Khamis, 30 Julai 2009

Mesyuarat Agung Koperasi Serbaguna Orang Melayu Pt 4, 5



Tarikh : 1 Ogos 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Besar PPK, Wisma PPK Sungai Besar.
Jalan Bunga Matahari, 45300 Sungai Besar, Selangor.
Sebarang pertanyaan hubungi : 03-32242839, 019-6818941

Semua ahli dijemput hadir.

368 Ketua Kampung Berkursus


Seramai 368 ketua kampung yang telah dipilih baru-baru ini kini sedang mengikuti kursus tiga hari di Lembah Resort, Hulu Langat.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata kesemua peserta yang menghadiri kursus itu telah didedahkan dengan pendekatan SPIES (Spiritual, Fizikal, Intelektual, Emosi dan Sosial).

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco, dekat sini petang tadi.Dalam pada itu katanya, surat perlantikan sementara jawatan itu akan diberikan Dato Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu majlis khas yang akan diadakan di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), pada 30 Ogos ini
Arkib. 20 Ogos 08

363 Ketua Kampung Baru


Seramai 363 ketua kampung yang baru telah dipilih, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari.
Beliau berkata watikah perlantikan jawatan ketua kampung tersebut akan diberikan dalam satu majlis khas yang akan ditetapkan kelak.

“Kesemua mereka yang dilantik bakal melalui tempoh percubaan selama enam bulan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco, dekat sini petang tadi.
Menurutnya lagi, dalam tempoh tersebut nama mereka (ketua kampung) akan disemak Jabatan Insolvensi dan pihak polis.

Katanya, ia penting bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai rekod yang bersih sahaja dibenarkan meneruskan perkhidmatan sebagai ketua kampung.“Perlantikan mereka dibuat secara telus dan kita juga telah menetapkan mereka yang menjawat jawatan ketua kampung tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan dalam parti sebagaimana yang dibuat oleh kerajaan terdahulu,” ujarnya.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga berharap mereka yang telah dipilih akan melaksanakan tanggungjawab dengan adil, telus dan bertanggungjawab tanpa mengira pegangan politik.Dalam pada itu, Yaakob berkata terdapat lima buah kampung di Hulu Langat masih belum mempunyai ketua kampung berikutan proses temuduga masih dijalankan.

Katanya, kampung yang terlibat ialah Kampung Seri Jambu, Kampung Melayu Ampang, Kampung Tasik Permai, Kampung Sungai Batu dan Kampung Pandan Dalam.

Arkib. 6 Ogos 08.

Elaun Ibu Tunggal


Pemberian elaun untuk golongan ibu tunggal di negeri ini dijangka dilaksanakan tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.Beliau berkata pihaknya masih lagi belum memutuskan bentuk elaun yang akan diberikan itu dan perbincangan mengenainya sedang dibuat.“Tidak semestinya elaun itu berbentuk peruntukan kewangan bulanan dan sebagainya, tapi mungkin dalam bentuk yang lebih kreatif dan seimbang,” katanya dalam sidang media selepas perasmian Karnival Wanita Anggun (Kawan) dan pra pelancaran portal e-bu di Stadium Malawati dekat sini pagi tadi.Karnival yang berlangsung hingga 3 Ogos ini dirasmikan Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Rodziah, pihaknya akan merangka bentuk bantuan mahupun program yang sesuai bagi golongan ibu tunggal setelah memperolehi data sebenar jumlah golongan itu.“Setakat ini lebih 12,000 ibu tunggal telah didaftarkan secara online bersama dengan Pusat Zakat dan agensi-agensi lain yang kita selaraskan,” katanya.Tambahnya, portal e-bu yang membuka pendaftaran bagi ibu tunggal itu juga mendapat maklumbalas dan kerjasama positif dari banyak pihak termasuk pejabat daerah, penghulu kampung dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).Ia juga membolehkan proses pendaftaran ibu tunggal dapat dibuat dengan cepat berbanding sistem yang dilaksanakan sebelum ini.Rodziah berkata pihaknya juga sedang merangka Pelan Tindakan Wanita Selangor yang antara lain memberi fokus kesedaran wanita dalam bidang perundangan, kesihatan dan keluarga.
Arkib. 1 Ogos 08

Pembangunan Insan berteraskan SPIES


Selangor akan memacu pembangunan modal insan dengan memperkenalkan pelbagai program yang mengguna pakai pendekatan SPIES, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Menurut beliau, SPIES (Spiritual, Fizikal, Intelektual, Emosi dan Sosial) akan diperkembangkan bagi melahirkan warga Selangor yang cemerlang.

“Kalau rakyat Selangor dapat membangun secara holistik baru kita boleh mencapai kemajuan yang tidak merosakkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Taklimat Portfolio Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan di Bangunan Annex, Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) dekat sini pagi tadi.

Taklimat berkenaan dihadiri Adun, Ahli Parlimen dan wakil institusi pendidikan.

Dr Halimah turut membuat seruan kepada wakil rakyat, pemimpin masyarakat dan institusi pendidikan bersama-sama menjalankan peranan masing-masing dalam menjadikan rakyat Selangor bebas daripada anasir yang tidak baik.

Arkib 20 Jun 08

Rabu, 29 Julai 2009

Bantuan RM 1000


Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan menunaikan janji kepada rakyat dengan memberi bantuan pelajaran sebanyak RM1,000 untuk anak-anak Selangor yang berjaya memulakan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi.Menurutnya peringkat pertama bantuan hanya difokuskan kepada mereka dari keluarga berpendapatan rendah yang ditawarkan melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma dan ijazah sahaja.

“Kita mula dan fokuskan kepada keluarga miskin yang berpendapatan kurang daripada RM1,500,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor di Kompleks Belia dan Kebudayaan di sini pagi tadi.Beliau berkata pemberian bantuan itu sejajar dengan manifesto Pakatan Rakyat bagi pilihan raya umum 8 Mac lalu.Jelas beliau perkara itu telah dibincangkan dan Exco yang terbabit akan menyediakan tata cara memberi bantuan bagi pelajar yang layak untuk memulakan sesi pengajian di peringkat universiti.

Tambahnya lagi, pemberian bantuan itu juga melibatkan semua kaum Melayu, Cina dan India di negeri ini.“Kita telah mengarahkan pengarah kewangan negeri untuk membuat bajet untuk memberi sumbangan kepada mereka-mereka yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke universiti,” katanya.Menurutnya lagi, bantuan itu akan dibuat melalui pejabat daerah ataupun wakil Dewan Undangan Negeri (DUN).“Tahun depan boleh jadi kita akan memikirkan cara-cara yang lebih menyeluruh berhubung perkara ini,” katanya.

Terdahulu sempena Hari Guru 2008, Tan Sri Khalid menyampaikan anugerah kepada Tokoh Guru dan guru cemerlang pada majlis itu.Tokoh Guru Lelaki disandang Ismail Ibrahim manakala Jama’aiah Boyok dinobatkan Tokoh Guru Wanita
Arkib. 17 Mei 08

20 Meter Padu Air Percuma

28 Mac 08 – Selangor akan melaksanakan pemberian bekalan 20 meter padu air percuma kepada pengguna bermula 1 Jun ini.Kerajaan negeri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar hari ini memberitahu dasar yang diperkenalkan itu adalah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Exco dan wakil-wakil rakyat harus bekerjasama


Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan wakil-wakil rakyat harus menjalin kerjasama agar pentadbiran negeri Selangor bertambah lancar, sempurna dan teratur, titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Selain mewujudkan persefahaman yang baik dan mesra antara kedua-duanya, baginda juga berharap mereka dapat bekerjasama dengan pegawai-pegawai kerajaan bagi memberi perkhidmatan yang efisien dan berkualiti kepada semua rakyat.
aRKIB. 24 Mac 08

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Angkat Sumpah


Genap sebulan selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengangkat sumpah sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru.Pelantikan yang berkuatkuasa hari ini itu, menjadikan beliau menteri besar ke-14 dan pertama daripada pakatan pembangkang – PKR, DAP dan Pas yang akan menerajui Selangor
aRKIB. 13 Mac 08

Pinjaman Kerajaan Negeri Selangor 09


Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi tahun 2009 bermula pada 3 Ogos 2009 (Isnin).

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan, sila hubungi Pentadbiran ini di talian 03-5544 7480/ 7481/ 7482.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Sambutan Hari Pahlawan Negeri Selangor 2009

Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Selangor 2009 Baru
Tarikh : 31 Julai 2009 (Jumaat)
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Tugu Peringatan Selangor, Shah Alam
*Perhatian kepada kakitangan dan pelawat Bangunan SSAAS, pintu pagar utama 1 akan ditutup pada hari raptai 30 Julai dan 31 Julai dari jam 7 pagi hingga 10 pagi. Sila gunakan pintu pagar 2 dan 3 pada waktu tersebut.

Padi Organik

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan padi organik di Dun Salor, dekat sini baru-baru ini.Turut serta di majlis itu adalah Adunnya yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.Dalam ucapan pelancaran, beliau menyarankan agar zon organik di wujudkan di setiap DUN di negeri Kelantan, bahkan projek padi SRI organik ini diperluaskan ke zon tersebut.Sunnah Tani dan Salorcare yang bertanggungjawab terhadap projek ini di Dun Salor, diminta oleh Nik Aziz agar berperanan juga untuk memastikan projek seumpama ini dilaksanakan di Dun-Dun lain di negeri ini.Bersempena dengan pelancaran ini, Salor Mol iaitu ragi baja organik juga dilancarkan dengan harga promosi RM10 seliter.

Salor Mol ini dijamin berkualiti dan bermutu bahkan apa yang istimewa ia dibuat sendiri oleh PAK AEP yang merupakan perintis kepada SRI Organik di Indonesia.
Apa yang dimaksud dengan Padi Organik?Menurut sebuah laman web dari Indonesia, padi organik adalah padi yang disahkan oleh sebuah badan independen, untuk ditanam dan diolah menurut standard ‘organik’ yang ditetapkan.Walau tidak ada satu definisi pun untuk “organik”,kebanyakan definisi memiliki elemen umum. Misalnya,“organik” sebagaimana digunakan pada kebanyakan tanaman sawah yang umumnya berarti bahwa:

1. Tidak ada racun serangga dan baja dari bahan kimia sintetis atau buatan yang telah digunakan.

2. Kesuburan tanah dipelihara melalui proses “alami” seperti penanaman tumbuhan penutup dan/atau penggunaan baja kandang yang dikompos dan limbah tumbuhan.

3. Tanaman dirotasikan di sawah untuk menghindaripenanaman tanaman yang sama dari tahun ke tahun disawah yang sama.

4. Pergantian bentuk-bentuk bukan-kimia dari pengendalian hama digunakan untuk mengendalikan serangga, penyakit dan gulma – misalnya serangga yangbermanfaat untuk memangsa hama, jerami setengahbusuk untuk menekan gulma, dan lain-lain.
Mengapa padi organik?

Produk “organik” – terutama di pasar-pasar maju – biasanya menerima harga yang lebih tinggi. Produk organik juga sering dianggap sebagai memiliki manfaat kesehatan yang lebih besar.

Selasa, 28 Julai 2009

Pesta Buku Selangor 2009

Pesta Buku Selangor
24 Julai - 3 Ogos 2009.
Kompleks PKNS Shah Alam
10.00 Pagi - 9.00 Malam
Tel : 03-55197667
www.ppas.org.my

Datanglah beramai-ramai.

Isnin, 27 Julai 2009

Pembakaran Terbuka Jerami Padi.

Pembakaran terbuka jerami padi adalah antara punca masalah jerebu yang melanda negeri Selangor, kata Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong.
Justeru, kerajaan negeri telah mengarahkan petani supaya menghentikan pembakaran terbuka seumpama itu dan menggalakkan mereka memproses jerami untuk menambah pendapatan.
“Kita telah adakan satu program iaitu Program Pengurusan Jerami Padi di mana jerami padi digunakan sebagai baja kompos, pelapik “feet lot” lembu, bahan kajian untuk dijadikan makanan lembu dan bahan untuk digunakan sebagaii “soil erosion” untuk dijadikan bahan kitar semula dan sebagainya,” katanya.

Elizabeth berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias di persidangan dewan negeri Selangor pagi tadi.
Menurutnya, hanya pembakaran secara kecil-kecilan dibenarkan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling Aktiviti yang diisytiharkan Pembakaran Terbuka 2003.

Antaranya, hendaklah dikeringkan dalam tempoh minimum 7 hari, pembakaran semasa cuaca kering antara 1 hingg 5 petang, dipantau dan dikawal rapi, tidak menyebabkan kacau ganggu penduduk berhampiran dan lapor kepada balai polis terdekat sebelum pembakaran.
Bagaimanapun, katanya, punca jerebu yang lebih besar adalah disebabkan pembakaran terbuka hasil penerokaan tanah secara haram.
Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa pelan tindakan telah diambil untuk memastikan kualiti udara di negeri ini tidak terjejas ekoran fenomena El Nino yang dijangka melanda Negara ini tidak lama lagi.

“Ini memang isu yang hangat khasnya kerana tahun ini mungkin Malaysia akan alami fenomena El Nino, pihak kerajaan telah bermesyuarat dengan Jabatan Alam Sekitar, pihak Bomba, Jabatan Pertanian, Jabatan Meteorolgi dan agensi-agensi lain untuk menangani pembakaran terbuka dan jerebu di Selangor,”

Portal Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS)

Kerajaan Negeri Selangor melancarkan Portal Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS) untuk memperkemas sistem pengurusan dan pengumpulan aduan serta maklum balas orang awam di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, sistem ini bertindak sebagai portal sehenti untuk semua jenis aduan bagi meningkatkan lagi kemudahan, kebolehcapaian dan kualiti berinteraksi dengan orang awam.

Berucap membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009 di Sidang Dewan Negeri hari ini, Ronnie berkata, ia dikendalikan Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Di samping itu, katanya, kerajaan negeri memperuntukkan RM20,000 menerusi jawatankuasanya untuk menjalankan kajian terperinci bagi mengimplementasi pilihanraya kerajaan tempatan.

“Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM20,000 di bawah Jawatankuasa Tetap Kajian dan Penyelidikan untuk kajian terperinci dijalankan. Kumpulan penyelidik terdiri daripada NGO, peguam, pendidik, dan juga pakar pilihanraya.

“Perkara ini masih di peringkat terakhir memandangkan ia terhalang secara perundangan di bawah seksyen 15 (c) Akta Kerajaan Tempatan 1976, secara jelas dinyatakan pilihanraya kerajaan tempatan tidak dibenarkan”, katanya.

Menurut Ronnie, kajian terakhir sedang dibuat untuk mengenalpasti pendekatan terbaik mengatasi halangan itu dan ia akan diteruskan ke peringkat negeri.

Nazir Wajib Pantau masjid

Tindakan mungkin dikenakan terhadap nazir-nazir masjid negeri ini yang membenarkan khutbah atau ceramah berunsur politik dalam masjid.

Datuk Seri Indah Diraja, Datuk Haji Abu Bakar Abdul Hamid berkata, perkara ini terkandung dalam Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Kaedah-kaedah Pegawai Masjid Dan Jawatan Kuasa Kariah (Negeri Selangor) 2001 dan Kaedah Tauliah (Selangor) 2001.

Antaranya, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mungkin mengeluarkan surat amaran dan jika ia masih berlaku, jawatan nazir masjid berkenaan dilucutkan.

“Sekarang tidak ada lagi dah, khutbah berunsur politik, wakil rakyat takleh baca khutbah sekarang ya dulu terlepas, sbelum perlantikan yang baru. Jika berlaku lagi, nazir kita tangkap”, katanya.

Katanya, semua Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen dan tokoh-tokoh politik dilarang sama sekali untuk berceramah atau menyampaikan khutbah Jumaat di mana-mana masjid di seluruh negeri Selangor.

Beliau berkata, khutbah Jumaat hendaklah disampaikan oleh imam yang dilantik manakala penceramah yang dijemput perlu mendapat tauliah dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ujudkan Bazar

Perniagaan konsep bazar yang menempatkan peniaga-peniaga kecil, sedang dirancang untuk diwujudkan di bangunan yang dikenalpasti padat penghuni di negeri Selangor.

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata, rancangan itu dirancang dikemukakan kepada Dewan Negeri yang bersidang minggu ini.

Menurutnya, langkah itu dapat membantu peniaga kecil, berniaga dengan lebih selesa, berbanding di kaki lima ketika ini.

“Untuk peniaga-peniaga kecil dan untuk mereka membeli barang-barang murah saya lihat di Selangor, di bangunan-bangunan padat, tidak disediakan bazaar-bazar akibatnya peniaga kecil akan berniaga di tepi jalan bahkan di tepi rumah orang”, katanya.

Bantuan Terjejas

SHAH ALAM, 13 Julai - Pembangunan keagamaan di Selangor hampir terjejas apabila kerajaan persekutuan menangguhkan penyaluran bantuan seperti yang dilakukan sebelum ini.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Ali berkata, dana hampir RM100 juta yang disalurkan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) masih belum diagihkan kepada kerajaan negeri.

“Peruntukan sudah turun sejak tahun lalu daripada Jabatan Perdana Menteri, namun tak masuk lagi peruntukan itu sehingga sekarang kepada tabung JAIS, MAIS.

“Guru-guru Kafa kini dibiayai penuh oleh kerajaan negeri, padahal sepatutnya ini tanggungjawab kerajaan pusat melalui JAKIM untuk biayai sara hidup guru-guru Kafa ini”, katanya.

Katanya, pelbagai program yang sudah dirancang mungkin terjejas, jika dana berkenaan tidak diperolehi.

Antaranya, rancangan menubuhkan Akademi Imam bagi membantu menjaga kebajikan imam-imam, meliputi kenaikan elaun dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Menurut beliau, kebanyakan imam di negeri ini terabai dari segi kebajikan mereka, walaupun mereka tidak pernah mendesak untuk mendapat ganjaran lebih.

Beliau berkata, disebabkan penyaluran peruntukan yang masih ditahan, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid sudah mengarahkan agar beliau mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan dan memohon agar ia disalurkan secepat mungkin.

“Saya harap supaya guru-guru kafa, imam, pegawai penyelaras masjid daerah, semoga kerajaan persekutuan akan dapat salurkan dengan secepat mungkin dengan nama 1 Malaysia kerana untuk kebaikan bersama dan akan memujuk kerajaan persekutuan”, katanya.

Bincang Dulu

SHAH ALAM, 13 Julai - Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan meminta pandangan Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid sama ada kerajan negeri boleh menggunakan dana Baitul Mal untuk tujuan pembangunan.

Beliau berkata, mungkin dana dari Baitul Mal ini boleh digunakan bagi membina prasarana seperti jambatan ketiga merentasi Sungai Klang untuk kebaikan semua.

Beliau juga bakal berbincang dengan Mufti sama ada orang bukan Islam boleh diminta membayar zakat pembangunan.

“Orang bukan Islam turut boleh bayar zakat, sebabnya itu zakat pembangunan, bagaimanapun saya akan berbincang perkara ini dengan Mufti terlebih dahulu.

Sokongan Tinggi

SHAH ALAM, 15 Julai - Baru-baru ini, satu kajian tahap kepuasan rakyat Selangor terhadap prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapati mereka amat berpuashati malah memberi sokongan yang tinggi kepada pembaharuan dalam pentadbiran kerajaan negeri ini.
Seramai 1,360 responden yang berumur lebih 21 tahun ke atas mengambil bahagian dalam soal selidik tersebut yang dikendalikan oleh organisasi bebas iaitu Merdeka Center.

Festival Makanan 09

SHAH ALAM, 17 Julai - Shah Alam dibanjiri pelbagai jenis makanan pada bulan ini sempena Festival Makanan Selangor 2009 di Shah Alam City Center (SACC) Mall, bermula semalam.
Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Nor berkata, festival empat hari ini menyaksikan pameran serta jualan pelbagai jenis produk makanan oleh 14 Industri Kecil Sederhana (IKS), selain memperkasakan pelancongan Selangor.
Festival ini dianjurkan oleh Persatuan Pelancongan Selangor dan Tourism Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Menurut Mazalan, festival ini merupakan antara usaha proaktif dan bijak untuk memperkenalkan produk makanan tempatan yang terdapat di negeri Selangor.

Di samping itu, Mazalan berkata festival ini merupakan satu acara terbaik untuk menarik lebih ramai pengunjung ke bandaraya Shah Alam.
Beliau berharap festival seperti ini dapat dimasukkan ke dalam acara tahunan Tourism Selangor.

Sumbangkan RM2

SHAH ALAM, 17 Julai - Kakitangan awam beragama Islam di Selangor disarankan menyumbang sebanyak RM2 sebulan kepada saham wakaf Selangor melalui potongan gaji.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi resolusi multaqa, baru-baru ini.

“Kerajaan negeri Selangor, melalui resolusi multaqa, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ada menitahkan supaya kakitangan kerajaan yang beragama Islam menyumbang sebanyak RM2 sebulan kepada saham wakaf Selangor melalui potongan gaji.

KUIS diiktiraf ISESCO

BANGI, 18 Julai - Pemilihan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai institusi pendidikan bahasa Arab oleh Pertubuhan Antarabangsa Pendidikan, Saintifik dan Budaya Islam (ISESCO), merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengiktirafan itu telah meletakkan imej KUIS ke tahap yang lebih tinggi, bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah di peringkat pendidikan antarabangsa.
“Saya berharap dengan wujudnya pusat serantau ini, KUIS boleh menjadi lebih dikenali di peringkat antarabangsa dan mampu menarik kehadiran lebih ramai pelajar asing selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor hab pendidikan tinggi di Negara ini.

Karnival masjid 2009

SUNGAI BULOH, 18 Julai - Bagi meningkatkan lagi usaha mengimarahkan institusi masjid dan zakat, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama masjid Bandar Baru Sungai Buloh menganjurkan Karnival Masjid 2009.
Kira-kira 12 ribu penduduk membanjir karnival tiga hari yang dianjurkan sempena Kempen Tahun Zakat Selangor 1430 Hijrah, selain meraikan 15 tahun penubuhan LZS.
Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan karnival ini.

Pengurangan Cukai 50%

SHAH ALAM, 22 Julai - Kerajaan Negeri Selangor akan mengurangkan denda cukai tanah dan cukai taksiran sebanyak 50 peratus kepada penduduk yang menjelaskan cukai masing-masing, sebelum akhir tahun ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia bertujuan meringankan beban dan menggalakkan mereka yang didenda, membayar cukai dan denda yang dikenakan sebelum 31 Disember ini.

Pemetaan rasmi Kawasan DUN

SHAH ALAM, 22 Julai - Kerajaan Negeri Selangor akan melantik sebuah syarikat juruukur profesional bagi menyediakan pemetaan rasmi kawasan Dewan Negeri Selangor sebagai tempat yang memberi imuniti kepada anggota dewan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pelantikan itu bagi mengelakkan kekeliruan orang awam mengenai istilah perkarangan dewan, meliputi kawasan kompleks Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

UiTM di tutup Seminggu

40,000 pelajar di kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dibenarkan pulang mulai semalam, selepas beberapa kampusnya di seluruh Negara diarah tutup berikutan wabak Influenza A ( H1N1).
Difahamkan, tindakan ini dilakukan untuk menyelaraskan cuti semesta institusi pengajian tinggi itu di seluruh negara, bermula Isnin hingga 2 Ogos depan.

Rabu, 15 Julai 2009

Tanda-tanda Strok

Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan serta di sebelah bahagian badan adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinan diserang strok atau angin ahmar.Selain itu, penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua -dua mata.

Tanda-tanda amaran strok

Menurut Perunding Neurologi di salah sebuah hospital di ibu negara, Dr. Lee Moon Keen, strok tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran seperti yang dijelaskan.Dengan mengenalpasti tanda-tanda ini dan bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya.

Di negara ini katanya, strok adalah pembunuh yang keempat terbesar selepas kanser dan penyakit jantung. Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang serta mahal.

Menerangkan lebih lanjut mengenainya, terdapat dua jenis serangan strok iaitu, strok iskemia dan strok berdarah.Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak.Biasanya strok iskemia adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahuntahun lamanya.

Strok jenis tersebut mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak, menghalang bekalan darah.Manakala embolisme serebrum berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau di jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak.

Menerangkan mengenai strok berdarah katanya, ia terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan. Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberi memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah.

Strok berdarah kemungkinan disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak.Manakala pendarahan subraknoid, iaitu apabila salur darah di permukaan otak berdarah dan darah tersebut meresap ke dalam kawasan di antara otak dan tengkorak yang dikenali sebagai ruang subarakanoid.

Menurut Dr. Lee, strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah.Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok. Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak. Amat penting katanya, mengingati bahawa mempunyai satu atau lebih faktor risiko yang boleh diubah meningkatkan risiko serangan strok.

Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, perokok, diet tidak seimbang dan stres.

Bagaimana strok didianogsis?

Kata Dr. Lee, doktor akan melakukan dianogsis klinikal dengan cara mendapatkan sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal.Selepas itu doktor akan melakukan ujian bersesuaian yang diperlukan untuk merawat pesakit dengan berkesan. Pengimejan menggunakan imbasan tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI) membantu doktor merawat pesakit.

Menjelaskan mengenai kesan strok kepada pesakit kata beliau, ia adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku.Katanya, otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu.

‘‘Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang,” ujarnya.Ditanya pula tentang sejauh mana kepentingan melakukan pemulihan segera terhadap mangsa strok, beliau menegaskan pemulihan segera adalah amat penting dimana setiap mangsa mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin.

Katanya, semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan.Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling.
Dr. Lee juga menegaskan risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif.

Beliau turut memberi nasihat jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.

Ahad, 12 Julai 2009

Skim Mesra Usia Emas


1. Di mana BORANG dan bagaimanakah cara untuk menyertai Mesra Usia Emas? Bermula 1 Oktober 2008, pemohon hendaklah mendapatkan Borang Mesra Usia Emas di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan pemohon tinggal. Sila lihat senarai Pusat Khidmat DUN atau hubungi
Ketua-ketua Kampung. Bagi Penduduk sekitar Kampung Parit 3, 4 Sg Hj Dorani, hubungi Tn Hj Maad Hj Adnan, Tn Hj Zaini bin Indan, En Shafia Hj Zakaria, Tn Hj Mustafa bin Rais, Ust Ismail Basir, Tn Hj Mokhtar bin Yamin.

2. Apakah tujuan program Mesra Usia Emas ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri?
Program Mesra Usia Emas ini bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bernilai RM 2,500.00 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang telah mendaftar secara rasmi), selepas beliau disahkan meninggal dunia. Program ini membuktikan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap rakyatnya, khususnya golongan warga emas.

3. Bilakah tarikh program Mesra Usia Emas ini akan beroperasi secara rasmi?
Program Mesra Usia Emas ini dijangka akan beroperasi sekitar Oktober 2008, dan tertakluk kepada sebarang pengumuman rasmi dari semasa ke semasa . Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 2008 yang lalu. Manakala Logo rasmi Mesra Emas pula (seperti yang telah dipaparkan di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri) telah dilancarkan pada 30 Ogos 2008, sempena Sambutan Perayaan Ambang Merdeka, dan Perbarisan dan Perarakan Kemerdekaan ke-51 Peringkat Negeri Selangor.

4. Siapakah kumpulan sasar yang boleh menyertai program Mesra Usia Emas ini?
Program ini terbuka kepada semua warga emas di Negeri Selangor yang telah berumur 60 tahun ke atas, DAN
- Lahir di Negeri Selangor ATAU
- Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU
- Telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun.

5. Apakah manfaat atau faedah yang diperoleh daripada menyertai program ini?
Dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan kematian ahli, ADUN atau wakilnya akan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada penama yang didaftarkan. Baki RM1,500 akan disampaikan kepada penama yang didaftarkan dalam tempoh 60 hari berikutnya.

6. Siapakah yang boleh membuat tuntutan ke atas manfaat perlindungan tersebut?
Tuntutan hendaklah dibuat oleh penama, seperti yang dinyatakan di dalam Borang Mesra Usia Emas semasa pendaftaran dibuat.
Penama boleh terdiri daripada individu seperti suami, isteri, anak, saudara, kenalan atau sesiapa sahaja. Ia juga boleh merupakan sebuah pertubuhan seperti badan kebajikan, rumah orang tua-tua, rumah anak yatim, rumah ibadat seperti surau, masjid, tokong, kuil, gereja dan sebagainya.

7. Siapakah urusetia yang boleh dihubungi untuk pertanyaan selanjutnya? baru
En. Kamsani Bin Nasir,Ketua Pegawai Operasi,Rantaian Mesra Sdn BhdAlamat : Tingkat (G), Bangunan Darul Ehsan (bersebelahan Plaza Alam Sentral)No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Telefon: 03-5510 3468, 03-5510 3472 Faks: 03-5510 3455E-mel: mesrausiaemas@gmail.com

Pinjaman Kerajaan Negeri Selangor

Adalah dimaklumkan bahawa pemohon-pemohon yang disenaraikan telah diluluskan penajaan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor bagi Sesi Pertama Tahun 2009. Surat tawaran pinjaman telah dikemukakan terus ke alamat masing-masing.

Sehubungan itu, pemohon yang berjaya dan bersetuju untuk menerima tawaran ini adalah dikehendaki untuk menyempurnakan SURAT PERJANJIAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR (5 SET) dan DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR dalam tempoh dua (2) minggu (14 hari) dari tarikh surat tawaran. Sila teliti dan fahami panduan dan arahan yang telah ditetapkan sebelum mengisi borang yang berkaitan.

Surat Perjanjian dan Dokumen yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan sebelum 1 Julai 2009 (Rabu) ke alamat seperti berikut:

Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor

Sekiranya tiada maklumbalas yang diterima selepas tarikh tersebut, tawaran ini akan terbatal dengan sendirinya dan pelajar dianggap tidak berminat terhadap tawaran ini. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia di talian seperti berikut:
03-5544 7543 (Pn. Asmah)
03-5544 7480 (Cik Ain / Cik Husna)

Pendapatan Bawah RM1,500


Kerajaan campuran negeri Selangor menetapkan kriteria hanya keluarga berpendapatan di bawah RM1,500 layak untuk menerima imbuhan kebajikan seperti terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan; Hal Ehwal Wanita; Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail berkata, keputusan itu dilihat amat baik memandangkan kerajaan negeri sebelum ini berhasrat untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat miskin sahaja.
"Syarat pendapatan keluarga di bawah RM1,500 sebulan akan digunakan sebagai penanda aras dalam pemberian insentif kepada rakyat Selangor."Syarat ini akan kita kaji semula pada masa depan tetapi bukan dalam masa terdekat kerana ia melibatkan jumlah kewangan tinggi," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita mengenai tempoh yang ditetapkan kerajaan negeri Selangor untuk menunaikan janji-janji dalam manifesto pilihan raya umum baru-baru ini bagi mengurangkan beban dan membantu ekonomi rakyat sejajar dengan konsep negara kebajikan yang diperjuangkan pakatan pembangkang.Antara tawaran itu ialah elaun ibu tunggal, elaun khas suri rumah yang menjaga sepenuh masa anak kecil, membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor, bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak dan bantuan RM50 sebulan seorang bagi anak yang mengikuti pendidikan pra persekolahan.
Sabtu lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan, insentif pelajaran RM1,000 tidak dapat diberikan kepada setiap anak negeri seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum disebabkan kekurangan peruntukan .Sebaliknya, insentif berkenaan akan diberi kepada anak-anak Selangor yang memulakan pengajian di peringkat diploma dan ijazah pada tahun ini dan dihadkan kepada keluarga berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan.

Sementara itu, pada sidang akhbar tersebut, Rodziah memaklumkan, Selangor bakal menjadi negeri pertama menyiarkan secara langsung sepenuhnya sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).Jelas beliau, persidangan akan disiarkan dari pukul 10 pagi hingga 4.30 petang selama empat hari mulai esok melalui laman web http://www.selangor.gov.my.

Menurutnya, langkah itu dibuat bagi memberi peluang kepada orang ramai khususnya rakyat Selangor menyaksikan sendiri perjalanan sidang DUN."Selain membolehkan rakyat mengetahui perkara-perkara yang dibincangkan, mereka juga berpeluang memberi komen mengenai persidangan ini," ujarnya.

Terus Harmoni, Insyaallah

Saya setuju dengan kenyataan Dato’MB Selangor bahawa jangan ada mana-mana pihak menangguk di air keruh dengan cuba mengaitkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang harmonis hubungannya dengan keadaan di Kedah.

Kita kesal dengan apa yang berlaku di Kedah hasil dari tindakan ADUN tunggal DAP itu yang mengeruhkan hubungan baik dalam PR di sana. Namun kita mahu beritahu semua bahawa hubungan PR di Selangor ini adalah kukuh dan tak perlulah orang seperti Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan bahawa masalah hubungan dalam PR ini wujud dimana-mana termasuklah di Selangor.

Di Selangor kedudukan Pakatan Rakyat begitu unik dimana masing-masing saling perlu-memerlu antara satu sama lain. Kedudukan kerusi yang menyokong kekuatan kerajaan PR Selangor adalah PKR 15 DAP 13 dan PAS 8 manakala BN 20. Ini bermakna jika mana-mana komponan PR memilih untuk keluar Pakatan sebagaimana DAP Kedah itu bermakna kerajaan dokongan rakyat ini akan runtuh!

Kerana itu masing-masing komponan PR di Selangor begitu teliti dan berhemah dalam berpolitikkhasnya dalam memelihara hubungan sesama PR. Majlis Pakatan Rakyat di Selangor begitu aktif dan bermesyuarat hampir dua kali sebulan. Begitu juga peringkat Parlimen juga telah wujud majlis seumpama ini menunjukkan betapa seriusnya masing-masing komponan PR di Selangor.

Bagaimana dengan perbezaan pandangan?

Memang banyak dan kadang-kala memang tegang tetapi ianya ditangani dengan semangat kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain. Setiap rakan komponan perlu sedar bahawa mereka meniti jambatan yang sangat mencabar, kiranya ia boleh dilakukan dengan cermat, dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negeri dan mengenepikan senitmen dan kepentingan parti masing-masing semata-mata, kerja meniti jambatan itu akan menjadi semakin mudah dan lancar.

Kerajaan PR mesti memandu rakyat ke arah kestabilan dan kesejahteraan bersama. Sensitiviti masyarakat, adat resam dan budaya perlu dipelihara. Negeri ini negeri bertuah dengan Raja yang bersemayam di atas takhta penuh dengan adapt –istiadat budaya Melayu yang kaya-raya itu serta Islam sebagai agama rasmi, disamping kehadiran masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Biar kita terus memerintah negeri ini tanpa perlu mencetuskan kebimbangan dan ketidakpuasan masyarakat di dalamnya. Status quo yang ada, dikekal dengan perubahan dan pembaikian ke arah yang lebih cemerlang sehingga rakyat tidak mahu ubah-ubah lagi.

Benar kata Tan Sri Khalid bahawa PR Selangor kini berada dalam situasi harmoni, kerana sehingga kini kita masih kekal menghormati antara satu sama lain dan menghormati semua institusi, budaya, kepercayaan dan fahaman yang ada. Biarlah ia kekal begitu.

Senarai AJK JKKK Parit 4

1. Tn. Hj Maad bin Hj Adenan. : Pengerusi
2. Tn. Hj Abd Manaf bin Musa. : Setiausaha
3. En. Alias bin Haji Arshad : Bendahari
4. Tn. Hj Shamsudin bin Osman.
Ahli Jawatan Kuasa :-
1. En. Ismail bin Mohd Ain
2. En. Jamil bin Shoid
3. En. Mohamed Ramli bin Hj Ibrahim
4. Tn Hj Abdullah bin Awang
5. En. Mohd Noor bin Hj Salleh
6. En. Mohd Hatta bin Hj Ramli
7. Ust.Mohd Salleh bin Basar. .
8. Pn Norjiah bte Hj Adenan
9. Tn Hj Hassan bin Hj Ahmad
10. En Ahmad Fauzi bin Yunus
11. En. Hassan bin Mahdari

Batuk

Pengenalan
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.
Sebab-sebab batuk
Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
Alahan
Asma
Merokok
Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
Tekanan
Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Rawatan
Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
Berhenti merokok
Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.
Bila anda perlu berjumpa doktor?
Batuk yang mengeluarkan darah
Baru pulang dari perjalanan luar negara
Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
Semput / sesak nafas, sakit dada
Demam yang berpanjangan
Mengandung
Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan
Pencegahan
Amalkan tabiat kebersihan yang baik
Minum banyak air
Tangani tekanan dengan baik
Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)

Senaman Yang Selamat

Garis panduan di bawah ini boleh melindungi anda dari kecederaan akibat daripada senaman dan membolehkan anda bersenam secara menyeronokkan.
1. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan.2. Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu bila anda semakin lebih cergas.
Mulakan senaman berselang seli 2 - 3 minit, dengan 2 - 3 minit berehat selama 15 minit.
Aktiviti senaman perlu ditambah 2 - 3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit .
3. Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan selepas senaman.4. Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan regangan bagi mengelakkan pening dan sakit. 5. Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman.6. Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami:
Ketidakselesaan
Sakit
Pening
7. Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta pakai kasut yang sesuai.8. Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman:
Setiap pagi (sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia )
Petang ( selepas pukul 6 petang )
9. Persekitaran tempat senaman:
Permukaan yang rata.
Suhu dan kelembapan udara terkawal.
Kawasan redup/teduh.
Tempat yang cukup terang.
10. Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan kehilangan peluh. 11. Amalkan senaman pernafasan di antara senaman. 12. Jika anda pengidap penyakit Diabetes:
Bawa gula-gula/manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hipoglisemia (paras glukos rendah).
Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan dari kecederaan kaki.
Jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang.
13. Jika anda mengidap Tekanan Darah Tinggi:
Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.
14. Jika anda Gemuk:
Jangan lakukan senaman yang terlalu agresif dan cuba minimakan pergerakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot
Kemampuan Bersenam
1. Ujian Percakapan:Perlahankan intensiti anda sekiranya anda sesak nafas bila bercakap semasa bersenam.Tingkatkan intensiti anda sekiranya anda masih mampu bergelak semasa bersenam.
2. Kira Sasaran Denyutan Jantung Anda :
220 - umur x 60% Denyutan Jantung Contoh:Jika umur anda 70 tahun 220 - 70 = 150150 x 0.60 = 90150 x 0.90 = 135
Cuba kekalkan denyutan jantung di antara 90 dan 135 seminit.
Dapatkan nasihat doktor jika:
1. Denyutan jantung semasa berehat berdekatan atau melebihi sasaran denyutan jantung anda2. Anda sedang mengambil rawatan ubatan yang boleh memperlahankan denyutan jantung.
Untuk mendapatkan denyutan jantung anda. Mempalpat denyutan nadi di pergelangan tangan selari dengan pangkal ibu jari.
Untuk mengira denyutan jantung anda, mempalpat denyutan nadi selama10 saat. Keputusannya digandakan dengan 6.

Petai Penuh Khasiat


Mungkin tidak ramai yang meminati ulam Petai. Ada yang mengatakan baunya menusuk hidung. Namun tahukah anda Petai mengandungi pelbagai khasiat.
Anaemia
Petai mengandungi zat besi dan boleh menyemarakan pengeluaran haemoglobin (what is this) dalam dalam dan justeru boleh membantu pesakit yang kekurangan darah.
Tekanan Darah
Ulam tropika ini mengandungi bahan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula adalah rendah. Oleh itu Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) baru-baru ini membenarkan industri Petai menyenaraikan khasiatnya untk mengurangkan risiko tekanan darah dan serangan angin ahmar.
Tenaga Minda
Seramai 200 pelajar di Sekolah Twikenham Middlesex dibantu menjalani peperiksaan mereka dengan memakan petai semasa sarapan, masa rehat dan makan tengah hari. Kajian menunjukkan ulam yamg tinggi dengan potasium itu boleh membantu pembelajaran dengan membuat pelajar lebih awas dan segar.
Sembelit
Petai juga mengandungi serat dan boleh membantu menyempurnakan pembuangan air.
Gigitan Nyamuk
Jika anda digigit nyamuk cuba gosokkan bahagian dalam kulit petai pada bahagian yang digigit. Ramai dapati ia dapat mengurangkan lebam dan rasa gatal akibat gigitan serangga tersebut.
Kandungan Vitamin
Petai mengandungi zat vitamin B. Antara lain vitamin B boleh membantu mengamankan sistem saraf.
Kandungan B6 dan B12 dalam Petai juga boleh membantu mereka yang inging membuang tabiat merokok. Ini kerana bahan tersebut dengan bahan potasium dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keingingan untuk merokok.
Jelas Petai menawarkan pelbagai khasiat. Jika dibandingkan dengan buah epal, ia mengandugai empat kali lebih banyak protein, dua kali lebih banyak karbohidrat, lima kali kandungan Vitamin A dan dua kali kandungan vitamin lain.

Kisah Umar r.a dan Saad Abi Waqqas r.a

Umar al-Khattab telah melantik Sa'ad Abi Waqqas r.a seorang sahabat besar Nabi s.a.w sebagai gabenor di Kufah, Iraq. Namun terdapat beberapa kumpulan munafiq yang amat benci kepada Sa'ad, lalu membuat aduan palsu kononnya Sa'ad r.a tidak adil dalam pembahagian dan tidak memimpin ketika peperangan. Sedangkan di ketika itu, kerajaan Islam sedang sibuk membuat persiapan untuk menuju ke Nahawand. Amat difahami kumpulan ini ingin mengganggu kelancaran perancngan kerajaan Islam.
Walaupun aduan ini sememangnya telah diketahui palsu oleh Umar Al-Khattab r.a tetapi beliau masih meraikannya secara SERTA MERTA dengan menghantar wakil penyiasat iaitu Muhammad Ibn Maslamah. Umar r.a seorang yang amat sensitif dan serius dengan segala laporan terhadap gabenor lantikannya. Tatkala proses siasatan terbuka dijalankan, semua wakil ketua yang berada di Kufah tidak tahu menahu berkenaan laporan ketidakladilan Sa'ad lalu semuanya mengkhabarkan kebaikan Sa'ad.
Tiba-tiba muncul Usamah Bin Qatadah mendakwa Sa'ad tidak adil dan tidak memimpin perang. Sa'ad menafikan dengan sumpah serta mendoakan buta mata, kurang zuriat dan terdedah kepada fitnah dunia bagi sesiapa yang menipu dan melontarkan fitnah ke atasnya. Hasil doa individu soleh seperti Sa'ad, kesemua kumpulan yang meinpu ini mati . Usamah pula menjadi buta, kurang zuriat dan ditimpa nafsu syahwat yang luar biasa.
Walaupun Sa'ad terbukti selepas itu tidak bersalah, demi mengelakkan perpecahan dan menjaga status Sa'ad bin Abi Qaqqas, Umar al-Khattab meminta Sa'ad untuk menamakan penggantinya, lalu dilantik ‘Abdullah bin Abdullah Bin ‘Utban yang merupakan timbalan kepada Sa'ad sebelum ini. Manakala Sa'ad di bawa ke Madinah bagi menyertai ahli Majlis Syura Khalifah di Madinah. [2]

Wujudkah Bank Islam di Zaman Nabi/Sahabat?

Terdapat banyak persoalan berkenaan asal usul bank dari perspektif Islam, ramai ilmuan yang menulis dalam bidang hal ini akan membuat kesimpulan tiada wujud sistem perbankan di zaman Nabi mahupun sahabat seperti yang wujud di zaman ini.
Adakah penubuhan bank-bank Islam dewasa ini dianggap meniru pemikiran barat semata-mata, tidak bersih dari sudut asalnya serta tidak sesuai dengan sistem konvensional yang wujud.?
Telah diterima di kalangan para ulama Islam, ciptaan-ciptaan baru di dalam bidang kewangan dan hal ehwal urusan sesama manusia ( iaitu bukan hal ibadat khusus) tidak menjadi masalah dalam Islam selagi boleh diubahsuai dan tidak bercanggah dengan kehendak hukum Islam.

Selain itu, bagi mereka yang menyelusuri sejarah Islam akan mendapati beberapa asas kepada bank sejak zaman sahabat Nabi s.a.w lagi dan zaman selepas itu, ia adalah seperti berikut :-
1) Khidmat Simpanan ( wadi'ah) oleh Az-Zubayr Al-'Awwam
Ibn Sa'ad mencatatkan bahawa ramai yang mendatangi Zubayr dan meminta untuk disimpan wang mereka, sehingga Zubayr menolak kerana merasa terbeban akan hilangnya wang tersebut sedangkan beliau sendiri langsung tidak boleh menggunakannya.
Justeru, Zubayr meminta penyimpan untuk menyimpan atas dasar pinjaman dan bukan lagi wadi'ah. Sebagaimana katanya :-
لا ولكن هو سلف , أني أخشى عليه الضيعة
Erti : Tidak, tapi jadikannya sebagai pinjaman, sesungguhnya aku bimbang ia hilang.
Hasil dari tindakan Zubaiyr ini, semakin ramai yang datang kepadanya sehingga jumlah yag dipegangnya mencecah 2,200,000 dirham. Satu jumlah yang amat besar di zaman tersebut. Sehingga terdapat penulis yang menamakannya sebagai Bank Zubayr. Mungkin ia boleh dikira sebagai bank Islam yang pertama.
Melalui tindakan Zubayr ini beliau telah menukar asas konsep wadiah yang hanya menjaga amanah menyimpan tanpa boleh digunakan, kepada pinjaman yang membolehkannya untuk melaburkannya dan pada masa yang sama menjamin keselamatan wang tersebut. Natijah keuntunagn yang diperolehi oleh Zubayr banyak digunakan untuk membeli aset, menurut Az-Zahabi takala Zubayr meninggal dibunuh, beliau tidak meninggalkan satu dinar atau dirham, kecuali beberapa keping tanah di Ghabat, sebuah rumah di Madinah, Basrah, Kufah dan Mesir. Selain itu juga meninggalkan hutang yang agak besar sebanyak 2,200,000 dirham iaitu nilai simpanan orang ramai yang diubah kepada pinjaman. [1]
2) Khidmat Perbankan oleh Ibn Abbas dan Abdullah Ibn Zubayr [2]
Diriwayatkan juga, Ibn Abbas r.a mengambil wang perak di Mekah bagi membawanya ke Kufah, dan Abdullah Bin Zubayr pula menulis dan mengambil wang perak dari daripada Kufah untuk dibawa ke Mekah dan seterusnya ke Iraq. Tindakan mereka ini merupakan salah satu dari khidmat-khidmat yang ditawarkan oleh perbankan moden seperti credit transfer.
Kesimpulan dari pendedahan ini terbukti bahawa khidmat-khidmat perbankan selagi mana menepati hukum Syariah adalah dibenarkan. Tambahan pula jika kewujudannya boleh memudahkan dan memberi manfaat yang banyak buat masyarakat.
Antara kemudahan yang dapat dihasilkan melalui sesebuah khidmat perbankan adalah seperti berikut :-
a) Menguruskan keperluan kewangan dua kelompok dalam masyarakat, iaitu :_
* satu kelompok yang mempunyai lebihan wang dan ingin melabur, menyimpan dan mendapat manfaat dari lebihan wang yang dipunyainya. Mereka terdiri dari semua orang yang mampu membuat simpanan. Mereka digelar surplus unit.
* Satu kelompok adalah mereka yang memerlukan tunai dan wang samada untuk keperluan pernigaaan mereka atau asasi seperti pembelian kereta dan sebagainya. Mereka digelar deficit unit.
Hasil dari wujud dua kelompok ini dalam masyarakat, kewujudan bank islam sebagai orang tengah yang dipercayai ( kerana ia sebuah institusi yang dipantau dan diberi lesen oleh bank negara) boleh membantu kedua-dua kelompok bertemu dan memanfaatkan antara satu sama lain.
b) Mampu menyediakan penjagaan wang tunai yang lebih selamat berbadning penjgaan oleh individu di rumah masing-masing.
c) Menyediakan khidmat pelaburan. Ini sudah tentu baik kerana tidak semua individu yang berduit mampu mencari dan memutuskan pelaburan apa yang terbaik dan selamat baginya. Justeru, kewujduan bank yang dipenuhi dengan para pekerja profesional yang berpengalaman dalam bidang ini mampu memberikan manfaat kepada orang ramai.
Ini hanyalah antara beberapa perkara yang menunjukkan kewujudaan bank dalam sistem kewangan Islam adalah diterima selagi mana semua manfaat yang disebutkan di atas dapat di kawal selia dalam lingkungan hukum Islam.

Masih Belum Laju


Germany, sebagai salah sebuah negara maju di dunia, amat terkenal dengan sejarah pembahagian Jerman Barat dan Timur, dipisahkan oleh tembok Berlin, kemudiannya sejarah tercipta apabila menjadi ia menjadi sebuah negara, ‘Germany' iaitu dengan runtuhnya tembok penghadang tersebut.
Pengalaman berprogram di empat tempat di Jerman (Wolfsburg, Saarbrukeen, Albstact dan Frankfurt), memandu dengan jarak 2000 km di atas jalan raya dan lebuh raya Jerman menemukan saya dengan beberapa pengalaman dan pengajaran menarik. Ingin saya kongsikan satu antara beberapa pengalaman tersebut.
PECUT SESUKA HATIMU DUHAI PEMANDU?
Sebelum sampai ke Jerman lagi, beberapa rakan sudah pun memaklumkan berkenaan kebebasan pemanduan di Jerman kerana tiada had laju. Tiada had laju? Benarkah?..
Apabila sampai di Jerman, ternyata fakta itu tiadalah benar secara keseluruhannya dan tidak pula salah sepenuhnya.
Yang salah, sebenarnya terdapat banyak juga had laju pemanduan di Jerman, sama ada pada had laju, 50, 70, 90, 100, dan 110 km/j. Ia tertakluk kepada jenis kawasan dan keadaan jalan raya dan lebuh raya itu.
Yang benar, memang terdapat banyak kawasan lebuh raya dan jalan raya yang tiada ditentukan sebarang had laju. Pandulah sesuka hati, selaju mana yang kamu berani dan rasakan sesuai.
Satu pengalaman yang agak menarik memikirkan bagaimana negara ini boleh membenarkan rakyatnya memnadu dengan kelajuan tanpa had. Menurut statistik yang sempat saya rujuki, didapati di bahagian Eropah, negara terburuk dari sudut jumlah kemalangan kereta adalah Itali dan diikuti Poland dan United Kingdom. Perancis dan Jerman berada di dalam senarai yang sederhana.
Cukup mengkagumkan, sebuah negara yang membenarkan pemanduan tanpa had tetapi masih mencatatkan kemalangan yang kurang berbanding negara-negara yang meletakkan banyak had seperti United Kingdom yang menghadkan kelajuan 90 batu/j (115 km/j) sahaja di lebuh raya mereka, selain itu, lebuh raya juga dipenuhi kamera (sama ada kamera untuk keselamatan dan kejaluan kenderaan). Perancis pula menetapkan 130 km/j sebagai had paling laju di atas lebuh raya. Pengalaman saya memandu di Perancis sekitar 800 km di atas lebuh raya dan jalan rayanya, memperlihatkan pemanduan di Perancis hampir sama seperti Malaysia, ada had laju tetapi ramai yang langgar dan kurang kamera perangkap kelajuan di kiri kanan jalanraya.

Sabtu, 11 Julai 2009

Sidang-Sidang Mukim Pancang Bedena


1. Kg Parit 3,4 Sg. Hj. Dorani
Hj. Maad Bin Hj. Adnan
No 48, Jln Baru Sg Panjang, 45300 Sg. Besar
013-3003152

2. Peket 60 Sg. Nipah
Hj. Jaini Bin Andan
Lot 7654, Blok 3, Peket 60, 45300 Sg. Besar
016-3785629

3. Kg. Taliair 13 Sg. Nipah
Mat Yaacob Bin Kasni
Lot 10080, Kg. Sg. Nipah, Masjid Simpang Lima, 45300 Sg Besar
0194705656

4. Kg. Sg. Haji Dorani
Mat Ismail Bin Basir
Jalan Hj. Yunus, Pekan Selasa Lama, Sg. Hj. Dorani
013-2201357

5. Kg. Parit 13 Sg. Nipah
Hj. Muhamad Sabri Bin Awang
Ban 1, Parit 13, Sg. Nibong, 45400 Sekinchan.
019-2996117

6. Kg. Peket 100, Sg. Nipah
Ahmad Zawawi Bin Jurani
No. 3 Jln. Masjid, Peket 100, 45300 Sg Besar
017-6037982

7.Kg. Parit 1 Timur
Romli Bin Parmin
Simpang 4 LPN, Jln Tengah 45300 Sg. Besar
016-6861390

8. Kg. Simpang Lima
Hj. Muhamad Bin Ibrahim
06, Sri Murni, Parit 15, SImpang Lima, 45300 Sg. Besar
016-9001694

9. Kg. Sg. Nipah Baroh
Hj. Misran Bin Jakim
Lot 75, Peket 100, Simpang Lima, Sg Nipah, 45300 Sg. Besar
03-32241684

10. Kg. Parit 5/6 Gambut
Mohamad Bin Abdullah
No. 19, Parit 6 Gambut, Sg. Panjang, 45300 Sg. Besar
019-6927546

11. Kg. Parit 2 Sg. Hj. Dorani
Shafie Bin Zakaria
A-13, Parit 3, Jln Baru, Sg. Panjang, 45300 Sg. Besar
016-6312910

12. Kg. Panchang
Suparman Bin Sadikin
No. 9, Jln Parit 1, Banat, 45300 Sg Besar
016-2503760

13. Kg. Parit 3 Timur
Mohtar Bin Yamin
No. 35, Parit 3 Timur, 45300 Sg. Besar
019-6317112

14. Kg. Parit 8 1/2 Barat
Roslan Bin Ismail
No. 26, Desa Kasih, Parit 8 1/2 Barat, 45300 Sg. Besar
019-6369718

15. Kg. Parit 1 Barat
Yusof Bin Md Nor
Lot 5920, Parit 1 Barat, 45300 Sg. Besar
03-32242273

16. Kg. Sg. Lias / Sg. Besar
Ibrahim Bin Katiran
No. 25, Jln 2, Taman Seri, 45300 Sg. Besar
016-3783123

17. Kg. Parit 2 Timur
Sabri Bin Adol
No. 51A, Parit 2 Timur, 45300 Sg. Besar
019-3197407

18. Kg. Parit 4 Timur
Hj. Osman @ Mustafa Bin Ismail
No. 35, Parit 4 Timur, 45300 Sg. Besar
019-2066529

19. Kg. Parit 7 Timur
Mazlan Bin Hj. Darmawi @ Hj. Asmawi
No 7, Parit 6 Timur, 45300 Sg. Besar
019-3791486

20. Kg. Tebuk Pulai
Yusaini Bin Mohd Yusof
Lot 9268, Jln Besar, Batu 3, Tebok Pulai, 45200 Sabak Bernam
016-3630744

21. Kg. Parit 8 Timur
Abdul Manaf Bin Abdul Hamid
No. 27, Parit 9 Timur
019-3491207

22. Kg. Parit 6 Timur
Mohd Yassin Bin Yusof
34, Parit 6, Timur, 45300 Sg. Besar
019-6743688

23. Kg. Parit 2/3 Barat
Mohd Asmail Bin Hj. Md. Dani
Parit 3 Barat, 45300 Sg. Besar
016-3682021

24. Kg. Parit 4/5 Barat
Zainal Abidin Bin Mohd Nor
No. 2, Parit 4 Barat, 45300 Sg. Besar
013-6156332

25. Kg. Parit 5 Timur
Md. Nor Bin Md. Said
No. 33A, Parit 5 Timur, 45300 Sg. Besar
019-2521889

26. Kg. Parit 7/8 Gambut
Md. Zaidin Bin Md. Zaini
No. 14, Parit 4 Barat, 45300 Sg. Besar
019-2499111

27. Kg. Sg. Limau
Sapari Bin Semat
Bt. 8, Kg. Sg. Limau, 45300 Sg. Besar
012-3954139

Jumaat, 10 Julai 2009

SELAMAT BERKUNJUNG

Selamat berkunjung ke Blog JKKK Kampong Parit Empat , Sungai Haji Dorani, Sungai Besar