Jumaat, 18 Disember 2009

40 Ribu Pelajar Bakal Terima Sumbangan

KLANG, 17 Disember - Menjelang pembukaan sesi persekolahan, dalam usaha meringankan beban golongan berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan Kerajaan Negeri bakal menyumbangkan beg sekolah kepada 40 ribu pelajar di seluruh Selangor.Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar berkata, kesemua beg itu dijangka akan diserahkan sebelum 30 Disember ini.

“Kita akan bagi beg sekolah kepada 40,000 murid di seluruh negeri Selangor, di Dun Andalas kita akan adakan pada 28 Disember yang kita akan adakan beg yang akan kita bagi kepada anak-anak kita di sekolah,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Sumbangan kepada Pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari DUN Sri Andalas, Klang malam tadi.

Xavier berkata, Kerajaan Negeri juga tidak meminggirkan golongan pelajar kurang cemerlang dalam peperiksaaan UPSR dan PMR.Sebagai usaha awal kerajaan negeri memberikan RM90 kepada pelajar yang mengambil UPSR dan RM120 kepada pelajar yang mengambil PMR sebagai pendorong kepada mereka untuk memperbaiki pencapaian akademik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan