Isnin, 16 November 2009

Selangor Giat Sediakan Pusat Jagaan Warga Emas

SHAH ALAM 16 NOV: Selaras dengan matlamat kerajaan negeri yang mengutamakan kebajikan rakyatnya, nasib golongan usia emas tidak dilupakan khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai kediaman dan miskin.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sehubungan itu, kerajaan negeri telah menyediakan sebanyak tujuh buah rumah kebajikan kepada mereka.
Tidak ketinggalan, badan bukan kerajaan (NGO) juga menyediakan sebanyak 36 rumah dengan bantuan geran daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Di bawah Lembaga Zakat Selangor, sebanyak 38 buah rumah kebajikan yang menerima bantuan daripada LZS berdasarkan keperluan dan kapasiti penghuni rumah kebajikan tersebut”, katanya. Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ADUN Bangi, Dr Shafie Abu Bakar semasa Sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.
Selain itu, terdapat 3 pusat jagaan harian warga emas NGO dengan menerima peruntukan geran sebanyak 99 ribu ringgit setahun manakala 38 rumah kebajikan NGO yang lain pula menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Tambah Khalid lagi, sehingga kini terdapat kira-kira 2 ribu penghuni rumah kebajikan berada dalam tanggungjawab JKM Negeri Selangor manakala seribu lagi menerima bantuan LZS.
Dalam pada itu, terdapat 3 jenis bantuan kebajikan yang disediakan JKM iaitu Geran Penyelenggaraan bagi keperluan makan dan minum; Geran Pembaikan Kerosakan dan Geran Pentadbiran bagi menampung kos operasi rumah kebajikan.
“Bagi Lembaga Zakat Selangor, sumbangan geran telah diberikan kepada 38 buah rumah kebajikan yang dikenal pasti sejak tahun 2008 yang lalu. Sebanyak RM20,000 (minimum) hingga RM50,000 (maksimum) diberikan setahun”, jelasnya lagi

Ahad, 15 November 2009

Kampung Parit 3,4 Di Genangi Air

























Rm 6 Juta untuk Sekolah Agama Rakyat

SHAH ALAM, 14 November - Kerajaan negeri Selangor meluluskan peruntukan sebanyak RM6 juta bagi pembangunan sekolah agama rakyat bagi memperkasakan pentadbiran sekolah itu di Selangor.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, sekolah agama adalah penting bagi mencorak sahsiah dan mendidik spiritual anak-anak sejak kecil.
“Apa ertinya akhirat, untuk mei ini sesuai mengenal Allah, rasul, dan nilai hidup di dunia, akhirat, saya harap itulah yang diberikan kefahaman yang sebenar-benarnya diberi oleh sekolah seperti ini sesuai dengan sekolah agama,” katanya.
Dr Halimah berkata demikian semasa ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan KAFA Bandar Armada Putra, Pulau Indah pagi tadi