Rabu, 29 Disember 2010

Pendaftaran Tawas

Syarat Pendaftaran TAWAS

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatanya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Faedah Perlaksanaan TAWAS Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00, kad keahlian dan sijil simpanan bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS. Syarat-syarat kelayakan pendaftaran TAWAS adalah:
SYARAT 1:
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008;
iii. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.

SYARAT 2:
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008, DAN;
i. Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Selangor minimum 5 tahun. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).

*Pendaftaran bagi kelahiran 2008 yang termasuk dalam kategori ini dibuka semula bermula 16hb April 2010 sehingga 15hb Oktober 2010 (6 bulan).

SYARAT 3:
ii. Warganegara Malaysia, DAN;
iii. Lahir di luar negeri Selangor (sempadan negeri Selangor) mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iv. *Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi bermastautin tetap di negeri Selangor. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).

*Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa yang bermastautin di daerah yang bersempadan dengan negeri lain. Contoh: Selangor-Perak, Selangor-Negeri Sembilan dan Selangor-Wilayah Persekutuan sahaja.

Borang Pendaftaran yang telah diisi hendaklah disertakan bersama salinan dokumen sokongan seperti berikut:
i. Mykid dan Sijil Lahir anak;
ii. Mykad Ibu dan Bapa;
iii. Mykad Penjaga (jika perlu);
iv. Surat Perakuan Anak Angkat (jika perlu);

Tiada ulasan:

Catat Ulasan