Ahad, 24 Mac 2013

ustaz Hadi Kunjung Keluarga Sarjan Sabarudin daud

SABAK BERNAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menghulurkan bantuan kepada keluarga anggota polis yang terkorban di Lahad Datu, Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud.

Pemberian tersebut sempena program beliau di Sabak Bernam dan Sungai Besar hari ini. Sumbangan yang berupa duit dan barangan keperluan harian telah diterima oleh abang allahyarham, Mad Sam Daud di rumah keluarganya di Sungai Lias. Turut serta ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Salehin Muhyi.

Nurunnisa Abu Bakar, isteri kepada anggota polis yang terkorban itu tidak dapat hadir sewaktu pemberian sumbangan kerana ada urusan lain.Sebelum pemberian sumbangan, Tuan Guru Abdul Hadi juga turut mengadakan majlis tahlill buat allahyarham. (Gambar bawah)

Program yang dianjurkan PAS Kawasan Sungai Besar dan Sabak Bernam sempena lawatan Presiden PAS turut diisi dengan kuliah subuh di Masjid Makmuriah Sungai Besar selepas solat subuh tadi.

Beliau turut bersarapan di Sungai Besar sebelum bertolak ke Sungai Lias bagi memberkan sumbangan kepada keluarga allahyarham Sabarudin. Ahli Parlimen Marang itu turut mengadakan program dialog di Dewan Tun Razak, Sabak Bernam dan menjelaskan isu semasa, antaranya hubungan PAS di dalam Pakatan Rakyat dan isu yang ditimbulkan oleh Barisan Nasional terutamanya kalimah Allah.

37 ribu rakyat Selangor terima bantuan Khairat Kematian

KUALA LUMPUR: Sejak mengambil alih pentadbiran negeri Selangor pada 2008, pelbagai insentif diperkenalkan Pakatan Rakyat bagi membantu rakyat di negeri itu termasuk memperkenal bantuan Khairat Kematian di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sejak skim itu diperkenalkan, seramai kira-kira 37,000 rakyat Selangor telah mendapat bantuan dan manfaat darinya.Untuk Jumlah itu katanya, kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak lebih RM80 juta.

“Setiap tahun kita peruntukan sebanyak RM26 juta bagi pemberian ini,” katnya yang dipetik Selangorku.Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Bantuan Khairat Kematian kepada 22 waris di Balai JKKK Bestari Jaya di sini semalam.

Menurut beliau lagi, biarpun berdepan pelbagai serangan dan tohmahan dari parti lawan yang cuba mengganggu perjalanan pertadbiran Pakatan Rakyat di negeri itu, namun rakyat boleh menilai sendiri keupayaan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan mereka.

Malah katanya, pengurusan kewangan yang baik dan telus, telah memberikan peluang kepada rakyat untuk menikmati pelbagai insentif yang diperkenal kerajaan negeri.“Walaupun kita keluarkan belanja tetapi ia tidak memberi kesan malah simpanan Kerajaan Negeri bertambah empat kali ganda.

“Ini membuktikan bahawa pemberian yang dilakukan dengan tidak menjejaskan kewangan negeri kalau kita menjaga dengan baik," katanya.Bantuan khairat kematian diperkenalkan Kerajaan Negeri sejak 2008 dengan bantuan jumlah RM2,500 kepada pewaris si mati di mana bantuan RM1,000 didahulukan manakala selebihnya disampaikan kemudian.

Skim ini adalah terbuka kepada semua kaum dan agama dan bukan tertakluk kepada agama Islam sahaja.Seorang penerima, Rasli Rusmin, 52, dari Bukit Badong berkata, pemberian itu adalah bagus dan ia wajar diteruskan Kerajaan Negeri untuk tahun-tahun akan datang.

“Ia meringankan beban keluarga yang kehilangan ahli keluarga,” katanya yang kematian bapa, Rusmin Sidek, 75, pada akhir tahun lalu.V Parameswar, 48, dari Kundang yang kehilangan bapa, S Raju, 86, turut menyatakan Kerajaan Negeri membuktikan keprihatinan terhadap masalah rakyat terutama golongan kurang berkemampuan.

“Saya berterima kasih dengan bantuan ini dan ia memang satu tindakan wajar bagi membela nasib rakyat,” katanya.Seorang lagi, Leong Wang Ping, 44, berkata, beliau begitu terharu dengan pemberian bantuan tersebut yang telah sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

“Saya juga rasa seronok kerana sebelum ini tiada bantuan semacam ini. Kalau boleh selepas ini banyak lagi bantuan dirancang untuk kebaikan semua,” katanya yang kematian bapa, Leong Kong You, 68, pada tahun lalu.

Rabu, 13 Mac 2013

200 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) menerima sumbangan bantuan komputer daripada Lembaga Zakat Selangor

SHAH ALAM 13 MAC : Seramai 200 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) menerima sumbangan bantuan komputer daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bernilai RM 2,000 setiap satu.
Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, pemberian bantuan itu melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM400,000.
“Pemberian komputer riba ini diharap mampu menjentik motivasi kepada para pelajar tajaan LZS yang lain, khususnya anak-anak asnaf untuk berusaha lebih gigih dalam pelajaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Mesra Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor yang diadakan di Dewan Pro-Canselor Universiti Selangor (Unisel) di sini.
Ujarnya, para pelajar disaran untuk memanfaatkan penggunaan komputer riba tersebut untuk tujuan berfaedah demi menggapai kecemerlangan berterusan dalam pendidikan.
Zakat Selangor Sumbang Laptop pada Anak Yatim 02Bantuan ini hanya terbuka kepada asnaf kelahiran Selangor dan belajar di IPT yang berada di dalam negeri ini.
Sebelum ini, LZS memulakan pemberian komputer riba sejak 2004 kepada mereka yang cemerlang dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.0 ke atas dan ia dibuat berdasarkan permohonan dan memenuhi kriteria tertentu.
Walaubagaimanapun, bermula pada tahun ini mereka yang memperolehi PNGK 2.5 ke atas layak juga menerimanya.
Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, para pelajar yang sudah berjaya diharapkan mampu menjadi penyumbang pembayaran zakat di masa hadapan apabila sudah berkerjaya.
Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar, Pejabat Agihan LZS, Abdul Basith Hamid dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Unisel, Prof Madya Zainal Abidin Kidam.
Sehingga Disember 2012, LZS telah membiayai sejumlah 2,320 mahasiswa asnaf fakir dan miskin yang melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS seluruh negara bermula dari peringkat sijil hingga doktor falsafah.