerusi JKKK Dapat Komputer


SHAH ALAM, Selangor mendahului negeri-negeri lain membekalkan kemudahan komputer kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata Selangor menjadi negeri pertama melaksanakan kemudahan tersebut dengan peruntukkan kerajaan negeri sebanyak RM1,081,550.00.

“Setiap Pengerusi JKKK akan menerima kemudahan ini mulai Selasa ini di mana mereka akan menerima sebuah komputer, mesin pencetak dan juga alat penyimpan data”, katanya agihan 466 komputer kepada semua daerah bakal dilakukan secara berperingkat.

Rodziah berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Sijil Penerimaan Peralatan Komputer kepada 166 Pengerusi JKKK Daerah Klang, Petaling dan Hulu Langat di Dewan Jubli Perak, dekat sini, pagi tadi.

Katanya, daerah yang sudah menerima sijil tersebut boleh menuntut peralatan komputer masing-masing di Dataran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mulai Selasa ini.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan), Dato’ Tarmedi Omar dan Setiausaha Bahagian, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Wahilman Siwar. - MURIZA ABDUL HAMID

Ahad, 6 September 2009

Rakyat Disaran Daftar Diri Dalam Skim Mesra Usia Emas

SHAH ALAM, 6 Sept - Rakyat di negeri ini diminta merebut peluang dengan mendaftarkan diri dalam Skim Mesra Usia Emas untuk mendapatkan faedah yang ditawarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Mesra Sdn Bhd, Kamsani Nasir berkata setakat ini kesedaran rakyat Selangor mengenai skim ini masih lagi kurang walaupun program tersebut sudah setahun dilaksanakan.

“Dari sudut kesedaran kita rasa masih lagi belum mencapai tahap yang kita rasa boleh berpuas hati dan kita masih lagi menjalankan program-program promosi”,katanya.

Kamsani berkata demikian kepada TV Selangor ketika di temui baru –baru ini.

Beliau selaku badan pelaksana berkata salah satu faktor yang menyebabkan pihaknya sukar mewar-warkan perkara tersebut kepada masyarakat negeri ini disebabkan kurangnya kerjasama daripada media arus perdana selain sikap masyarakat sendiri yang terikat dengan parti politik tertentu.

Katanya, jika masih ramai rakyat yang mengamalkan sikap sedemikian, ianya akan merugikan mereka sendiri.

“Ini satu skim untuk rakyat, sesuatu yang memang hak rakyat dan memang kerajaan berhasrat untuk menyampaikan kepada rakyat. Jika tidak dibuat pendaftaran,jika rakyat tidak melihat ini sebagai satu yang perlu disertai,mugkin ini tidak dapat nanti, maknanya matlamat kerajaan negeri tidak akan tercapai”,katanya.

Menurut Kamsani, program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) ini dilaksanakan dengan pendekatan menjaga hal kebajikan rakyat negeri Selangor tanpa mengambil kira status kaum, agama, usia dan fahaman politik.

Beliau berkata, program tersebut bertujuan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat khususnya bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah.

Justeru, beliau berharap rakyat dinegeri ini tidak menjadikan pegangan politik sebagai alasan dan halangan untuk mereka menikmati kemudahan yang disediakan kerajaan negeri.

“Jadi saya mohon dan saya minta kepada seluruh rakyat di luar sana supaya kita mengenepikan politik itu suatu sudut tetapi tanggungjawab sebagai kerajaan

kepada rakyat itu satu sudut yang lain dan ini kita kena melihat sebagai satu tanggugjawab daripada sebuah kerajaan kepada rakyatnya”,katanya.

Khamis, 3 September 2009

Al Fatehah

Tn Hj Kasim @ kamsin bin Karim meninggal dunia, beliau menghembus nafasnya yang terakhir jam 1230 malam di rumah anaknya di Kuala Lumpur. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Parit 4 selepas solat Jumaat dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Sungai Hj Dorani. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas rohnya, al fatehah.