Ahad, 26 Disember 2010

Marzuki Husin, Pengarah JAIS yang baru.

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Pengarah Jabatan Agama Islam, Selangor (Jais), Datuk Mohd Khusrin Munawi dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.

Mohd Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Sidek, Mohd Khusrin, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kajang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat.

Ramli, yang sebelum ini menjadi Datuk Bandar Shah Alam dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun.

Tempat Mohd Khusrin di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam, Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.

Pelantikan Mohd Khusrin dan Marzuki telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Mohd Sidek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan