Isnin, 27 Julai 2009

Bantuan Terjejas

SHAH ALAM, 13 Julai - Pembangunan keagamaan di Selangor hampir terjejas apabila kerajaan persekutuan menangguhkan penyaluran bantuan seperti yang dilakukan sebelum ini.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Ali berkata, dana hampir RM100 juta yang disalurkan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) masih belum diagihkan kepada kerajaan negeri.

“Peruntukan sudah turun sejak tahun lalu daripada Jabatan Perdana Menteri, namun tak masuk lagi peruntukan itu sehingga sekarang kepada tabung JAIS, MAIS.

“Guru-guru Kafa kini dibiayai penuh oleh kerajaan negeri, padahal sepatutnya ini tanggungjawab kerajaan pusat melalui JAKIM untuk biayai sara hidup guru-guru Kafa ini”, katanya.

Katanya, pelbagai program yang sudah dirancang mungkin terjejas, jika dana berkenaan tidak diperolehi.

Antaranya, rancangan menubuhkan Akademi Imam bagi membantu menjaga kebajikan imam-imam, meliputi kenaikan elaun dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Menurut beliau, kebanyakan imam di negeri ini terabai dari segi kebajikan mereka, walaupun mereka tidak pernah mendesak untuk mendapat ganjaran lebih.

Beliau berkata, disebabkan penyaluran peruntukan yang masih ditahan, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid sudah mengarahkan agar beliau mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan dan memohon agar ia disalurkan secepat mungkin.

“Saya harap supaya guru-guru kafa, imam, pegawai penyelaras masjid daerah, semoga kerajaan persekutuan akan dapat salurkan dengan secepat mungkin dengan nama 1 Malaysia kerana untuk kebaikan bersama dan akan memujuk kerajaan persekutuan”, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan