PETALING JAYA 25 MEI : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
berkata beliau menerima teguran beliau seorang ketua kerajaan yang
‘kedekut’ dalam menggunakan dana negeri kerana wang itu adalah kepunyaan
rakyat.
“Tuan-Puan ada mengatakan bahawa saya sangat kedekut,itu saya terima
sebab bukan duit saya,” kata beliau dalam ucapannya di Kongres Ke-9
Parti Keadilan Rakyat di sini.
Abdul Khalid, yang selama lima tahun berjaya meningkatkan rizab
Selangor dari RM 400 juta ke RM 2.6 bilion, berkata sikap menguruskan
wang rakyat dipelajari dari ibunya.
“Sebab saya hendak ceritakan bahawa saya di didik oleh ibu saya
ketika menjadi pengurus PNB berkenaan pengurusan wang yang besar
sehingga beratus juta.
“Maka ibu saya menanyakan saya berkenaan pelaburan beratus juta, sudahkan mengira wang tersebut?
“Dan memberitahu kepada saya maka perlu mengira wang itu jika hilang keluarga kita tidak dapat membayarnya.
“Jadi awak tidak boleh hilangkan duit itu, itu tanggungjawab kita dan
keluarga menjaganya,” kata Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang.
“Sebab jika sudah RM 2.6 billion wang rizab negeri dan tidak menjaga wang itu maka rakyat akan menyumpahnya.
“Saya kena gunakan duit itu dengan lebih baik lagi dan kini saya akan belanjakan dengan baik.”
The Ultimate Guide to Play Blackjack in Michigan - KTNV
BalasPadamHere 경산 출장마사지 you will learn the 대전광역 출장마사지 basics of playing 서울특별 출장마사지 blackjack in Michigan, and how to play As mentioned in our guide, 의정부 출장샵 you can find 평택 출장안마 the best