Isnin, 31 Ogos 2009

Sambutan Kemerdekaan Sederhana


SHAH ALAM, 31 Ogos - Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, Hari Merdeka kali ke 52 ini agak berbeza kerana pada tahun ini ianya diraikan dalam bulan Ramadhan serta dalam keadaan berwaspada, ekoran penularan wabak selsema H1N1.

Malah sambutan hari yang penuh bersejarah ini di peringkat nasional juga turut dibuat secara sederhana dan ringkas di perkarangan bangunan Parlimen.

Walaupun Kerajaan Negeri Selangor tidak menganjurkan perarakan dan perbarisan untuk hari kemerdekaan ini, namun pelbagai program kerohanian dan ilmiah sudah diatur bagi tujuan itu.

Tinjauan TV Selangor mendapati orang ramai memahami situasi pada masa ini, tetapi merasa agak sunyi dan mengambil peluang membeli-belah sebagai persediaan Aidilfitri di Kompleks PKNS, Shah Alam.

“Memang kita tiap-tiap tahun kita buat sambutan Merdeka, memang kita selalu mempromosikan barang-barang kita, seperti barang-barang untuk orang Melayu kita selain untuk barang-barang untuk lelaki, kanak-kanak dan wanita. Untuk tahun ini saya rasa belia-belia yang melepak di luar sana amat berkurangan bukan bermakna menjadi sifar tapi memang amat berkurangan, jadi saya amat berpuas hati”, kata Pemilik Butik Azee Collection, Masri Mohd Hanafiah.

“Kehendak saya kali ini agar kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi sekarang ni berterusan sehingga selama-lamanya dan semakin banyak lagi kemajuan yang kita capai untuk meningkatkan taraf hidup terutamanya bangsa Malaysia tak kira orang itu Melayu, Cina, India atau sebagainya”, kata pengunjung Kompleks PKNS, Abdul Halim Abu Mansor.

Sambutan tahun ini lebih tertumpu kepada program yang dianjurkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, menjelang detik 12 tengah malam 31 Ogos, malam tadi.

Ahad, 30 Ogos 2009

Ibu Tunggal Mengikuti Latihan Kemahiran

BESTARI JAYA, 30 Ogos - Ibu tunggal di kawasan luar bandar disarankan mengikuti latihan kemahiran yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai usaha menambah pendapatan mereka.

Untuk tujuan itu, Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Negeri Selangor atau INPENS, diberi tanggungjawab menyediakan latihan kemahiran kepada ibu tunggal, khususnya di daerah Kuala Selangor bagi melahirkan usahawan di luar bandar.
Ianya juga selaras dengan agenda kerajaan negeri menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), dalam membantu golongan ini keluar daripada cengkaman kemiskinan.

“Saya juga ingin mencadangkan kalau ibu-ibu tunggal yang boleh mengikut latihan kemahiran saya minta ibu-ibu tunggal mendaftar supaya dia boleh kursus kemahiran. Jadi nak saya terangkan kerana inilah peluang dan kalau negeri Selangor dapat menggunakan semua guna tenaga ini, kita dapat menyelesaikan dua masalah, satu masalah meningkatkan pendapatan rakyat di negeri Selangor kedua kita dapat mengurangkan kita terpaksa gunakan buruh asing yang begitu ramai di Selangor ini”, kata Tan Sri Khalid.

Demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu Tunggal dan Berbuka Puasa di Masjid Al-Awwabin, Bestari Jaya, petang semalam.Pada majlis itu, 50 penduduk Ijok menerima cermin mata, sumbangan syarikat Vistawave Management.

Manakala 160 ibu tunggal daerah Kuala Selangor menerima sumbangan Hari Raya yang disampaikan isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut

Selasa, 25 Ogos 2009

Al Fatihah

Mintuha Md Jamil Akhir Md Yusof meninggal dunia malam tadi,menurut sumber tak rasmi jenazah akan disembahyangkan jam 10 pagi di masjid Parit 4. Almarhummah adik beradik dengan Hj Raji (pt2) yang kini menunaikan umrah di tanah suci. Al Fatihah.

Isnin, 24 Ogos 2009

Program TAWAS Genap Setahun 30 Ogos.

SHAH ALAM, 15 Ogos - Tabung Warisan Anak Selangor atau TAWAS akan mencapai usia setahun pada akhir bulan ini dan telah mempunyai lebih 10,000 keluarga sejak dilancarkan, 30 Ogos tahun lalu.

Anak-anak Selangor ini yang dianugerahkan kad si Manja Tawas bernilai 100 ringgit setiap seorang, akan menikmati hasilnya apabila mencapai umur 18 tahun.

Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, ahli jawatankuasa TAWAS semakin aktif menjalankan program jelajah bagi memperkenalkan skim ini.

Ia merupakan asset kerajaan negeri Selangor dalam melahirkan generasi kepimpinan pada masa akan datang.
“Kalau hari ini kita bimbing anak ini dengan baik, kalau hari ini kita fokuskan pembangunan insan dan pembangunan diri mereka lebih baik, 20tahun akan datang, mereka adalah merupakan bakal pemimpin pemimpin yang akan membawa satu urus takbir negeri yang begitu baik, begitu transparent dan begitu tanggungjawab”,katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Bersama Kuwait Financial House dan Penyerahan Kad Si Manja Tawas di Dewan Kiambang, Seksyen7 Shah Alam, pagi tadi.
Program ini turut diisi dengan taklimat daripada wakil Kuwait Finance House yang mendedahkan ibu bapa tentang kepentingan jaminan kewangan dalam sebuah institusi keluarga.
Rodziah menambah,“Pendedahan kepada ibu ibu untuk keluarga tentang perlunya kita membuat financial security untuk family sebab itu kita jemput Kuwait Finance House untuk menceritakan bentuk bentuk program yang dia ada.Ini untuk tunjuk dalam kita menjaga family kita,keperluan untuk kita memikir masa depan yang lebih jauh itu penting”

Seramai 300 bayi kelahiran Selangor, hari ini menerima Kad Si Manja Tawas yang melayakkan mereka menerima 100 ringgit daripada kerajaan negeri sebagai perlaburan awal.Nilai ini dijangka meningkat kepada 1,500 ringgit apabila mereka mencecah usia 18 tahun.Selain taklimat, persembahan nasyid, pertandingan bayi comel dan cabutan bertuah turut menyerikan program pada hari ini.

Rabu, 19 Ogos 2009

Majlis Bacaan Yasin

Esok 20/8/09, majlis bacaan yasin dan tahlil di rumah amat pit parit 4 akan diadakan jam 230 petang. Semua kaum muslimat dijemput hadir sempena pindah rumah mesra rakyat baru amat pit.

Aruh Tahlil Kelompok

Alhamdulillah syukur, majlis Tahlil Kelompok sempena kedatangan Ramadhan 1430H telah berjaya diadakan di Surau Hj Ramli Zakaria. Majlis diserikan dengan kehadiran Sidang Shafie Zakaria, Sidang Muhammad Abdullah dan Sidang Maad Hj Adenan. Tahlil diketuai oleh Tn Hj Rahmad Hj Amin. Antara yang hadir Wahab bin Bakri, Omar Hj Amin, Hatta Hj ramli, Md Noor Salleh, Mustafa Udin, Md Rizal Ahmad, Md Rizal Talha, Jamil Sayuti, Ismail Aini, Hj Yusof Darmawi dan selebihnya kakanakan. Mudah-mudahan kehadiran yang seramai ini akan terus berkekalan sehingga akhir Ramadhan. Syabas.

Selasa, 18 Ogos 2009

Nangka Madu Mastura

SEKENDI – Sebanyak RM90,000 diperuntukkan untuk projek tana man Nangka Madu Mastura (NMM) seluas lapan hektar, di sini.
Menurut Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Selangor, Nadzli Che Long, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bernam Jaya adalah yang pertama menerima peruntukan untuk projek tersebut.

“PPK Bernam Jaya adalah yang pertama di Selangor menjalankan projek tanaman NMM dan ia akan diikuti oleh kawasan lain tahun hadapan. Apa yang kita harapkan hasilnya nanti mampu untuk dibanggakan. “Projek ini perlu dijaga dengan baik untuk pastikan projek berjaya berbuah hasil manakala benih NMM ini adalah benih yang bermutu dan sudah diuji oleh Mardi dan boleh dijadikan tanaman berpotensi untuk dimajukan,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran projek NMM PPK Bernam Jaya, di sini.

Dengan keluasan lapan hektar dengan setiap ekar akan ditanam 80 hingga 100 pokok NMM bergantung kepada keadaan tanah dan dianggarkan 2,000 pokok diberikan untuk perlaksanaan projek ini. Kata Nadzli, setiap anak pokok bernilai RM25 dan setiap pokok diberikan tambahan RM25 lagi untuk baja dan racun selama setahun.

“Anggaran harga bagi setiap kilogram NMM ini adalah sekitar RM1 hingga RM1.50 dan kita anggarkan pokok NMM akan mula mengeluarkan hasil pada tahun ketiga, dijangkakan setiap pokok mampu menghasilkan dua biji setiap bulan. “Untuk tahun ke-3, kita anggarkan 5.7 metrik tan pengeluarannya manakala pada tahun ke-4, kita anggarkan hasilnya meningkat 11.4 metrik tan. Tahun seterusnya akan terus berlaku peningkatan hasil menjadi 28.5 metrik tan diikuti 34.23 metrik tan pada tahun ke-6 dan 384.9 metrik tan pada tahun ke-7,” katanya.

Setiap peserta yang menjalankan projek tanaman NMM ini perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi dalam menjayakan projek sehingga mampu mengeluarkan hasil seperti mana yang dianggarkan. Katanya, peserta projek adalah mereka yang beruntung kerana diberikan peluang untuk meningkatkan hasil pendapatan.

“Kerajaan prihatin di mana rakyat didahulukan menerusi peruntu kan yang diberikan. Dalam hal ini, pegawai kita akan beri bimbingan dan sokongan dalam menjayakan projek. “Peserta perlu gigih dan menjadi contoh sejajar hasrat kerajaan untuk menambah pendapatan rakyat. Kerajaan sudah membantu, jika masih gagal, jangan salahkan kerajaan tetapi salahkan diri sendiri,” katanya.

Bantuan Raya

Salasa, 18/08/09, Majlis penyampaian bantuan raya kepada golongan fakir miskin diadakan di Masjid Makmuriah Sungai Besar, mulai jam 800 pagi sampai jam 100 petang, jalan jem, kabanyakan urang. Khabarnya setiap orang menerima antara RM 800 - RM 1000 bergantung kepada jumlah tanggungan. Kepada penerima kami ucapkan berjimat membawa berkat terutama dalam menghadapi awal Ramadhan1430.

Aruh Tahlil Kelompok

Isuk, are Arba malam Hamis, 19/08/09, ahli kariah Surau Hj Ramli Parit 4 di jemput hadir ke Majlis Tahlil Kelompok sempena kedatangan Ramadhan, Datang awal sebelum maghrib. Insyaallah Tuan Iman Hj Rahmad Hj Amin akan mengetuai majlis. Sidang Cincirak selaku penyelaras program. Datang barataan

Jumaat, 14 Ogos 2009

Gotong Royong


Esok ada Gotong Royong di SRA Parit 4
Tarikh : 15 Ogos 2009
Masa : 800 pagi

Semua ibubapa penjaga murid dijemput hadir.

Lusa juga ada gotong royong
Tarikh : 16 Ogos 2009
Masa : 800 pagi
Tempat : masjid Parit 4.

Semua ahli kariah dijemput hadir.

Ahad, 9 Ogos 2009

Talah dah Mangatam

Pertandingan Menghafal Hadith 2009

SHAH ALAM, 9 Ogos - Sempena menyambut kedatangan Ramadhan pada penghujung bulan ini, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil inisiatif menganjurkan Musabaqah Menghafal Hadis peringkat Parlimen Ampang.

Program selama sebulan setengah, berakhir hari ini, merupakan penganjuran julung kalinya diadakan di Selangor yang sebelum ini hanya diberi penekanan kepada Al-Quran semata-mata.

Program yang diilhamkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin ini harus dipuji kerana secara tidak langsung dapat mengembalikan semula kegemilangan Islam yang kaya dengan pelbagai panduan hidup.

“Untuk mengingatkan kita bahawa usaha yang saudara lakukan ini merupakan satu usaha mencari balik kegemilangan Islam dan pada masa tersebut Islam sungguh dihormati oleh masyarakat seluruh dunia”, kata Menteri Besar.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian ketika menutup program berkenaan di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), tengah hari tadi.

Khamis, 6 Ogos 2009

Pohon Permit di PBT


SHAH ALAM: 2 Ogos, Peniaga yang belum mendapatkan permit berniaga, perlu memohon menerusi saluran yang iaitu dari Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, PBT akan berusaha mencari tapak yang sesuai untuk menempatkan lebih ramai peniaga, jika banyak permohonan diterima.

“Terpulang kepada majlis, jika ada permintaan untuk buka tapak, kalau ada tapak kita bukak, kita sudah serah kepada majlis harap hari ini pihak majlis boleh uruskan ini, kalau ada tempat kita buka la,” katanya.

Bagaimanapun, Tan Sri Khalid berkata peniaga mestilah mengusahakan perniagaan dengan bersungguh-sungguh dan bukan sekadar sambil lewa selepas mendapat permit.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat tapak Pasar Bazarena, di Seksyen 13 Shah Alam, pagi tadi.

124 Orang Terima Bantuan


SHAH ALAM, 4 Ogos - Seramai 124 penduduk miskin menerima bantuan peralatan ‘Blueprint’ sempena program Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor 2009 di Shah Alam, pagi tadi.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, ia bertujuan meningkatkan taraf ekonomi kumpulan sasar dan menambah pendapatan mereka.

“Program ini adalah program pembasmian kemiskinan, prihatin negeri Selangor, di mana negeri Selangor telah adakan satu bajet yang mana kita akan beli dan bagi alat-alat perniagaan kepada golongan-golongan berpendapatan rendah yang ingin meningkatkan pendapatan mereka melalui perniagaan yang mereka lakukan sekarang,” katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas perasmian dan penyerahan alat-alat bantuan perniagaan ini berkata, program ini akan dilakukan setiap bulan sehingga akhir tahun ini.

Bekalan Gula Mencukupi.

SHAH ALAM, 4 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor hari ini menegaskan bahawa bekalan gula adalah mencukupi di negeri ini menjelang musim perayaan.

Jabatan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor memberi jaminan tiada krisis bekalan gula sepertimana yang didakwa sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Demikian kata Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong dalam satu kenyataan media dari pejabatnya hari ini.

Isnin, 3 Ogos 2009

Ceramah Nizar

Padi Organik

Banih Masak Dah

Sabtu, 1 Ogos 2009

Ustaz Ghani Johari Meninggal Dunia


Ustaz Ghani bin Johari (Aban)pekan selasa, basubalahan rumah ustaz elbi kembali kerahmatullah petang sumalam, jenazah disembahyangkan pagi tadi jam 1030. Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburuan Sg Hj Dorani. Al-fatihah