Isnin, 27 Julai 2009

Festival Makanan 09

SHAH ALAM, 17 Julai - Shah Alam dibanjiri pelbagai jenis makanan pada bulan ini sempena Festival Makanan Selangor 2009 di Shah Alam City Center (SACC) Mall, bermula semalam.
Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Nor berkata, festival empat hari ini menyaksikan pameran serta jualan pelbagai jenis produk makanan oleh 14 Industri Kecil Sederhana (IKS), selain memperkasakan pelancongan Selangor.
Festival ini dianjurkan oleh Persatuan Pelancongan Selangor dan Tourism Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Menurut Mazalan, festival ini merupakan antara usaha proaktif dan bijak untuk memperkenalkan produk makanan tempatan yang terdapat di negeri Selangor.

Di samping itu, Mazalan berkata festival ini merupakan satu acara terbaik untuk menarik lebih ramai pengunjung ke bandaraya Shah Alam.
Beliau berharap festival seperti ini dapat dimasukkan ke dalam acara tahunan Tourism Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan