Rabu, 29 Disember 2010

Isu padi, Dr Yaakob Safari sedia dialog dengan Dato Noh Omar

EXCO Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari bersedia mengadakan sesi dialog bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan pegawai-pegawai berkaitan untuk menyelesaikan isu benih dan baja padi.
“Kita nak jelaskan kepada rakyat mengenai apa sebenarnya hal yang berkaitan padi di Selangor. Kalau dialog antara saya dan dia saja, saya nak ia dilakukan secara meluas termasuk media Umno, tetapi kita tak diberi ruang,” jelasnya kepada TVSelangor.
Exco Selangor itu berkata, beliau juga turut meminta seandainya Noh Omar ingin berdialog, biarlah dilakukan secara terbuka menerusi media.



Menurutnya, pengetahuan yang kurang berkaitan pertanian menyebabkan petani kerugian hampir separuh daripada pendapatan mereka sekarang.

“Datuk Seri Noh tiada pengetahuan berkaitan pertanian. Kesannya tender benih diberikan kepada syarikat yang tiada pengalaman mengendalikan benih padi,” kata Yaakob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik.

Katanya lagi, tindakan menswastakan benih padi dan baja juga merupakan salah satu faktor menyumbang kepada kerugian petani.

“Isunya, bila Kerajaan Negeri Selangor kini berjaya melancarkan sistem yang meningkatkan hasil padi, ia membimbangkan pemimpinn Umno yang takut hilang pengaruh.

“Noh hilang batasan, dia bimbang dengan kejayaan program ini kerana BN nanti akan ditolak,” katanya.

Pembekalan benih padi yang dahulunya dikendalikan Jabatan Pertanian diserah kepada syarikat swasta yang dimiliki oleh Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tanjong Karang yang tidak mampu membekalkan benih padi berkualiti kepada petani.

“Sebelum proses penswastaan, sistem pengurusan benih padi adalah terkawal dan teratur, malah baja serta benih padi yang diterima juga berkualiti.

“Selepas penswastaan diperkenalkan, baja dan benih padi yang diberikan kurang berkualiti hingga menyebabkan banyak berlaku padi angin,” katanya.

Beliau menambah, para petani juga merungut hasil padi kurang akibat benih padi yang diterima kurang berkualiti, dan turut mempersoalkan tindakan Kementerian Pertanian menswastakan Skim Penanaman Benih Padi atau SPBP.

Petani meragui ketulenan benih padi yang dibekalkan oleh pihak tersebut, menyebabkan petani kerugian tahun lalu dan sekali lagi Noh tidak menjawab isu tersebut.

Kerajaan negeri sebelum ini berpendapat, pemberian kuasa menerusi penswataan SPBP kepada sebuah syarikat, sepatutnya tidak berlaku dan sebaliknya kementerian tersebut harus menyelesaikan kemelut petani dengan membuka peluang kepada lebih banyak s

1 ulasan:

  1. melaksana amanah bukan suatu yg mudah, pasti ada rintangan dan halangan khususnya dari golongan MUNAFIK!!

    BalasPadam