Sabtu, 25 Mei 2013

Selangor Kini


Saya Jaga Wang Rakyat

PETALING JAYA 25 MEI : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menerima teguran beliau seorang ketua kerajaan yang ‘kedekut’ dalam menggunakan dana negeri kerana wang itu adalah kepunyaan rakyat.
“Tuan-Puan ada mengatakan bahawa saya sangat kedekut,itu saya terima sebab bukan duit saya,” kata beliau dalam ucapannya di Kongres Ke-9 Parti Keadilan Rakyat di sini.
Abdul Khalid, yang selama lima tahun berjaya meningkatkan rizab Selangor dari RM 400 juta ke RM 2.6 bilion, berkata sikap menguruskan wang rakyat dipelajari dari ibunya.
“Sebab saya hendak ceritakan bahawa saya di didik oleh ibu saya ketika menjadi pengurus PNB berkenaan pengurusan wang yang besar sehingga beratus juta.
“Maka ibu saya menanyakan saya berkenaan pelaburan beratus juta, sudahkan mengira wang tersebut?
“Dan memberitahu kepada saya maka perlu mengira wang itu jika hilang keluarga kita tidak dapat membayarnya.
“Jadi awak tidak boleh hilangkan duit itu, itu tanggungjawab kita dan keluarga menjaganya,” kata Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang.
“Sebab jika sudah RM 2.6 billion wang rizab negeri dan tidak menjaga wang itu maka rakyat akan menyumpahnya.
“Saya kena gunakan duit itu dengan lebih baik lagi dan kini saya akan belanjakan dengan baik.”

Simpanan Rizab Selangor akan dibelanja berhemah

PETALING JAYA 25 MEI : Simpanan Rizab Selangor yang berjumlah RM 2.6 bilion akan digunakan secara berhemah untuk membangunkan kawasan luar bandar di negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau telah mengumbal rancangan tiga tahun untuk membangunkan kawasan desa di negeri terkaya itu supaya rakyat di pendalaman dapat menikmati kualiti hidup yang setaraf dengan mereka di bandar.
Beliau juga berkata pelan tiga tahun itu merangkumi usaha untuk mempertingkatkan pendapatan penghuni kawasan pendalaman.
Pada masa yang sama, wang rizab yang dibelanjakan akan ditambah dengan mencari sumber pendapatan baru bagi Kerajaan Negeri.
“Duit itu akan dijaga dengan baik dan dilihat ke mana wang itu dibelanjakan.
“Saya akan mencari mereka yang telah menyalahgunakan duit rakyat dan dikembalikan dalam dana simpanan negeri supaya dapat digunakan untuk rakyat.
“Dari masa ke semasa saya akan mengumumkan apa yang dilakukan dan hal yang akan dilakukan,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian semasa Ucapan Penggulungan Kongres PKR Kali Ke-9 yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di sini.
Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan berkata bahawa beliau akan menumpukan perhatian kepada pembangunan kawasan pendalaman Selangor di dalam penggal keduanya sebagai Menteri Besar.

Jumaat, 17 Mei 2013

Mesyuarat Bulan Mei 2013

Mesyuarat JKKK Mei 2013
Tarikh : 18 Mei 2013
Hari : Sabtu malam Ahad
Masa : 9.15 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Masjid Pt 4.

Semua AJK dijemput hadir, insyaallah.

Mesyuarat Bulan Mei 2013

Mesyuarat JKKK Mei 2013
Tarikh : 18 Mei 2013
Hari : Sabtu malam Ahad
Masa : 9.15 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Masjid Pt 4.

Semua AJK dijemput hadir, insyaallah.

Mesyuarat Bulan Mei 2013

Mesyuarat JKKK Mei 2013
Tarikh : 18 Mei 2013
Hari : Sabtu malam Ahad
Masa : 9.15 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Masjid Pt 4.

Semua AJK dijemput hadir, insyaallah.

Mesyuarat Bulan Mei 2013

Mesyuarat JKKK Mei 2013
Tarikh : 18 Mei 2013
Hari : Sabtu malam Ahad
Masa : 9.15 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Masjid Pt 4.

Semua AJK dijemput hadir, insyaallah.

Mesyuarat Bulan Mei 2013

Mesyuarat JKKK Mei 2013
Tarikh : 18 Mei 2013
Hari : Sabtu malam Ahad
Masa : 9.15 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Masjid Pt 4.

Semua AJK dijemput hadir, insyaallah.

Selasa, 14 Mei 2013

Mahkamah Rayuan Batal Kes Saman Ibu Tunggal

SHAH ALAM 14 MEI : Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang membatalkan membatalkan kes saman ibu tunggal terhadap Kerajaan Negeri  merupakan satu kemenangan kepada rakyat Selangor.
Menurut Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail mengharapkan keputusan ini menjadi ‘precedent case’ untuk kes saman lain yang dihadapi Kerajaan Negeri.
Rodziah yang juga Adun Batu Tiga berkata, keputusan ini membuktikan sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah adalah satu kenyataan konkrit dan bernas untuk dibawa dalam kes-kes saman yang lain.
“Kita harapkan pengadilan dan hujahan seperti ini adalah konsisten dalam kes-kes seumpamanya yang lain (saman berhubung janji manifesto).
“Sepertimana hujah peguam A Vishnu Kumar, manifesto bukanlah satu perkara ‘legal’(sah)yang mesti ditunaikan dan bukan terikat di sisi undang-undang,” ujar Rodziah.
Sehubungan itu, beliau optimis kes-kes lain seperti kes saman berhubung pemberian air percuma, bantuan suri rumah dan skim bantuan  warga emas yang masih menanti perbicaraan dan rayuan juga akan berpihak kepada Kerajaan Negeri.Pada November tahun lalu Murtini binti Kasman (Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor) beserta 2,019 yang lain mengemukakan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar Selangor kerana mendakwa gagal menunaikan janji dalam manifesto untuk membayar RM100 kepada ibu tunggal di negeri ini.
Antara lain, saman tersebut menuntut Kerajaan Negeri membayar tunggakan elaun berjumlah RM 10.9 juta kepada mereka.Pada Februari lalu, Kerajaan Negeri membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mengetepikan saman berhubung pemberian air percuma yang difailkan 711 orang menerusi firma guaman Kamarudin & Partners.Pada penghujung bulan itu juga, Kerajaan Negeri terpaksa berhadapan dengan tindakan saman oleh 1,001 warga emas bagi menuntut caruman takaful berjumlah RM 2.5 juta.
Selain itu, seramai 1,888 ibu bapa turut bertindak memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri pada Mac lalu bagi menuntut tunggakan RM1.38 juta berhubung bantuan pendidikan pra-sekolah.untuk rekod, sehingga Mac tahun ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan lebih RM600 juta untuk pembiayaan air percuma 20 meter padu kepada mereka yang menggunakan meter individu di negeri ini.Kerajaan Negeri juga dalam tempoh sama telah membelanjakan lebih RM600, 000 untuk Skim Bantuan Tadika (Tunas) dan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si Kembar) selain peruntukan melebihi RM 80 juta untuk program Skim Mesra Usia Emas sejak dilancarkan pada tahun 2008.

Isnin, 13 Mei 2013

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim angkat sumpah MB esok.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang 9 pagi esok.