Rabu, 29 Disember 2010

Sumbangan petani diiktiraf

SHAH ALAM 21, Dis - Kerajaan negeri memberi pengiktirafan kepada 23 petani, penternak dan nelayan dalam berbagai kategori dan juga kepada agensi yang gigih membantu sektor pertanian pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPN).
Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari berkata, masyarakat perlu menganggap mencari rezeki dari sumber bumi hijau bukan sekadar pekerjaan tetapi ia mampu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup seseorang.

Buat pertama kali, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPN) di peringkat Negeri Selangor disempurnakan oleh pihak istana, Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj, petang semalam di pekarangan Stadium Malawati.

“Tema sambutan kali ini adalah Inovasi Pertanian Pemangkin Pertumbuhan, yang mana era sebelum ini mengutamakan pengeluaran bagi memenuhi keperluan sara hidup, menjual baki, hasilnya seorang petani itu terbelenggu di dalam arus kemiskinan.

“Masyarakat tani perlu menganggap mencari pendapatan dari bumi hijau bukan sekadar satu pekerjaan tetapi satu perniagaan yang berupaya menjana kekayaan yang melimpah ruah,” katanya.

Yaakob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik memberitahu, kerajaan negeri telah membuktikan dengan pemantauan berterusan dan melalui kerja bersistem, ada dalam kalangan pesawah yang mendapat 14 tan per hektar semusim dan terdapat pesawah memperolehi pendapatan RM32 ribu sebulan.

“Kini pendapatan pesawah telah berjaya ditingkatkan pada minimum RM1000 hingga RM1500 sebulan berbanding tahun sebelumnya hanya RM650 sebulan,” jelasnya.

Untuk penternak pula, jelasnya, kerajaan negeri mengenal pasti lokasi bagi penempatan semula 39 penternak tenusu dalam kawasan PBT dan nelayan pula, seluas 9,200 hektar di kawasan Pantai Klang hingga Sabak Bernam sesuai untuk kebun kerang.
Pada tahun ini, HPN diadakan serentak dengan Selangor Ria sebagai showcase jualan produk-produk yang dikeluar dan dipasarkan di dalam Negeri Selangor yang meliputi keseluruhan jenis hasil pertanian dan produk IKS.

Menurut Yaakob, pada 2009, seramai 520,000 pengunjung telah membanjiri Selangor Ria dengan jualan tunai sebanyak RM2.1 juta dan nilai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan