Selasa, 23 Oktober 2012

Khamis, 18 Oktober 2012

Ibadah Qurban












Banjir @ Caram










PBM Sungai Burung







Gotong Royong







Rabu, 17 Oktober 2012

Pelajar UNISEL bertambah

SHAH ALAM, 18 OKT : Universiti Selangor (Unisel) telah meningkatkan pertambahan pelajar yang memberangsangkan selepas mempraktikan pendaftaran dalam talian atau “online”.
Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, kaedah itu menyaksikan kemasukan pelajar ke universiti itu meningkat dengan pantas sehingga institusi itu risau tidak dapat menampung pertambahan pelajar.
Beliau berkata, kaedah itu telah menampung kemerosotan kemasukkan yang dicatat pada 2009 dan 2010.
Menurutnya, kemasukan pelajar ke universiti tersebut pada tahun ini adalah seramai 11,880 pelajar manakala tahun 2011 mencatat kemasukkan 9,902 pelajar.
“Kejayaan diraih seperti dilapor oleh akhbar-akhbar mengatakan bahawa laporan audit negara pada 2009 dan 2010 menunjukkan penurunan pelajar dan pendapatan itu memang betul dan kita telah banyak membuat pembaharuan bagi mengatasinya.”
“Selain kejayaan-kejayaan dibuat pelajar kita di peringkat nasional dan antarabangsa dan data Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mendedahkan kebolehpasaran pelajar kita yang antara tertinggi di dalam negara kita,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Anuar berkata, Unisel juga akan membuat pengambilan pelajar baru pada 5 Januari tahun depan.
Tambahnya, dianggarkan 70 ke 80 peratus pelajar menggunakan kaedah permohonan online.
Daripada 11,880 pelajar itu, katanya, lebih 5,000 ditempatkan di kampus Shah Alam manakala lebih 6,000 lagi di kampus Bestari Jaya.
“Saya risau pada tahun depan kita tidak mempunyai ruang bagi menampung kemasukan pelajar. Bukan risau tidak cukup pelajar masuk,” katanya yang menjangkakan pertambahan pelajar akan terus meningkat ke Unisel dalam masa terdekat.

Subsidi Beras Ada Kelemahan

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini mengakui kelemahan pihak kerajaan dalam pengagihan subsidi beras kepada syarikat-syarikat yang mendapat kouta.

Bercakap pada sesi penggulungan bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata pihaknya kini dalam proses membuat kajian dan mencari mekanisma baru.

"Kita sedang mencari kaedah baru yang lebih memberi manfaat," katanya.

Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika mencelah penggulungan itu meminta Noh menyenaraikan nama-nama syarikat yang mendapat subsidi beras dari kerajaan.

Menurut Mahfuz, kerajaan wajar mengkaji semula pemberian subsidi beras yang dilihat lebih menguntungkan syarikat pemborong berbanding rakyat kebanyakan.

Malah katanya, penyelewengan pemberian subsidi beras bukan perkara baru dan meminta kerajaan mengambil tindakan ke atas mereka yang mendapat kuota kemudian menjual semula subsidi itu.

"Saya pernah sebut sebelum ini, kerajaan kena kaji semula. Kenapa tidak sahaja beri subsidi lima peratus, semua orang pakat beli tidak ada lagi syarikat yang akan ambil keuntungan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Menjawab permintaan Mahfuz itu, Noh berkata pihaknya bersedia memberikan senarai lebih 30 syarikat tersebut.

"Saya boleh bagi senarai syarikat itu, tapi YB (Pokok Sena) berjanji dengan saya akan bagi tahu syarikat mana yang tidak layak menerima kuota itu.

"Saya lagi suka. Saya minta YB Pokok Sena tolong kita," ujar Noh.

Pada tahun ini, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM528 juta subsidi beras dan penggunaan beras sebanyak 180,000 tan metrik di seluruh negara.

Kedudukan Kewangan Selangor Meningkat

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi negeri Selangor seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 khususnya prestasi kewangan.

Demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya kepada media.

Menurut beliau, Kerajaan Selangor telah mencapai beberapa kejayaan dan peningkatan dalam pelbagai aspek antaranya;


1.      Kedudukan kewangan yang baik dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil, pelaburan dan pengurusan kewangan

2.      Sembilan daripada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lima badan berkanun mencatat untung

3.      Peningkatan wang pelaburan  pada 2011 sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya, RM 928.61 juta. Ini merupakan peningkatan berterusan untuk tahun ke lima berturut-turut

4.      Peningkatan hasil sebanyak RM62.50 juta dari RM1.571 bilion pada 2010 kepada RM1.634 bilion pada 2011

5.      Kumpulan Wang Disatukan naik kepada RM1.944 bilion dari RM1.58 bilion pada tahun 2010

6.      Pembayaran hutang awam sangat baik

7.      Projek pembangunan sangat baik dari segi perbelanjaan dan bilangan projek lulus.


Mengenai Skim Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), katanya, kerajaan negeri faham dengan kerisauan Barisan Nasional (BN) terutama bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo yang telah melalui pengalaman buruk apabila Amanah Saham Selangor (ASAS) terpaksa ditutup selepas mengalami kerugian teruk sehinggakan kerajaan Selangor ketika itu  memperuntukkan RM200 juta untuk membayar balik kepada pemegang saham.

"Kita menggunakan kepakaran bagi menyelesaikan kerisauan yang ditunjukkan oleh pemimpin Barisan Nasional ini.  Kita telah membuat kajian keberkesanan TAWAS dan menubuhkan tabung dana untuk menguruskannya. Kita hanya membayar RM70 setahun untuk seorang peserta dan mereka ini akan mendapat RM1,500 selepas  berumur 18 tahun," katanya.

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang menguruskan Skim TAWAS ditubuhkan bukan berasaskan keuntungan, katanya.
Justeru, dakwaan Khir Toyo bahawa skim ini akan lingkup adalah tidak berasas kerana YAWAS mendapat geran sepenuhnya dari kerajaan negeri untuk perbelanjaan operasi.

Bagaimanapun, YAWAS mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan dari dana yang belum dibelanjakan untuk dilaburkan ke dalam pasaran wang, jelas beliau yang merupakan bekas tokoh korporat yang berjaya.

Dari 2008 hingga 2011, kata Khalid,  YAWAS telah menjana pendapatan dari pelaburan ini sebanyak RM622,782 dan ini telah meringankan kos operasi.

Mengenai dakwaan bahawa skim ini tidak menarik minat kerana hanya 19.4 peratus anak kelahiran Selangor mendaftar adalah tidak berasas.

YAWAS tidak mempunyai statistik kelahiran yang tepat kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) enggan memberikan statistik kelahiran yang layak dikategorikan sebagai rakyat Selangor kepada YAWAS, jelasnya.

Jumlah 313,706 kelahiran pada 2011 tidak boleh dijadikan asas untuk mengukur peratusan pendaftaran kerana jumlah ini termasuk bukan warga negara atau bukan warga Selangor.

YAWAS mengandaikan hanya 60 peratus daripada jumlah kelahiran ini yang layak mendaftar Skim ini. YAWAS menjangkakan pencapaian pendaftaran ialah 33.5% dan bukan 19.4%, jelasnya lagi.

Mengenai Sijil Simpanan Tetap lewat dikeluarkan adalah kerana pihak bank menghadapi kekangan dari segi pengurusan dan prosedur bank yang ketat dan sering berubah.

Pihak bank, tambahnya, telah meminta YAWAS menghentikan penghantaran sehingga mereka selesai memproses Sijil Simpanan Tetap yang tertunggak.

"Sehingga Mei 2012, jumlah pembayaran kepada bank telah meningkat kepada RM4,159, 700 yang melibatkan 41,597 ahli. Seramai 24,473 telah menerima Sijil Simpanan Tetap,  16,748 masih dalam proses dan terdapat 30,000 permohonan yang menunggu giliran untuk dihantar kepada bank," beritahunya.

Pihak bank telah memaklumkan kes tertunggak hampir disiapkan dan bank bersedia untuk menerima penghantaran baharu untuk diproses.

"Perkara-perkara ini telah dimaklumkan kepada juruaudit ketika proses pengauditan dijalankan di pejabat YAWAS," beritahunya.

Bagaimanapun, tegas Khalid, Kerajaan Selangor  menerima baik teguran ini dan akan terus memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa selaras dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban di samping memastikan dana awam diguna dengan sebaiknya untuk kebajikan rakyat.