Isnin, 25 Januari 2010

Tingkakan Pendapatan Pesawah

SHAH ALAM 25 Jan - Usaha berterusan kerajaan Selangor membantu golongan pesawah keluar dari garis kemiskinan mula membuahkan hasil.

Projek Peningkatan Hasil Padi yang dilaksanakan sejak Pakatan Rakyat menerajui negeri ini berjaya meningkatkan pendapatan pesawah sebanyak 1,500 ringgit berbanding 750 ringgit sebelum ini.

Selangor juga mencatatkan purata hasil tertinggi iaitu 5.1 tan sehektar di Semenanjung Malaysia.

Walaupun Selangor hanya mempunyai 9.5 peratus kawasan jelapang padi di Barat Laut berbanding 191,191 hektar di Malaysia, pencapaian projek ini amat membanggakan sejak Pakatan Rakyat menarajui negeri ini.

Projek yang melibatkan seluas 18,355 hektar ini dipantau selia Exco Permodenan Pertanian Selangor, Yaakob Sapari membolehkan peserta meraih pendapatan lebih 1,500 ringgit sebulan berbanding 750 ringgit sebelum ini.

“Namun begitu hasil kawasan Jelapang Padi Negeri Selangor ini mengikut tahap pengeluaran hasil sehektar merupakan mencatatkan hasil tertinggi iaitu 5.1 tan sehektar semusim berbanding dengan purata keseluruhan Jelapang Padi di Semenanjung Malaysia, yang mana mencatatkan 3.95 tan sehektar semusim” katanya.

Pengarah Jabatan Pertanian Selangor, Ahmad Zakaria Mohamad Sidek bercakap kepada Tv Selangor yang ditemubual di pejabatnya baru-baru ini.

Katanya, projek peningkatan hasil padi yang dimulakan pada awal tahun lepas melibatkan seramai 9,332 pesawah yang terbahagi kepada 8 blok pengairan iaitu 6 blok di Sabak Bernam manakala 2 blok lagi terletak di Kuala Selangor.

Zakaria turut berkongsi rahsia kejayaan projek ini apabila mengguna pakai sistem penanaman padi secara berjadual.

“Sebenarnya memang bagi pesawah dia tak boleh lari daripada ikut jadual penanaman, sebab jadual penanaman ni bergantung kepada bekalan air yang disediakan melalui sistem pengairan yang diselenggarakan oleh JPS bagi keseluruhan kawasan itu” tambahnya lagi.

Tambahnya, Jabatan Pertanian Negeri Selangor turut menerbitkan Buku Model Peningkatan Hasil Padi Negeri Selangor berasaskan hasil penyelidikan dari MARDI sekaligus membantu pesawah meningkatkan pendapatan mereka.

“Kita juga memperkenalkan beberapa teknologi, kita bermula dari persediaan tanah itu, kita bermula dengan perataan tanah, kita menggunakan teknologi laser bagi sukatan untuk pastikan kita dapat kerataan tanah yang seragam bagi sawah itu adalah penting sebabnya apabila air sampai di sawah, paras keseluruhan petak sawah seragam jadi apabila kita menyemai padi secara taburan itu, pertumbuhan pokok akan seragam, dalam pada masa yang sama juga penjagaan kawalan rumpai mudah memudahkan petani dalam kawalan rumpai.

Dipetik dari,
Selangor Kini.