Khamis, 29 Mac 2012

Rumah mampu Milik (RMM)

SHAH ALAM, 29 MAC : Semua  Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri Selangor tidak akan dijual melebihi RM100,000, kata Iskandar Abdul Samad.
Jelasnya, polisi ditetapkan bagi membantu rakyat negeri ini memiliki rumah sendiri sejajar dengan pendapatan yang diperolehi.
Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan berkata, jika harga rumah RM150,000 maka setelah ditolak bayaran deposit 10 peratus iaitu RM15,000 ini bermakna pinjaman yang perlu dipohon adalah RM135,000.
“Jika bayaran balik pinjaman ini adalah selama 20 tahun bermakna bayaran bulanan secara kasar adalah RM1,015 sebulan.
Oleh itu, gaji minima pemohon mestilah sekurang-kurangnya RM3,045 sebulan,” kata Iskandar semasa penggulungan di Sidang Dewan Negeri Selangor.
Implilkasi kepada situasi ini ialah mereka yang gaji kurang dari RM3,045 tidak akan dapat membeli RMM jika dijual dengan harga lebih dari RM100,000.
Iskandar menjelaskan “Kajian Rumah Menyeluruh Berkenaan Jenis Kediaman Mampu Milik Berdasarkan Pendapatan Isi Rumah Di Kawasan Lembah Klang” yang dilakukan oleh Unit Perundingan Universiti Malaya untuk kerajaan negeri tahun lepas menunjukkan harga RMM perlu dipelbagaikan.
“Perlu ada RMM yang berharga RM70,000, RM90,000, RM100,000, RM120,000 dan RM150,000.
“Walau bagaimanapun RMM Negeri Selangor tidak sepatutnya berharga sehingga RM300,000.00 sepertimana RMM Kerajaan Persekutuan yang dijenamakan sebagai PRISMA,” ujarnya.
Sementara itu, tambah Iskandar sebanyak 10 peratus RMM akan diperuntukkan untuk ibu bapa peserta-peserta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) di mana penjualan RMM dikawal oleh kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.
“Pemaju-pemaju yang membina RMM tidak boleh menjual RMM kepada sesiapa sahaja tetapi nama-nama pembeli mestilah diluluskan oleh kerajaan negeri,” katanya.
Menurut Iskandar, peruntukan khas 10 peratus kepada ibu bapa peserta TAWAS bermakna golongan muda terutamanya ibu bapa muda akan mendapat peluang yang lebih untuk memiliki RMM.
“Ini bermakna jika pada satu projek itu terdapat 500 unit RKR maka 50 diperuntukkan untuk ibu bapa peserta TAWAS,” katanya.

Rabu, 28 Mac 2012

Strawberry Leisure Farm, Tarikan baru ke Selangor.

SHAH ALAM, 27 MAC: Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti beberapa produk pelancongan di negeri ini yang mempunyai potensi untuk menarik pelancongan dalam dan luar negara.
Antara tarikan terbaru adalah ladang strawberry yang terletak berhampiran Batang Kali dan bersempadanan dengan Negeri Pahang.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong ketika menjawab soalan soalan Adun Batang Kali, Mohd Isa Abu Kassim bahawa tarikan terbaru tersebut telah dibuka semenjak 2009 lagi.
“Produk yang terbaru berhampiran Batang Kali yang juga menjadi tumpuan ialah seperti Starwberry Leisure Farm yang mejadi tumpuan pelancongan dalam dan luar negara.
“Semenjak ia dibuka pada Ogos 2009, ia telah dapat menarik pengunjung seramai 500,000 orang sehingga ke hari ini,” ujar beliau di Dewan Undangan Negeri hari ini.
Selain itu, beberapa padang golf turut dikenal pasti mempunyai potensi untuk menarik pelancong-pelancong ke Negeri Selangor.
“Begitu juga dengan Bukit Beruntung Golf Course yang menjadi tumpuan para pemain golf khususnya pelancong-pelancong dari negara Korea.
“Pada masa yang sama terdapat pembangunan Mines Golf City of Bukit Beruntung yang bakal menjadi golf course  terulung di negara ini,” kata beliau yang juga merupakan Adun Bukit Lanjan itu.
Sebelum itu Elizabeth turut memberitahu usaha membangunkan produk pelancongan di Negeri Selangor dibuat secara menyeluruh dan bukannya ditumpukan kepada sesetengah kawasan sahaja.
“Kerajaan Negeri turut berusaha membangunkan produk-produk pelancongan seluruh negeri Selangor dan tidak tertumpu kepada sesetengah kawasan sahaja.
“Kawasan-kawasan berpotensi ini akan dipromosikan kepada pelancong luar sebagai kawasan-kawasan tarikan baru yang terdapat di seluruh Negeri Selangor,” kata beliau lagi.

Bekalan Air Percuma 20 Meter padu

Dasar memberi bekalan air kegunaan percuma bagi 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik yang bermeter individu setiap bulan yang telah dilaksanakan bermula 1 Jun 2008. Program ini adalah bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan rakyat Selangor. Dianggarkan seramai 1.5 juta pengguna meter individu penduduk di Selangor telah menikmati kemudahan ini dan secara tidak langsung program ini telah meringankan beban rakyat terutama dalam situasi ekonomi merosot ini. Atas istilah keramat "Merakyatkan Ekonomi" negeri Selangor berjaya melakukan perkara yang dikatakan oleh pihak-pihak tertentu sebagai mustahil. Kerajaan negeri melalui anak syarikatnya Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bertindak mengagihkan semula keuntungan pihak-pihak yang terlibat dalam perkhidmatan air ini kepada rakyat.

Tiada borang atau permohonan diperlukan, ianya automatik untuk penduduk Selangor yang menggunakan 20m3 atau kurang sebulan,

Rumah Tradisi Kg Pt 4.

Rumah Abu Seman

Rumah Sulaiman Salleh

Rumah Omar Hj Amin
Tambah kapsyen

Rumah Hj Rahmat


Sebahagian dari rumah tradisi yang masih bertahan di kampung parit 4. Selain mempunyai keunikan tersendiri, kos pembinaannya agak murah, didirikan secara gotong royong oleh orang kampung. Suasana agak sejuk bila hari apnas berbanding rumah batu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini keadaan sudah bertukar. masyarakat lebih suka membina rumah dari batu, kononnya kosnya agak murah berbanding rumah kayu. Selain lebih tahan dimamah usia.

Tiada Lagi Kecurian Bakau.

SHAH ALAM, 27 MAC : Jabatan Perhutanan Selangor (JPS) mengambil beberapa langkah yang proaktif bagi menangani masalah kecurian kayu bakau setelah lesen pengusahasilan kayu bakau ini ditamatkan pada 1 Julai 2010.
Hutan Paya Bakau
JPS merekodkan sehingga 29 Februari 2012 tiada sebarang kecurian kayu bakau dalam kawasan Hutan Simpan Pulau Ketam dengan tertangkapnya seorang warganegara Malaysia yang menjadi ketua sindiket di Pulau Ketam pada tahun 5 Mei 2010.
Sehubungan itu, JPS melaksanakan operasi bersepadu bersama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Marin PDRM Selangor, dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menambah kekerapan rondaan di 25 hutan simpan paya laut persisir pantai dan kawasan pulau.
Selain itu, JPS juga melakukan rondaan enam kali melalui udara setahun dan turut menempatkan kakitangan JPS di jeti-jeti bagi memeriksa kayu bakau yang di import dari Indonesia dan negeri-negeri lain.
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata demikian  ketika menjawab soalan dari ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib berkaitan pengurusan Hutan Paya Laut di Selangor.
Elizabeth turut berkata, selain pemasangan papan tanda di sepanjang hutan simpan, JPS juga melaksanakan kempen kesedaran tanaman bakau dengan kerjasama korporat, NGO dan orang awam.
“Tindakan pemasangan tanda ini adalah sebagai salah satu kaedah untuk memaklumkan kepada masyarakat tentang kewujudan hutan simpan,” ujar beliau

Tingkatkan kemudahan di masjid

Masjid  Jugra Banting
SHAH ALAM 26 MAC : Kerajaan Negeri kini merangka program secara besar-besaran khusus untuk menjalankan kerja-kerja pembaikpulihan dan menaiktaraf fasiliti-fasiliti masjid dalam usaha menyemarakkannya, ujar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Kita akan jalankan program membersihkan tempat mandi, bilik air, tempat ambil air sembahyang dan sebagainya supaya dapat memberikan satu ‘standard’ kepada masjid-masjid kita.
“Jika ini berjaya dicapai, saya percaya ia akan memberikan rasa selesa kepada musafir yang singgah dan secara tidak langsung ia akan memberikan juga keselesaan kepada mereka mengerjakan ibadah,” ujar beliau ketika menjawab soalan daripada Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz di Sidang DUN pagi ini.
Menurut Abdul Khalid lagi, program ini juga mensasarkan golongan belia untuk turut serta supaya dapat memberikan nilai ukhuwah dan bermasyarakat dalam diri para remaja.
“Usaha memartabatkan Islam sememangnya kita pupuk dari peringkat sekolah sehingga ke program-program yang dijalankan di masjid-masjid.
“Kita tidak hanya tertumpu pada penyampaian ceramah semata-mata tetapi menyeluruh ke pelbagai program dan aktiviti yang lebih efektif,” jelasnya lagi.

Khamis, 22 Mac 2012

Sumbangan untuk Warga OKU dan Warga Emas

Sumbangan untuk Mohd Salah

Sumbangan untuk warga Emas

Sumbangan buat Puan Suriah

Ketua Kg Menyampaikan sumbangan
Ketua Kg parit 4 yang baru, en Khalil Ab Wahab telah menyampaikan sumbangan JKKK kepada beberapa warga OKU dan warga Emas terpilih sekitar kg parit 3,4,dan 5. Sumbangan berupa barangan keperluan harian seperti beras, gula, tepung dan sebagainya bagi meringankan beban mereka.

Rabu, 21 Mac 2012

Jambatan Parit 4 ditutup mulai 19/3/2012


Jambatan yang menghubungkan Kg Parit 4 dengan Kg parit 5 yang bakal ditutup.
Jentera berat memulakan kerja-kerja menanam cerucuk bagi pembinaan jambatan baru
Kerja kerja menanam kerikil di dasar tanah bagi menguatkan struktur jambatan
Jentera berat memulakan kerja-kerja pembinaan
Jengkaut berskala besar digunakan bagi memastikan kerja-kerja mengikut jadual
Kerja-kerja menimbang

Jambatan yang akan ditutup kepada semua lalu lintas

Kerja kerja berhampiran sk parit 4

Sk Parit 4 bakal berubah wajah

Kerja-kerja menanam cerucuk

papan tanda peringatan

Pailing bersaiz besar

Jabatan Kg Parit 4 yang menghubungkan semua arah akan ditutup mulai 19/3/2012 bersamaan Isnin bagi membolihkan kerja-kerja pembinaan Jambatan Baru sehinggalah siap sepenuhnya menjelang September 2012. Pihak pemaju telah pun membuat hebahan melalui masjid dan menampal notis di surau2 sekitar kariah masjid parit 4. Pihak pemaju memohon maaf atas kesulitan penduduk dan menegaskan kesulitan hari ini untuk kesenangan masa akan datang, insyaallah. Sekiranya pembinaan ini berjalan mengikut jadual, insyaallah ianya akan dapat disiapkan menjelang September.

Jumaat, 16 Mac 2012

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Pn Suriah

Antara tetamu  yang hadir
Cenceramata Untuk Tn Hj Anuar Wahid

Majlis Bacaan yasin mohon keselamatan
Cenderamata untuk Ust Fadzlin Taslimin
Tn Hj Ahmad Abdullah memperkatakan sesuatu

Majlis ringkas penyerahan kunci rumah puan Suriah telah disempurnakan oleh Ustaz Fadzlin Taslimin pada 4/3/2012, Ahad jam 3.00 petang. Majlis turut dihadiri oleh Tn Hj Anuar Wahid, Penghulu Mukim Sungai Panjang serta orang kampung. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin, seteruanya ucapan dari Penyelaras PKM DUN Sungai Panjang, ucapan Penghulu Mukim Pancang Bedena. Dalam ucapannya ustaz Fadzlin mengucapkan rasa syukur kerana masalah ini telah berjaya diselesaikan dengan baik berkat kerjasama semua pihak dan kesabaran puan Suriah sendiri. Majlis turut dihadiri oleh Tn Hj Zaini Indan, ketua Kg Peket 60, En Shafie Hj Zakaria, ketua Kg Parit 1 dan 2.Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada ustaz Fadzlin dan Tn Hj Anuar Wahid, Pemindahan 6 warga parit 4 ke beberapa lokasi bagi membolihkan projek sambungan jalan Sekincan Ulu Bernam yang akan memendikkan perjalanan ke Tanjung Malim.

Program Serahan Kunci Rumah kepada asnaf fakir miskin


Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dato Hj Masloro B. Hj Ahmad selaku wakil peribadi YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Beliau juga telah menyerahkan sendiri kunci rumah kepada setiap penghuni rumah tersebut.

Seramai 10 orang asnaf Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dari kawasan sekitar telah menerima bantuan rumah tersebut. Semoga dengan bantuan rumah yang diberikan oleh LZS (MAIS) ini akan dapat meringankan beban mereka seterusnya dapat menjalani hidup dengan lebih selesa selepas ini.
Turut hadir di majlis tersebut ialah En Huzairi Ibrahim, Eksekutif Jabatan Pembangunan Ummah LZS (MAIS), Ketua Operasi Wilayah Utara, Penghulu Mukim , pegawai-pegawai LZS (MAIS) serta penduduk kampung yang berhampiran.