Ahad, 6 Disember 2009

90 peratus kawasan Urban

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyasarkan 90 peratus kawasan di negeri Selangor bakal membangun dalam tempoh 20 tahun akan datang menerusi program pembangunan semula yang dilaksanakan.Beliau berkata antara langkah yang diambil adalah dengan mempertanggungjawabkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membangunkan semula projek terbengkalai di negeri ini.

“Adalah dijangkakan dalam masa 20 tahun yang akan datang, hampir 90 peratus daripada negeri Selangor ini merupakan kawasan perbandaran ataupun urban,” kata beliau.Beliau berkata demikian dalam ucapannya sewaktu merasmikan Hari Keluarag PKNS yang disertai seramai 5000 ahli keluarga PKNS dan anak syarikatnya di Komplek Sukan PKNS Kelana Jaya pagi tadi.

Turut hadir ialah isteri beliau Puan Sri Datin Salbiah Turut dan Pegawai Kanan Negeri Selangor, Datuk Mohd Arif Abdul Rahman.Khalid dalam ucapannya juga mengumumkan mengenai kejayaan negeri menyumbang 20 peratus kepada kadar pembangunan negara.Katanya, Selangor juga menyaksikan peningkatan sebanyak 35 peratus dalam aspek pembuatan pengeluaran.

“Sekurang-kurangnya, 20 peratus daripada pembangunan negara Malaysia adalah disumbangkan negeri Selangor. Negeri Selangor juga adalah negeri yang antaranya yang tertinggi memberi sumbangan terhadap keluaran pembuatan untuk negara kita. Keluaran ini melebihi 35 peratus daripada keluaran negara,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan