Rabu, 29 Disember 2010

Isu padi

SHAH ALAM, 20 Dis - Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari, mendakwa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar lari daripada menjawab persoalan sebenar yang membelenggu para pesawah di kawasan Tanjong Karang.

Dihubungi TVSelangor, Yaakob menjelaskan isu yang disuarakan pesawah dalam akhbar Selangorkini sebelum ini ialah berkaitan benih padi yang kurang berkualiti sehingga mereka terpaksa menanggung kerugian kerana hasil tanaman rosak akibat padi angin.

Pembekalan benih padi yang dahulunya dikendalikan Jabatan Pertanian diserah kepada syarikat swasta yang dimiliki oleh Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tanjong Karang yang tidak mampu membekalkan benih padi berkualiti kepada petani.

Yaakob berkata demikian bagi mengulas reaksi Noh Omar mengenai isu tersebut di akhbar Sinar Harian hari ini, seolah-olah cuba mengalih tumpuan pembaca dengan mencabar kerajaan negeri membeli hasil padi petani.

Sebaliknya, para petani merungut hasil padi kurang akibat benih padi yang diterima kurang berkualiti, malah turut mempersoalkan tindakan Kementerian Pertanian menswastakan Skim Penanaman Benih Padi atau SPBP.

“Noh tidak menjawab isu sebenar, isu yang dibangkitkan oleh petani ialah berkaitan isu benih padi yang diswastakan oleh kementerian kepada sebuah syarikat, maknanya ia telah memonopoli pembekalan benih padi di kawasan Tanjung Karang dan Sabak Bernam,” katanya.

Terdahulu menyaksikan lebih 50 pesawah berhimpun di kawasan sawah di Sekinchan, meminta Kementerian Pertanian menaikkan semula harga padi ke paras yang lebih munasabah supaya mereka dapat menikmati sedikit keuntungan setelah penat membanting tulang empat kerat.

“Petani mengadu benih padi tidak berkualiti dan itu isunya, jadi sebagai Menteri Pertanian, Noh kena jawab isu itu,” tegasnya.

Selain itu, para petani juga meragui ketulinan benih padi yang dibekalkan kepada mereka.

“Petani meragui ketulinan benih padi yang dibekalkan oleh pihak tersebut, menyebabkan petani kerugian tahun lalu dan sekali lagi Noh tidak menjawab isu tersebut, katanya.

Yaacob yang juga Adun Kota Anggerik menjelaskan, isu tersebut sudah pun dibangkitkan dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) dan sepatutnya kementerian lebih perihatin.

“Isu yang dibangkitkan dalam dewan ialah isu penswataan benih padi kepada sebuah syarikat yang ada hubungan rapat dengan menteri.

“Isu harga padi rendah ialah kerana benih padi yang dibekalkan oleh syarikat kroni Noh ini tidak berkualiti dan ia menyebabkan padi angin yang banyak,” jelasnya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam sidang media di Lobi Parlimen menggesa agar satu siasatan dibuat tentang pemberian tender yang tidak telus kepada beberapa syarikat yang didapati tidak berkelayakan selain tiada loji benih, turut menyewa loji benih di bawah kementerian tersebut.

Menerusi penjelasan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam akhbar Selangorkini keluaran Disember, kemelut penswastaan SPBP yang membelenggu nasib dan rezeki petani, ekoran daripada penswastaan SPBP.

Kerajaan negeri berpendapat, pemberian kuasa menerusi penswataan SPBP kepada sebuah syarikat, sepatutnya tidak berlaku dan sebaliknya kementerian tersebut harus menyelesaikan kemelut petani dengan membuka peluang kepada lebih banyak syarikat untuk mengendalikannya agar mutu benih padi lebih terjamin dan berkualiti.

Idea tersebut juga adalah jalan terbaik kerana ia akan mewujudkan budaya persaingan sihat, sekali gus ia menghapuskan budaya kronisme.

Lesen Sementara untuk pengusaha Burung Walit

SHAH ALAM 21 Dis – Sementara menunggu garis panduan pengusahaan sarang burung walit siap dirangka, Kerajaan Selangor melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengeluarkan lesen sementara kepada pengusaha sarang burung walit yang beroperasi di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu berkata, usaha ini adalah bagi memastikan pengusaha burung walit, berdaftar dengan PBT sebagai langkah pertama dalam mengawal aktiviti para pengusaha supaya tidak bercanggah dengan Jabatan Haiwan dan perundangan negara.

“Jadi sebelum kita ada garis panduan untuk seluruh Selangor, kita mengambil keputusan hari ini bahawa semua PBT yang berkaitan dengan industri burung walit ini, mereka boleh keluarkan lesen sementara mulai tahun depan untuk semua pengusaha burung walit,” katanya lagi.

Beliau menjelaskan, sekurang-kurangnya enam bulan lagi diperlukan untuk merangka garis panduan yang boleh diguna pakai oleh pengusaha sarang burung walit dan jangkamasa ini akan menyebabkan kerajaan hilang pendapatan yang boleh dijanakan daripada industri ini.

“Kita akan keluarkan satu garis panduan untuk burung walit di Selangor, tetapi kerana ada ‘technicality’ dari segi undang-undang, kita akan berkerjasama dengan Jabatan Haiwan,” kata beliau.

Ronnie berkata lagi, walaupun setakat ini belum ada perincian berkenaan jumlah bilangan dan hasil industri ini, tetapi terdapat banyak pengusaha yang mengusahakan tuaian sarang burung walit ini secara haram, contohnya dalam kawasan Kuala Langat, hanya empat pengusaha sahaja yang berdaftar sehingga kini.

Sumbangan petani diiktiraf

SHAH ALAM 21, Dis - Kerajaan negeri memberi pengiktirafan kepada 23 petani, penternak dan nelayan dalam berbagai kategori dan juga kepada agensi yang gigih membantu sektor pertanian pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPN).
Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari berkata, masyarakat perlu menganggap mencari rezeki dari sumber bumi hijau bukan sekadar pekerjaan tetapi ia mampu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup seseorang.

Buat pertama kali, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPN) di peringkat Negeri Selangor disempurnakan oleh pihak istana, Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj, petang semalam di pekarangan Stadium Malawati.

“Tema sambutan kali ini adalah Inovasi Pertanian Pemangkin Pertumbuhan, yang mana era sebelum ini mengutamakan pengeluaran bagi memenuhi keperluan sara hidup, menjual baki, hasilnya seorang petani itu terbelenggu di dalam arus kemiskinan.

“Masyarakat tani perlu menganggap mencari pendapatan dari bumi hijau bukan sekadar satu pekerjaan tetapi satu perniagaan yang berupaya menjana kekayaan yang melimpah ruah,” katanya.

Yaakob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik memberitahu, kerajaan negeri telah membuktikan dengan pemantauan berterusan dan melalui kerja bersistem, ada dalam kalangan pesawah yang mendapat 14 tan per hektar semusim dan terdapat pesawah memperolehi pendapatan RM32 ribu sebulan.

“Kini pendapatan pesawah telah berjaya ditingkatkan pada minimum RM1000 hingga RM1500 sebulan berbanding tahun sebelumnya hanya RM650 sebulan,” jelasnya.

Untuk penternak pula, jelasnya, kerajaan negeri mengenal pasti lokasi bagi penempatan semula 39 penternak tenusu dalam kawasan PBT dan nelayan pula, seluas 9,200 hektar di kawasan Pantai Klang hingga Sabak Bernam sesuai untuk kebun kerang.
Pada tahun ini, HPN diadakan serentak dengan Selangor Ria sebagai showcase jualan produk-produk yang dikeluar dan dipasarkan di dalam Negeri Selangor yang meliputi keseluruhan jenis hasil pertanian dan produk IKS.

Menurut Yaakob, pada 2009, seramai 520,000 pengunjung telah membanjiri Selangor Ria dengan jualan tunai sebanyak RM2.1 juta dan nilai

Isu padi, Dr Yaakob Safari sedia dialog dengan Dato Noh Omar

EXCO Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari bersedia mengadakan sesi dialog bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan pegawai-pegawai berkaitan untuk menyelesaikan isu benih dan baja padi.
“Kita nak jelaskan kepada rakyat mengenai apa sebenarnya hal yang berkaitan padi di Selangor. Kalau dialog antara saya dan dia saja, saya nak ia dilakukan secara meluas termasuk media Umno, tetapi kita tak diberi ruang,” jelasnya kepada TVSelangor.
Exco Selangor itu berkata, beliau juga turut meminta seandainya Noh Omar ingin berdialog, biarlah dilakukan secara terbuka menerusi media.



Menurutnya, pengetahuan yang kurang berkaitan pertanian menyebabkan petani kerugian hampir separuh daripada pendapatan mereka sekarang.

“Datuk Seri Noh tiada pengetahuan berkaitan pertanian. Kesannya tender benih diberikan kepada syarikat yang tiada pengalaman mengendalikan benih padi,” kata Yaakob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik.

Katanya lagi, tindakan menswastakan benih padi dan baja juga merupakan salah satu faktor menyumbang kepada kerugian petani.

“Isunya, bila Kerajaan Negeri Selangor kini berjaya melancarkan sistem yang meningkatkan hasil padi, ia membimbangkan pemimpinn Umno yang takut hilang pengaruh.

“Noh hilang batasan, dia bimbang dengan kejayaan program ini kerana BN nanti akan ditolak,” katanya.

Pembekalan benih padi yang dahulunya dikendalikan Jabatan Pertanian diserah kepada syarikat swasta yang dimiliki oleh Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tanjong Karang yang tidak mampu membekalkan benih padi berkualiti kepada petani.

“Sebelum proses penswastaan, sistem pengurusan benih padi adalah terkawal dan teratur, malah baja serta benih padi yang diterima juga berkualiti.

“Selepas penswastaan diperkenalkan, baja dan benih padi yang diberikan kurang berkualiti hingga menyebabkan banyak berlaku padi angin,” katanya.

Beliau menambah, para petani juga merungut hasil padi kurang akibat benih padi yang diterima kurang berkualiti, dan turut mempersoalkan tindakan Kementerian Pertanian menswastakan Skim Penanaman Benih Padi atau SPBP.

Petani meragui ketulenan benih padi yang dibekalkan oleh pihak tersebut, menyebabkan petani kerugian tahun lalu dan sekali lagi Noh tidak menjawab isu tersebut.

Kerajaan negeri sebelum ini berpendapat, pemberian kuasa menerusi penswataan SPBP kepada sebuah syarikat, sepatutnya tidak berlaku dan sebaliknya kementerian tersebut harus menyelesaikan kemelut petani dengan membuka peluang kepada lebih banyak s

Pakatan Pertahan Selangor, MC

HAH ALAM, 23 Dis – Selepas lebih dua tahun mentadbir Selangor, Pakatan Rakyat (Pakatan) dijangka berjaya mempertahankan Selangor jika Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan sekarang, menurut tinjauan terbaru Merdeka Center.

Kira-kira 57 peratus daripada 1,214 responden percaya hala tuju pentadbiran Selangor oleh Pakatan adalah tepat, manakala hanya 28 peratus berpendapat sebaliknya.

Sokongan daripada masyarakat Cina kekal 53 peratus, manakala sokongan daripada masyarakat India meningkat dari 63 peratus kepada 72 peratus.

Menurut Merdeka Center, sokongan kaum Melayu adalah pada tahap 55 peratus.

Sementara itu, 67 peratus responden berpuas hati dengan prestasi kerajaan negeri Selangor, manakala 55 peratus yakin atau sangat yakin dengan kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Angka ini jauh mengatasi 22 peratus responden yang berpendapat sebaliknya.

Tinjauan ini dijalankan atas permintaan Kerajaan Negeri Selangor, melibatkan pengundi berumur 21 ke atas melalui temu bual telefon dari 27 Julai hingga 23 Ogos.

Tinjauan yang sama juga mendapati Perdana Menteri Najib Abdul Razak terus menghampakan pengundi-pengundi Selangor.

Kira-kira 49 peratus percaya rasuah di peringkat Kerajaan Persekutuan terus meningkat manakala 15 peratus percaya tidak ada perubahan sejak Najib mengambil alih kuasa.

Pendaftaran Tawas

Syarat Pendaftaran TAWAS

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatanya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Faedah Perlaksanaan TAWAS Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00, kad keahlian dan sijil simpanan bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS. Syarat-syarat kelayakan pendaftaran TAWAS adalah:
SYARAT 1:
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008;
iii. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.

SYARAT 2:
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008, DAN;
i. Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Selangor minimum 5 tahun. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).

*Pendaftaran bagi kelahiran 2008 yang termasuk dalam kategori ini dibuka semula bermula 16hb April 2010 sehingga 15hb Oktober 2010 (6 bulan).

SYARAT 3:
ii. Warganegara Malaysia, DAN;
iii. Lahir di luar negeri Selangor (sempadan negeri Selangor) mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iv. *Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi bermastautin tetap di negeri Selangor. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).

*Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa yang bermastautin di daerah yang bersempadan dengan negeri lain. Contoh: Selangor-Perak, Selangor-Negeri Sembilan dan Selangor-Wilayah Persekutuan sahaja.

Borang Pendaftaran yang telah diisi hendaklah disertakan bersama salinan dokumen sokongan seperti berikut:
i. Mykid dan Sijil Lahir anak;
ii. Mykad Ibu dan Bapa;
iii. Mykad Penjaga (jika perlu);
iv. Surat Perakuan Anak Angkat (jika perlu);

140,000 Warga emas sudah berdaftar.

SHAH ALAM, 25 Nov – Sekalipun dengan keupayaan komunikasi yang terbatas, program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dapat dilaksanakan dengan berkesan apabila kira-kira 60 peratus daripada 236,000 warga yang layak, berjaya didaftarkan.

Pegawai Eksekutif Operasi, Rantaian Mesra Sendirian Berhad, Kamsani Nasir, berkata, setakat ini 139,111 warga emas sudah didaftarkan dan usaha sedang dipertingkatkan menerusi media milik kerajaan negeri dan program Layar Rakyat.

“Kita akan menyertai program Layar Rakyat yang kita harap dapat memberikan penyampaian maklumat yang lebih baik kepada masyarakat dan setiap bulan kita merancang program-program penerangan dan taklimat kepada masyarakat setempat.”

“Sehingga kini, kita sudah menyumbangkan kira-kira RM36 juta untuk kes kematian yang diberikan kepada 14,000 pewaris,” katanya.

Kamsani berkata demikian selepas mempengerusikan Majlis Dialog dan Percambahan Fikiran Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di Bangunan Annex, Shah Alam baru-baru ini.

Beliau akui, program yang murni ini tidak mendapat kerjasama media dan kekurangan keupayaan jentera SMUE turut menjadi kekangan kepada pelaksanaan pendaftaran warga emas dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak RM36.83 juta sudah disumbangkan kepada pewaris. Tahun pertama program ini dilancarkan selepas Pakatan Rakyat (Pakatan) mengamabil alih pentadbiran negeri, sebanyak RM850,000.00 dibelanjakan dan jumlah itu melonjak kepada RM19.755 pada tahun 2009. Manakala setakat September tahun ini, program SMUE sudah membelanjakan RM 16.227)

“Setakat ini daerah Sabak Bernam mencatatkan pendaftaran ter-tinggi sebanyak 72 peratus, diikuti Kuala Selangor (65.9 peratus) dan Kuala Langat (64.3 peratus)”

Apa itu MES

Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya melaksanakan program-program yang dirancang dalam Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Pada tanggal 30 September 2010, satu program Sambutan Aidilfitri Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) telah pun diadakan bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Program anjuran Yaysan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan program yang julung kali diadakan dimana sebahagian peserta yang terlibat dalam agenda MES untuk fasa pertama diundang khas bagi menjayakan program pada malam tersebut. Program ini juga telah mendapat kerjasama daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor dan anak-anak syariakat di bawah kerajaan Negeri Selangor. Antara peserta yang terlibat termasuklah dari Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Anak Masuk Universiti, dan Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang.

Ahad, 26 Disember 2010

Sekitar Majlis Pecah Tanah Jalan Sekincan Ulu Bernam

Sekitar majlis pecah tanah jalan sekincan ulu bernam di perkarangan masjid parit 4 pada 20/12/2010. Majlis disempurnakan oleh YB Dato Dr Hassan bin Ali. Antara lain Dato mengingatkan penduduk setempat agar tidak menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba tetapi gunakan jalan untuk ke masjid dan sebagainya yang membawa faedah. insyaallah.








Marzuki Husin, Pengarah JAIS yang baru.

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Pengarah Jabatan Agama Islam, Selangor (Jais), Datuk Mohd Khusrin Munawi dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.

Mohd Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Sidek, Mohd Khusrin, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kajang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat.

Ramli, yang sebelum ini menjadi Datuk Bandar Shah Alam dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun.

Tempat Mohd Khusrin di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam, Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.

Pelantikan Mohd Khusrin dan Marzuki telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Mohd Sidek.

Khamis, 2 Disember 2010

Mesyuarat Pencalonan Ketua Kg

Tarikh : 2 Disember 2010
Hari : Khamis
Masa : 230 Petang
Tempat : Balai JKKK Parit 4.

Semua AJK PAS Cawangan, AJK JKKK Parit 3,4 di jemput hadir
Penghulu Mukim Tn Hj Anuar Abd Wahid akan memberi taklimat dan mempengerusikan mesyuarat, insyaallah. Elaun kehadiran akan dibayar selepas mesyuarat.