Jumaat, 18 Disember 2009

40 Ribu Pelajar Bakal Terima Sumbangan

KLANG, 17 Disember - Menjelang pembukaan sesi persekolahan, dalam usaha meringankan beban golongan berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan Kerajaan Negeri bakal menyumbangkan beg sekolah kepada 40 ribu pelajar di seluruh Selangor.Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar berkata, kesemua beg itu dijangka akan diserahkan sebelum 30 Disember ini.

“Kita akan bagi beg sekolah kepada 40,000 murid di seluruh negeri Selangor, di Dun Andalas kita akan adakan pada 28 Disember yang kita akan adakan beg yang akan kita bagi kepada anak-anak kita di sekolah,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Sumbangan kepada Pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari DUN Sri Andalas, Klang malam tadi.

Xavier berkata, Kerajaan Negeri juga tidak meminggirkan golongan pelajar kurang cemerlang dalam peperiksaaan UPSR dan PMR.Sebagai usaha awal kerajaan negeri memberikan RM90 kepada pelajar yang mengambil UPSR dan RM120 kepada pelajar yang mengambil PMR sebagai pendorong kepada mereka untuk memperbaiki pencapaian akademik

Ahad, 6 Disember 2009

90 peratus kawasan Urban

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyasarkan 90 peratus kawasan di negeri Selangor bakal membangun dalam tempoh 20 tahun akan datang menerusi program pembangunan semula yang dilaksanakan.Beliau berkata antara langkah yang diambil adalah dengan mempertanggungjawabkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membangunkan semula projek terbengkalai di negeri ini.

“Adalah dijangkakan dalam masa 20 tahun yang akan datang, hampir 90 peratus daripada negeri Selangor ini merupakan kawasan perbandaran ataupun urban,” kata beliau.Beliau berkata demikian dalam ucapannya sewaktu merasmikan Hari Keluarag PKNS yang disertai seramai 5000 ahli keluarga PKNS dan anak syarikatnya di Komplek Sukan PKNS Kelana Jaya pagi tadi.

Turut hadir ialah isteri beliau Puan Sri Datin Salbiah Turut dan Pegawai Kanan Negeri Selangor, Datuk Mohd Arif Abdul Rahman.Khalid dalam ucapannya juga mengumumkan mengenai kejayaan negeri menyumbang 20 peratus kepada kadar pembangunan negara.Katanya, Selangor juga menyaksikan peningkatan sebanyak 35 peratus dalam aspek pembuatan pengeluaran.

“Sekurang-kurangnya, 20 peratus daripada pembangunan negara Malaysia adalah disumbangkan negeri Selangor. Negeri Selangor juga adalah negeri yang antaranya yang tertinggi memberi sumbangan terhadap keluaran pembuatan untuk negara kita. Keluaran ini melebihi 35 peratus daripada keluaran negara,” katanya

Selasa, 1 Disember 2009

Unjuran 6-7% Tahun Hadapan

PETALING JAYA, 30 Nov - Selangor, negeri paling maju di negara ini, dijangka mencapai pertumbuhan ekonomi antara 6.0 dan 7.0 peratus pada tahun depan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.
“Kita melihat trend pertumbuhan Selangor sebanyak 2.0 peratus di atas pertumbuhan nasional. sebagai contoh, jika pertumbuhan negara ini dicatatkan 4.0 peratus, Selangor sepatutnya mencatatkan pertumbuhan antara 5.0 dan 6.0 peratus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pembangunan Semula Bandar Antarabangsa di sini hari ini.

Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 5.0 peratus telah diunjurkan bagi Malaysia pada 2010 jika dilihat daripada prestasi ekonomi global yang menggalakkan dan permintaan domestik yang meningkat semula.

Khalid berkata adalah penting bagi Selangor untuk berkembang lebih laju daripada negeri lain bagi memastikan sumbangan sihat kepada pertumbuhan negara ini.

Katanya Selangor akan terus menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke negeri itu.

“Agihan Selangor kepada agihan KDNK negara ialah kira-kira 21 peratus pada 2007, dengan agihan yang besar dicatatkan di dalam sektor pengeluaran, pengangkutan dan storan dan komunikasi,” katanya.

Khalid berkata Selangor mencatatkan kemerosotan yang ketara di dalam pelaburan langsung asing antara akhir 2008 dan Jun 2009 disebabkan kemelesetan ekonomi global.

“Bagaimana pun, kini berlaku kenaikan ketara pada segi perangkaan terbaharu sehingga September. Jika kita dapat mencatatkan FDI antara RM4 bilion dan RM5 bilion pada tahun ini, maka ia akan merupakan rekod yang boleh dipuji,” katanya.

Tahun lepas, Selangor menarik FDI lebih RM10 bilion ke negeri itu

Kempen Kebersihan

IJOK 30 NOV: Kerajaan negeri bakal menganjurkan program pembersihan Selangor pada tahun hadapan dalam usaha memupuk kesedaran tentang kebersihan kepada rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, program berkenaan bakal dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh Selangor dengan menggunakan pendekatan berkempen.

Khalid berkata, antara kempen yang akan dilakukan adalah kempen mengurangkan penggunaan beg plastik, kempen penggunaan tong sampah dan kempen menanam pokok di negeri ini.

“Banyak lah kita akan uruskan. Tapi buat masa ini, saya nak mengingatkan rakyat Selangor kalau kita nak jadi negeri number one, bukan number one Malaysia, negeri number one, kita mesti bersih dan selamat,” kata Khalid.

Beliau berkata demikian kepada Tv Selangor selepas menyampaikan cek bernilai RM2,500 kepada 42 waris peserta skim Mesra Usia Emas di sini semalam.

Khalid berkata, skim Mesra Usia Emas amat mementingkan kebajikan warga tua di negeri Selangor.

Mengulas mengenai skim berkenaan, Khalid berkata sebagai tanda prihatin, kerajaan negeri dijangka memperkenalkan kad potongan harga kepada warga emas untuk membeli belah di Selangor.

Katanya, program sumbangan skim ini mungkin diadakan setiap minggu dalam memastikan kerajaan negeri menunaikan janji yang diberi kepada rakyat.

“Kira rasakan dengan cara ini, setiap minggu kita akan adakan pemberian khairat kematian ini di setiap tempat di negeri Selangor. Ini menunjukkan kerajaan pakatan rakyat tidak bercakap saja, kita buat program, kita ada perjumpaan, kita tahu kehendak rakyat, dan kita berharap perkara ini akan sentiasa diteruskan supaya semua rakyat merasakan kemakmuran negeri Selangor.” katanya

Sambutan Hari Q 2009

SHAH ALAM 1 DIS: Sebagai tanda terima kasih, kerajaan negeri Selangor hari ini meraikan dan mengiktiraf kecemerlangan penjawat awamnya di semua peringkat pentadbiran dan pengurusan sektor awam negeri.

Majlis Sambutan Hari Kualiti 2009 Pentadbiran Kerajaan Selangor yang diadakan setiap tahun ini telah disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Khalid berkata penganjuran majlis tersebut merupakan sebahagian dari usaha kerajaan negeri mengiktiraf komitmen, dedikasi serta iltizam penjawat awam serta pihak pengurusan jabatan atau agensi yang berkaitan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan awam di negeri ini.

Katanya, usaha-usaha yang berteraskan kecemerlangan perkhidmatan boleh meletakkan penjawat awam di negeri ini di mercu penghormtan selain menjadi kebanggaan rakyat.

“Saya rasa hari Kualiti ini ataupun hari pengguna ini adalah penting dari segi mengenalpasti kejayaan dan juga perkara-perkara yang perlu boleh diperbaiki demi meningkatkan prestasi dan produktiviti.

“Disamping itu ia juga memberi peluang untuk mengenalpasti pekerja-pekerja yang cemerlang supaya mereka dapat dihargai,” katanya.

Khalid berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri,di sini pagi tadi.

Penyampaian anugerah hari ini termasuklah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2008, Anugerah Jasamu Dikenang (ADJ) Tahun 2009, Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam( AKRAB) dan Anugerah Prestasi Kutipan Hasil Cukai Tanah Tahun 2008.

Seramai 105 penjawat awam menerima anugerah masing-masing manakala ganjaran sebanyak 100 ribu ringgit telah di berikan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Sepang, Gombak, Kuala Selangor, Klang dan Sabak Bernam kerana berjaya mencapai sasaran hasil kutipan cukai yang ditetapkan.

Rombak BTN

SHAH ALAM 1 DIS: Keputusan Kabinet untuk merombak semula kursus Biro Tata Negara (BTN) jelas menunjukkan pimpinan Barisan Nasional mengakui adanya perkara yang tidak kena dalam kursus berkenaan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Halimah Ali berkata kerajaan Barisan nasional seharusnya berfikiran lebih ke hadapan dengan tidak hanya menafikan setiap fakta yang diutarakan pembangkang.

“Akhirnya kabinet mengakui bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada kurikulum yang selama ini mereka gunakan untuk kursus-kursus BTN dan Nazri Aziz sendiri mengatakan apabila melihat BTN dijalankan memang ada unsur-unsur perkauman dan merosakan.

“Walaupun menteri lain termasuk Timbalan Perdana Menteri menafikan bahkan menteri wanita dan menteri dalam negeri menafikan tetapi apabila malihat, tetliti dan mendengar maklum balas bekas peserta jelas lihat ada unsur perkauman dan menanamkan satu konsep doktrin ketuanan Melayu,”katanya.

Sekitar Hari Batamuaan Kulaan

Hari Batamuan Kulaan diadakan pada 29/11/09, Hari Sabtu yang lalu, bertempat di Balai JKKK Parit 4. Dihari ramai kulaan antaranya mantan YDP PBM, Ir Sabran Alas, En Idris Ali Badron, En Fuad Jaafar, En Ahmad Murad Hj Jelani. Meskipun hujan turun lewat pagi, namun ianya tidak menghalang warga banjar untuk hadir dan diakhir majlis mereka di jamu dengan nasi bukhara dan gulai lembu korban sumbangan En Ahmad Murad Hj Jelani.









Isnin, 16 November 2009

Selangor Giat Sediakan Pusat Jagaan Warga Emas

SHAH ALAM 16 NOV: Selaras dengan matlamat kerajaan negeri yang mengutamakan kebajikan rakyatnya, nasib golongan usia emas tidak dilupakan khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai kediaman dan miskin.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sehubungan itu, kerajaan negeri telah menyediakan sebanyak tujuh buah rumah kebajikan kepada mereka.
Tidak ketinggalan, badan bukan kerajaan (NGO) juga menyediakan sebanyak 36 rumah dengan bantuan geran daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Di bawah Lembaga Zakat Selangor, sebanyak 38 buah rumah kebajikan yang menerima bantuan daripada LZS berdasarkan keperluan dan kapasiti penghuni rumah kebajikan tersebut”, katanya. Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ADUN Bangi, Dr Shafie Abu Bakar semasa Sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.
Selain itu, terdapat 3 pusat jagaan harian warga emas NGO dengan menerima peruntukan geran sebanyak 99 ribu ringgit setahun manakala 38 rumah kebajikan NGO yang lain pula menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Tambah Khalid lagi, sehingga kini terdapat kira-kira 2 ribu penghuni rumah kebajikan berada dalam tanggungjawab JKM Negeri Selangor manakala seribu lagi menerima bantuan LZS.
Dalam pada itu, terdapat 3 jenis bantuan kebajikan yang disediakan JKM iaitu Geran Penyelenggaraan bagi keperluan makan dan minum; Geran Pembaikan Kerosakan dan Geran Pentadbiran bagi menampung kos operasi rumah kebajikan.
“Bagi Lembaga Zakat Selangor, sumbangan geran telah diberikan kepada 38 buah rumah kebajikan yang dikenal pasti sejak tahun 2008 yang lalu. Sebanyak RM20,000 (minimum) hingga RM50,000 (maksimum) diberikan setahun”, jelasnya lagi

Ahad, 15 November 2009

Kampung Parit 3,4 Di Genangi Air

























Rm 6 Juta untuk Sekolah Agama Rakyat

SHAH ALAM, 14 November - Kerajaan negeri Selangor meluluskan peruntukan sebanyak RM6 juta bagi pembangunan sekolah agama rakyat bagi memperkasakan pentadbiran sekolah itu di Selangor.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, sekolah agama adalah penting bagi mencorak sahsiah dan mendidik spiritual anak-anak sejak kecil.
“Apa ertinya akhirat, untuk mei ini sesuai mengenal Allah, rasul, dan nilai hidup di dunia, akhirat, saya harap itulah yang diberikan kefahaman yang sebenar-benarnya diberi oleh sekolah seperti ini sesuai dengan sekolah agama,” katanya.
Dr Halimah berkata demikian semasa ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan KAFA Bandar Armada Putra, Pulau Indah pagi tadi

Sabtu, 31 Oktober 2009

Selasa, 27 Oktober 2009

Kerajaan Selangor Sambut Baik Teguran

Shah Alam , 27 Oktober 2009 - Kerajaan Selangor mengalu-alukan kritikan membina dari rakyat dan parti pembangkang Umno-BN bagi meningkatkan lagi prestasi urustadbir negeri.
Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata rakyat Selangor berhak kepada sebuah kerajaan yang mantap, demikian itu proses pembaharuan dan penambahbaikan adalah satu proses yang berterusan.
“Kita boleh belajar dari semua pihak, tetapi saya rasa masih ada perkara-perkara yang boleh diperbaiki. Secara umumnya dari segi pelaburan,dari segi menjaga kebajikan rakyat, serta dari segi memacu ekonomi kita jauh lebih baik dan ini telah di sahkan melalui pungutan suara yang dibuat oleh kalangan rakyat di negeri Selangor .Maklum sahajalah tidaksemua perkara dapat dibuat dan dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin.Kita mesti ada sifat tawaduk untuk belajar dari mana-mana pihak, tidak kiralah daripada mana jua pendapat itu dan ini tidak menjadi masalah,”Jelasnya.
Nik Nazmi berkata demikian kepada Tv Selangor ketika ditemubual melalui perbualan telefon, hari ini.

Isnin, 26 Oktober 2009

Mesyuarat JKKK Oktober 2009

Tarikh : 25 Oktober 2009
Hari : Ahad
Masa : Jam 300 Petang
Tempat : Balai JKKK Parit 4 Sg Hj Durani.

Semua AJK diminta hadir, insyaallah.

Ahad, 25 Oktober 2009

Dr Zainudin Jaafar Meninggal Dunia

Dr Zainudin Jaafar, meninggal dunia petang tadi di Brunei Darus Salam, Jenazah akan disemadikan di Brunei Darus Salam. Allahyarham ialah bekas pelajar SRA parit 4 Sg Hj Dorani sekitar tahun 1970an.
Al fatehah

Selasa, 6 Oktober 2009



Arwah ayah awan kakawanan, sewaktu menghadapi peperiksaan di Maktab Kerjasaan Malaysia, Jalan Templer, Petaling Jaya Selangor.

Banyak Yang Kada Pinandu


Lawatan ke KL


Shafie Hamid, Sayuti Abbas, Yusof Ahmad, Yusof, Omar Hj Amin. Ada dua tiga urang kada tahu ngaran.

Lagi Gambar Tahun 60an


Hj Mustafa Rais, Shafie Hamid, Omar Hj Amin, Yusof Ahmad yang badua tu ulun kada tahu ngarannya.

4,300 Jemaah Haji Selangor


SHAH ALAM, 4 Okt - Setiap kali tibanya bulan Zulhijjah, umat Islam seluruh dunia berpusu-pusu mengunjungi Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadat haji yang difardhukan ke atas muslim yang mampu sahaja.
Tidak ketinggalan umat Islam negara ini khususnya di Selangor, dijangkakan seramai 4,300 jemaah haji bakal menunaikan rukun Islam kelima itu setelah selesai mengikuti kursus haji.
Sehubungan itu, Lembaga Tabung Haji (LTH) Selangor semalam menganjurkan Kursus Perdana Haji Intensif yang bermula hari ini dan berakhir Ahad ini yang bakal disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Kita anggarkan dalam 4,300 jemaah haji yang menghadiri kursus haji perdana di peringkat negeri Selangor pada hari ini. Kursus ni merupakan kursus dua hari iaitu 3 dan 4 haribulan yang mana merupakan kemuncak daripada siri-siri kursus haji yang telah diadakan pihak tabung haji Selangor di seluruh daerah di negeri Selangor ini”, kata Ridza.
Pengarah Lembaga Tabung Haji Selangor, Md. Ridza Md. Zain berkata demikian kepada Tv Selangor ketika kursus haji perdana sedang dijalankan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Kursus Haji dua hari tersebut merupakan siri terakhir daripada 17 kursus yang sudah dijalankan di setiap daerah seluruh Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Dalam pada itu, dalam kebimbangan negara dengan penularan wabak Influenza A H1N1, pihak LTH sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat saringan dan memberi rawatan susulan kepada mereka yang dijangkiti.
“Dengan kerjasama pengurusan kesihatan, kita akan buat screening ataupun injection-injection. Besok dalam satu slot di mana Kementerian Kesihatan akan memberi penerangan kepada semua jemaah haji”, katanya lagi.
Selain itu, kursus haji kali lebih memberi penekanan kepada praktikal dan amali pelaksanaan ibadat haji sebenar di Tanah Suci kelak nanti, dimulai dengan tawaf mengelilingi ka’abah, sa’ie, berada di Muzdalifah dan melempar jumrah

Jamuan Guru SK Pt 4 di Nam Tai



Sebahagian dari guru-guru dan pekerja SK Parit 4, mengadakan jamuan di Nam Thai Hotel Sungai Besar. Ada ke yang pinandu?

Peserta Kursus MKM


Gambar Tahun 60an
















Antara yang kukenal Jamhari Hj Amin, Hj Aziz Bakri, Hj Ahmad Abdullah, Arshad Khalid, Hj Yusof, Wahab Bakri.