Sabtu, 29 Jun 2013

Perancangan Pembangunan Luar Desa

SHAH ALAM 29 JUN : Perancangan pembangunan luar desa yang menjadi tumpuan Kerajaan Negeri bagi penggal terbaru akan dibuat berdasarkan kesesuaian penduduk setempat kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi.
“Industri yang terlibat itu nanti bergantung kepada hasil keluaran yang sesuai dengan penduduk sama ada pertanian, pembangunan atau sebagainya.
“Kita akan jalankan serentak dengan program-program Kerajaan Negeri yang lain. Fokus kita untuk kita membandarkan kampung, jadi apa yang dirasai oleh orang bandar juga dapat dirasai oleh orang kampung,” Sallehin berkata ketika ditemui di sini.Beliau berkata setakat ini, satu jawatankuasa seketariat yang diketuai oleh Pegawai Perhubungan Politik, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sudah ditubuhkan.“Banyak pihak yang akan terlibat dalam perkara ini daripada peringkat atas hinggalah akar umbi. Ini termasuk Saifuddin, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid, saya sendiri serta Ketua-Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).“Jawatankuasa ini sudah mula bergerak. Buat masa ini kita dalam peringkat untuk memantapkan di peringkat JKKK, pegawai daerah dan Ketua Kampung,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan di Masjid Negeri, di sini.
Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan akan memberikan tumpuan yang lebih kepada pembangunan di kawasan desa Selangor seperti Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam.Langkah itu supaya rakyat di kawasan-kawasan pendalaman tersebut dapat merasa nikmat kekayaan Selangor yang selama ini tertumpu di kawasan bandar seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Klang dan Ampang.Usaha pembangunan tersebut meliputi pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan bangunan komersial, selain penjanaan industri kecil bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk belia.

Rabu, 19 Jun 2013

3 negeri diwarta kawasan larangan pembakaran terbuka

Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini mengisytiharkan seluruh negeri Selangor, Melaka dan Johor sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka berkuatkuasa serta merta.Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Datuk Halimah Hassan berkata larangan mengikut Seksyen 29AA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 itu, berkuatkuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Bagaimanapun, katanya, larangan berkenaan tidak melibatkan pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar."Mereka yang disabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, Halimah berkata kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.Ketiga-tiga negeri tersebut sedang menghadapi masalah jerebu ekoran kebakaran hutan di negara jiran.Halimah meminta orang ramai memberi kerjasama dengan menghubungi JAS di talian 03-88891972 atau 1-800-88-2727 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 03-88880336, jika mengesan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di kawasan mereka.

Selasa, 18 Jun 2013

Gangguan Bekalan Air

SHAH ALAM 18 Jun : Beberapa kawasan di Lembah Klang dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air selama lebih dua hari bermula lapan pagi ini sehingga 8 malam hari Khamis.
Ini bagi melakukan kerja-kerja penukaran dan penambahbaikan injap pengepaman air bersih di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.
Menurut kenyataan media Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), kerja-kerja penyenggaraan akan mengambil masa 8 jam, manakala pemulihan bekalan air memakan masa 48 jam.
Syabas menjangkakan hentitugas separa ini akan menyebabkan gangguan bekalan air lebih 74,890 pengguna di Kuala Lumpur, Bukit Damansara, Gombak, Hulu Selangor dan Petaling.
Sebagai langkah persediaan awal, SYABAS telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta menyediakan 525 buah tangki statik.
Kawasan tersebut ialah :
Wilayah Gombak
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara dan Sunway SPK Harmoni 3.
Jumlah akaun : 21,947 akaun
Wilayah Hulu Selangor
Kampung Sungai Serai; seluruh Kuang; Kampung Baru; Kampung Melayu Sri Kundang; Kampung Permata; Taman Desa;
Bandar Baru Kundang; Kundang Jaya; Bandar Tasik Puteri; Taman Tasik Biru dan Taman Perindustrian.
Jumlah akaun: 13,040 akaun
Wilayah Petaling
Bukit Rahman Putra; Taman Impian Indah; Taman Sri Putra; Saujana Akasia; Taman Sri Putra Mas; Taman Matang Jaya dan Kampung Matang Pagar.
Jumlah akaun : 7,340 akaun
Wilayah Kuala Lumpur
Bukit Kiara
Sebahagian Kawasan Bukit Damansara
Manakala kawasan yang mengalami gangguan tekanan rendah termasuk :
Wilayah Petaling
Kuarters Penjara Sungai Buloh; Kampung Kubu Gajah; Kampung Merbau Sempak; Desa Moccis; Kampung Paya Jaras; Hospital Kusta; Kampung Baru Sungai Buloh (Kampung Baru Cina); Kampung Desa Aman; PJU10, Saujana Damansara; PJU10, Prima Damansara.
Jumlah akaun : 21,248 akaun
Wilayah Kuala Lumpur
Segambut
Pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.

Wanita Luar Bandar di Perkasa

SHAH ALAM : Pembangunan wanita masyarakat desa akan menjadi satu objektif tambahan bagi Kerajaan Selangor sejajar dengan usahanya bagi menumpukan pembangunan di kawasan luar bandar.
Exco Kebajikan dan Hal ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata beberapa program sedang dirancang bagi mengembelingkan tenaga wanita supaya mereka dapat menyumbang kepada peningkatan taraf hidup di kawasan setempat.
Di samping it Kerajaan Negeri akan terus merancakan pembukaan Pusat Wanita Berdaya (PWB) di seluruh negeri supaya golongan lepasan sekolah dan suri rumah dapat mempelajari kemahiran baru seperti menjahit dan memasak bagi meningkatkan hasil isi rumah mereka.
Tumpuan turut diberikan kepada golongan ibu tunggal, kata Rodziah, yang juga Adun Batu Tiga.
“Kita akan terus mengiatkan promosi penerangan supaya ibu tunggal yang tidak berdaftar dapat menyertai (program kerajaan negeri) dan mendapat manfaat,” ujarnya di dalam satu temurah bersama Selangorkini.
Rodziah berkata, peranan wanita dalam pembangunan negeri dikhtirafan Kerajaan Negeri dapat dilihat melalui perlantikan empat exco wanita dalam petadbiran negeri.
Beliau berkata, penglibatan 40 peratus tenaga wanita dalam pentadbiran negeri membuktikan kecemerlangan prestasi ditunjukkan yang seharusnya dibanggakan.
“Peranan wanita ini akan terus diperluaskan dari peringkat atasan hingga ke peringkat rendah yang mana akhirnya wujud pemahaman antara lelaki dan wanita dalam pembangunan masyarakat.
“Kita akan terus membela nasib wanita menerusi pelbagai bidang kerjaya supaya mereka mampu mencipta kerjaya dengan jaya bukan setakat dalam konteks jawatan tetapi ianya lebih meluas,” katanya.
Email


Rabu, 5 Jun 2013

Petani tak Puas hati harga padi

TANJONG KARANG 5 JUN: Petani di kawasan Sungai Burong dan Sekinchan berasa tidak puas hati dan kecewa terhadap penurunan harga pembelian padi yang ditawarkan oleh Padiberas Nasional (Bernas) di kawasan mereka.Rata-rata petani mendakwa Bernas kini membeli padi daripada mereka dengan harga RM 1,150 bagi satu tan metrik. Iaitu kurang RM 130 daripada harga 1,280 satu tan yang ditawarkan kepada petani di Tanjong Karang.
Mereka mendakwa pengurangan kira-kira RM 130 satu tan melibatkan kerugian yang besar kepada para petani yang hanya bercucuk tanam dan menjual padi sebanyak dua kali setahun.
Seorang petani, Samsuddin Hussain, 62, mendakwa golongan petani dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana menurunkan harga sewenang-wenangnya setelah petani bekerja keras menanam padi.demo petani BERNAS ng sallehin 02“Petani ini macam tidak diambil berat, macam dipermain-mainkan, seolah-olah petani tak ada nilai diri sedangkan mereka adalah pengeluar makanan negara.
“Ini yang kami tak puas hati, dengan masalah harga padi yang diturunkan ini, kalau turunkan sama saja di semua kawasan, kita tak terasa sangat,” katanya.Samsuddin ditemui bersama hampir 200 orang petani yang mengadakan demonstrasi aman di hadapan Kilang Bernas Sekinchan di sini semalam.
Dianggarkan kawasan Sungai Burong, Sekinchan dan Sabak Bernam mempunyai seramai 5,000 petani yang terjejas dengan penurunan harga Bernas itu.Turut hadir, Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi dan Adun Sekinchan, Ng Swee Lim.
Sementara itu, Sallehin yang juga Adun Sabak berkata, penurunan sebanyak RM 100 bagi setiap tan metrik adalah sangat membebankan kerana menanam padi merupakan perniagaan utama bagi penduduk di Sekinchan sehingga ke Sabak Bernam.“Penurunan RM100 itu kecil, tapi kalau 10 tan metrik? Mereka (petani) sudah hilang RM 1,000, dan RM 1,000 ini terlalu banyak yang boleh digunakan kepada petani.“Bahkan RM 1,000 ini telah melepasi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500 pada tahun lalu,” ujarnya.
Katanya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengambil pendekatan segera bagi menyelesaikan masalah ini sebelum musim menuai berakhir.
Dalam pada itu, seorang lagi petani, Samudin Abdullah , 47, melahirkan perasaan kecewa kerana setelah mengeluarkan kos yang besar bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi tetapi harga pula diturunkan.“Beza petani di negeri-negeri lain, kami petani di Selangor memang banyak mengeluarkan belanja untuk pertanian. Contoh kadar sewa yang tinggi, kadar racun yang mahal, jadi apabila harga padi menurun, jadi kami sangat merasa kerugian,” katanya.

Ahad, 2 Jun 2013

Selangor Kini