Rabu, 19 Jun 2013

3 negeri diwarta kawasan larangan pembakaran terbuka

Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini mengisytiharkan seluruh negeri Selangor, Melaka dan Johor sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka berkuatkuasa serta merta.Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Datuk Halimah Hassan berkata larangan mengikut Seksyen 29AA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 itu, berkuatkuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Bagaimanapun, katanya, larangan berkenaan tidak melibatkan pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar."Mereka yang disabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, Halimah berkata kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.Ketiga-tiga negeri tersebut sedang menghadapi masalah jerebu ekoran kebakaran hutan di negara jiran.Halimah meminta orang ramai memberi kerjasama dengan menghubungi JAS di talian 03-88891972 atau 1-800-88-2727 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 03-88880336, jika mengesan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di kawasan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan