Rabu, 29 Disember 2010

140,000 Warga emas sudah berdaftar.

SHAH ALAM, 25 Nov – Sekalipun dengan keupayaan komunikasi yang terbatas, program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dapat dilaksanakan dengan berkesan apabila kira-kira 60 peratus daripada 236,000 warga yang layak, berjaya didaftarkan.

Pegawai Eksekutif Operasi, Rantaian Mesra Sendirian Berhad, Kamsani Nasir, berkata, setakat ini 139,111 warga emas sudah didaftarkan dan usaha sedang dipertingkatkan menerusi media milik kerajaan negeri dan program Layar Rakyat.

“Kita akan menyertai program Layar Rakyat yang kita harap dapat memberikan penyampaian maklumat yang lebih baik kepada masyarakat dan setiap bulan kita merancang program-program penerangan dan taklimat kepada masyarakat setempat.”

“Sehingga kini, kita sudah menyumbangkan kira-kira RM36 juta untuk kes kematian yang diberikan kepada 14,000 pewaris,” katanya.

Kamsani berkata demikian selepas mempengerusikan Majlis Dialog dan Percambahan Fikiran Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di Bangunan Annex, Shah Alam baru-baru ini.

Beliau akui, program yang murni ini tidak mendapat kerjasama media dan kekurangan keupayaan jentera SMUE turut menjadi kekangan kepada pelaksanaan pendaftaran warga emas dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak RM36.83 juta sudah disumbangkan kepada pewaris. Tahun pertama program ini dilancarkan selepas Pakatan Rakyat (Pakatan) mengamabil alih pentadbiran negeri, sebanyak RM850,000.00 dibelanjakan dan jumlah itu melonjak kepada RM19.755 pada tahun 2009. Manakala setakat September tahun ini, program SMUE sudah membelanjakan RM 16.227)

“Setakat ini daerah Sabak Bernam mencatatkan pendaftaran ter-tinggi sebanyak 72 peratus, diikuti Kuala Selangor (65.9 peratus) dan Kuala Langat (64.3 peratus)”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan