Jumaat, 2 Disember 2011

Tahun Baru Islam 1433

KLANG 29 November : Jika sebelum ini sambutan tahun baru hanya disambut dengan meriah pada 31 Disember setiap tahun, umat Islam kini harus berbangga dengan sambutan “Tahun Baru Islam” yang mengalami satu transformasi keraian di Selangor.

Suntikan nafas baru ini bertujuan memberi kefahaman dan pendedahan kepada golongan remaja dan belia akan pentingnya sambutan tahun baru kalendar Islam yang juga dikenali sebagai “Maal Hijrah”.


Pagi semalam, satu majlis Tahun Baru Islam 1433 telah diadakan di dalam suasana meriah penuh berwarna-warni di Masjid Nurul Iman Kampung Delek di sini.

Majlis sambutan tersebut dimulakan dengan perarakan sepanjang 1.6km dari bekas tapak pasar malam Kampung Delek oleh 12 kontinjen yang mewakili pelbagai jabatan kerajaan, masjid-masjid dan sekolah-sekolah sekitar Klang.

Lebih menarik, perarakan itu turut disertai Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr. Halimah Ali serta Pegawai Daerah Klang, Datuk Bakhtiar Husin.

Ketika ditemubual, rata-rata penduduk merasakan sambutan seperti ini seharusnya diteruskan dan diberi pengisian yang lebih oleh umat Islam berbanding sambutan tahun baru pada 31 Disember yang mempunyai ciri-ciri kebaratan.

“Kesan kepada golongan muda dan generasi baru amat baiklah. Orang akan mengenal tahun baru Islam dengan lebih lagi.

“Tahun Baru Islam ini patutnya lebih dipopularkan lagi di kalangan rakyat Malaysia secara umumnya”.

“Kita harap setiap tahun di adakan dan diperkembangkan di kawasan lain juga,” kata seorang pegawai Pejabat Kesihatan Klang Nor Azam Azhar yang mengambil bahagian di dalam perarakan itu.

Bagi Khairulaizawati Khalid dari Pejabat Daerah Klang, beliau berharap program Maal Hijrah seperti ini diadakan setiap tahun bagi merapatkan lagi hubungan di antara pejabat kerajaan dan orang awam.

“Kali ini agak meriah berbanding dengan sembelum ini. Jadi diharapkan ia dapat diadakan setiap tahun supaya dapat mengumpul pejabat kerajaan dan penduduk untuk menyambut satu yang sangat bagus di dalam kalender Islam,”katanya.

Sementara itu, Dr Halimah yang menjadi pencetus kepada program pagi itu berkata umat Islam seharusnya mempunyai jati diri yang teguh dari segi fizikal, mental dan rohani bagi menjamin kekuatan iman dalam menghadapi cabaran hari ini.

“Kita harus pastikan masjid yang ada bersifat magnetic iaitu mampu menarik minat masyarakat untuk ke masjid terutama golongan muda, ” ujarnya.

Beliau juga mensasarkan satu penjenamaan semula terhadap sambutan tahun baru bagi masyarakat Islam yang sebelum ini lebih cenderung menyambut tahun baru pada 31 Disember.

Acara itu diakhiri dengan Anugerah Maal Hijrah dan hadiah saguhati kepada peserta perarakan.

Setiap tokoh menerima RM1,000 dan setiap kontinjen yang memenangi kategori yang dipertandingkan diberi wang tunai, trofi dan sijil penghargaan.

Wi-Fi Percuma seluruh Selangor

SHAH ALAM,1 DISEMBER : Kerajaan Selangor akan memastikan 150 zon Wi-fi percuma di seluruh negeri tersebut di capai mulai tahun depan berbanding 24 Zon yang sedia ada dalam membawa anjakan baharu dalam menyampaikan informasi kepada rakyat dengan lebih pantas dan memberikan peluang kepada rakyat mendapat akses maklumat yang lebih luas.

ADUN Rawang Gan Pei Nei berkata dengan adanya pemerkasaan daripada segi informasi , masyarakat akan lebih memahami semangat demokrasi dengan kebebasan maklumat yang membolehkan orang awam mendapat maklumat lebih tepat berbanding hanya mendapat informasi daripada sebelah pihak sahaja.

“Dan kita tahu sekarang ini, media arus perdana jarang memaparkan berita berkenaan dengan khasnya berkaitan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, sebab itu dengan adanya Wi Fi percuma ini lebih ramai orang boleh mendapatkan akses kepada informasi yang lain daripada yang ada sebelum ini,” katanya.

Menurut beliau lagi, setakat ini khidmat Wi-Fi secara percuma ini sudah bermula di beberapa kawasan termasuk di Shah Alam dan tempat-tempat tertentu, tetapi belum menyeluruh lagi.

Di kawasan bandaraya Shah Alam, sehingga kini beberapa kawasan sudah menyediakan perkhidmatan wi-fi percuma iaitu di Pejabat SUK, Plaza Masalam, Dataran Shah Alam, Seksyen 2, Seksyen 3, Seksyen 6 dan Seksyen 8.

Kerajaan Negeri juga merancang untuk menubuhkan jumlah keseluruhan sebanyak 24 zon wi-fi percuma di seluruh bandaraya Shah Alam, dan jumlah keseluruhan sebanyak 150 lokasi di seluruh Negeri Selangor.

Hingga setakat ini, di luar Shah Alam kemudahan ini sudah disediakan antaranya di Hulu Selangor termasuk bandar Kuala Kubu Bharu, Pekan Baru Batang Kali dan Hulu Bernam.

“Itulah sebabnya perkara ini perlu disegerakan pemasangan Wi-Fi percuma ini di kawasan bandar dan desa, supaya rakyat dapat mencapai akses kepada informasi dan mendapatkan berita daripada media alternatif,” katanya.

Berkenaan dengan kos untuk pemasangan Wi-Fi percuma ini untuk diperluaskan di seluruh Selangor, Gan mencadangkan agar kerajaan negeri memberikan peruntukan yang mencukupi untuk memastikan kelancaran projek ini.

” Saya menyeru kepada kerajaan negeri agar dapat memberikan keutamaan daripada geran Selangorku, yang mana pihak Menteri Besar sebelum ini umumkan dalam sidang DUN, supaya sebahagian besar dapat digunakan untuk menyediakan Wi-Fi percuma ini,” katanya.

Semasa Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, jumlah penebusan penggunaan internet ketika itu hanya 23.4 peratus, dan kini telah meningkat dengan cepat.

Pada suku ke 4, 2008, ia meningkat ke 33.3, manakala 2009, 49.1 peratus.

Kerajaan Selangor mensasarkan tanda aras KPI untuk penembusan internet di seluruh negeri diletakan pada kadar 57 peratus.

Selasa, 22 November 2011

Petani Tuntut Subsidi Padi dinaikkan RM 50.

SEKINCHAN, 22 NOV : Hampir 100 petani dan pesawah di sekitar Sekinchan, Sungai Burung dan Sungai Panjang menuntut Menteri Pertanian, Industri Dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk meletak jawatan sebagai menteri ekoran kegagalan beliau secara berterusan bagi membela nasib golongan petani dan pesawah khususnya dalam memenuhi permintaan agar harga subsidi padi dinaikkan selepas harga itu iaitu RM24.81 tidak disemak semenjak 20 tahun.

Bertempat di Site B Sekinchan,golongan petani dan peswah berkumpul sambil memegang kain rentang melaungkan slogan “hidup petani” , “naik subsidi RM50 seratus Kilo” dan “Noh Omar letak jawatan” mendesak agar permintaan golongan petani dan pesawah diambil perhatian dan tindakan segera dilaksanakan oleh pihak kerajaan pusat demi memastikan kebajikan nasib pesawah terus terjamin di masa hadapan.

ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang turut sama menyertai perhimpunan aman itu berkata agar kerajaan pusat tidak mengamalkan unsur monopoli dalam urusan penjualan padi yang mengakibatkan kerugian kepada pendapatan pesawah.“Kita minta supaya harga padi diapungkan untuk penjualan secara bebas,kita tidak mahu Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) memonopoli pasaran,kita mahu harga padi dibeli kepada sesiapa yang menawarkan pada harga yang tinggi,harga itu perlu diapungkan supaya pasaran dijual pada harga bebas.

“Kalau pembeli padi untuk membeli pada harga RM1,400 pada satu tan bagi kepada mereka yang sanggup membelinya,kalau ada pengilang yang hendak membeli pada harga RM1,600 pada satu tan kita jual kepada mereka yang sanggup , jangan ada sekatan, kerana petani perlu menunggu satu tahun bagi dua musim untuk menuai sahaja untuk hasil pendapatan mereka,mereka hidup dalam keadaan tersepit dan kesusahan angkara kos saraan hidup yang semakin tinggi,” katanya.

Suee Lim juga meminta agar kerajaan pusat menyemak harga subsidi padi dan menaikkan kepada RM50.00 ekoran pesawah terpaksa menanggung pelbagai kenaikan kos dan sara hidup yang tinggi.

“Meminta bahawa subsidi padi yang selama 20 tahun tidak disemak berada di paras RM24.81 untuk seratus kilogram sejak 20 tahun yang lalu,kita minta Yang Berhormat ( Noh Omar ) semak harga supaya dinaikkan daripada RM24.81 kepada RM50.00 untuk seratus kilo, kerana petani berpendapat dengan cara ini yang paling mujarab dan paling berkesan untuk mengagihkan bantuan subsidi itu terus kepada tangan petani,” katanya.Beliau juga menggesa Noh Omar agar melepaskan jawatan menteri ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendapati berlaku ketirisan wang RM110 juta yang sepatutnya diberi kepada pesawah untuk skim peningkatan hasil padi.

“Baru-baru ini berlaku dalam Laporan Ketua Audit Negara, yang mengatakan pada 2010 ada sejumlah wang sebanyak RM 110 juta telah lesap ataupun hilang di bawah Kementerian dan Industri Asas Tani, duit itu telah hilang, duit itu adalah untuk membantu petani di bawah insentif peningkatan hasil padi, skim ini ialah jika bendang mereka berjaya menghasilkan contohnya pada musim yang pertama 5 tan,musim kedua 7 tan , dan musim ketiga 7 tan, maknanya sudah ada peningkatan sebanyak 2 tan, dan 2 tan itu akan dibayar dengan peningkatan hasil padi iaitu 1 tan sebanyak RM650 dan 2 tan sebanyak RM1,300.

“Maknanya bantuan kepada golongan petani hilang,oleh yang demikian petani hari ini berdiri di sini, menyatakan rasa tidak puas hati, ke mana duit ini pergi dan Noh Omar perlu menjawab ke mana lesapnya wang RM110 juta.Dan jika Noh Omar tidak boleh menjawab ke mana hilangnya wang ini kita mendesak agar beliau meletak jawatan kerana gagal membela hak petani,” tegas beliau.

Sementara itu, wakil ketua masyarakat bagi petani dan pesawah yang ditemui TVSelangor/Selangor Kini menyeru kerajaan pusat mengambil inisiatif untuk membantu mereka ekoran kenaikan harga untuk baja dan racun serta mengambil berat masalah pesawah yang mengalami serangan serangga yang merosakkan padi serta cuaca pada musim tengkujuh yang tidak menentu yang boleh merosakkan tanaman padi.

Menurut petani,Zulkifli Ibrahim, petani di kawasan sini mengalami masalah serangan serangga sehingga menjejaskan tanaman padi yang menyebabkan kerugian.
“Dan kita sedia maklum padi ini tanaman yang terdedah kepada serangan serangga dan cuaca,kalau musim tengkujuh berlakunya ribut dan akan menyebabkan sesetangah padi akan tumbang,” katanya.

Ketua AMK Cabang Sungai Besar,Azhar Achil beliau berkata harga subsidi padi tidak pernah dinaikkan,tetapi harga barangan saban tahun berlaku kenaikan cukup tinggi dan perkara ini amat membebankan golongan pesawah khususnya kepada golongan muda yang baru dan mempunyai bilangan anak kecil bersekolah yang terbeban dengan kenaikan harga barang tanpa ada pembelaan daripada kerajaan Pusat.

“Jadi dengan ini kita mendesak agar Noh Omar bertanggungjawab terhadap pesawah-pesawah khususnya di seluruh negara terutama di Sekinchan yang merupakan jelapang padi di negeri Selangor. Kalau kita lihat pada hari ini golongan warga asing berada di sawah kerana anak-anak muda telah keluar kawasan ke tempat lain untuk mencari kerjaya yang lain kerana bidang pertanian bagi mereka tidak melihat satu peluang yang menjamin masa hadapan, jadi kita desak perkara ini di ambil serius oleh pihak kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu , Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit 7 Sekinchan, Rojikin Sarbini berkata hanya dengan kenaikan subsidi padi dapat membantu pesawah berhadapan kenaikan harga barangan.

“Jika subsidi padi masih ditakuk yang lama, maka pesawah tidak mendapat faedah daripada peningkatan hasil padi di samping itu mereka terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang yang terlalu tinggi contohnya seperti baja, racun .

“Kalau input barang-barang ini terus meningkat maknanya ia tidak membantu meringankan bebanan kepada para petani disebabkan masih ditakuk yang lama,sebab itu kami petani menuntut supaya kenaikan harga subsidi itu dikaji semula daripada RM24.81 kepada RM50.00. Jadi kenaikan ini serba sedikit dapat membantu menampung kenaikan harga barangan ,”katanya.

Rabu, 16 November 2011

MPK kerjasama dengan JKKK

KLANG,15 NOVEMBER- Majlis Perbandaran Klang (MPK) mempertingkatkan kerjasama dengan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (JKKK) bagi menyelesaikan permasalahan setempat disamping memudahkan urusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di situ.

Pemangku Yang Di Pertua Pertua MPK,Ikhsan Mukri berkata,kerjasama itu juga mampu meningkatkan kualiti kerja majlis dalam menyelesaikan permasalahan setempat antaranya sampah,jalan dan kemudahan infrastruktur yang lain.

Menurutnya, pembabitan secara aktif JKKK dengan PBT secara tidak langsung menjana pembangunan kawasan selain mewujudkan kesejahteraan dan ketenteraman di tempat mereka kelak.

“Pertemuan ini membuka lembaran baru dalam usaha majlis memantapkan lagi sistem perkhidmatan kami di semua kawasan pentadbiran dan pada masa yang sama mengeratkan lagi perhubungan yang sedia ada.

“Malah pada masa yang sama,JKKK juga dapat mengenali dengan lebih dekat ketua-ketua jabatan yang sentiasa komited menjalankan tugas mengikut bidang dan tanggungjawab masing-masing”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Program Ramah Mesra Bersama JKKK di Dewan Mesyuarat,di sini.

Hadir sama ialah ahli majlis,ketua-ketua jabatan dan ketua –ketua kampung yang terlibat.

Ikhsan berkata,majlis juga sentiasa menerima pandangan dan cadangan daripada pemimpin setempat kerana ia merupakan elemen yang diperlukan dalam penambahbaikan perkhidmatan MPK di situ.

Menurutnya,ketua kampung merupakan individu paling hampir dengan penduduk dan mereka juga berperanan sebagai orang perantaraan apabila timbulnya sesuatu isu di kawasan masing-masing.

Rabu, 26 Oktober 2011

Al fatehah


Seluruh warga Kg parit 4 mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Tn Hj Aini bin Hj Taher yang kembali kerahmatullah, pada hari Rabu bersamaan 26/10/2011 . Al fatehah.

Ahad, 23 Oktober 2011

Kesempurnaan Solat

Tuntutan-tuntutan kesempurnaan solat ada dua belas sekurang-kurangnya, enam sebelumnya dan enam lagi di dalamnya.

Pertama: Ilmu. Nabi Muhammad SAW bersabda : Sedikit amal yang disertai dengan ilmu itu lebih baik dari banyak amal dalam kebodohan. (Maksud Al-Hadith)
Ilmu itu mencakupi tiga bahagian:
(1) mengetahui mana yang fardhu dan mana yang sunat solat.
(2) mengetahui mana yang fardhu dan mana yang
sunat wudhu.
(3) mengetahui pula tipu daya syaitan sehingga dapat
memeranginya.

Kedua: Wudhu. Nabi Muhammad SAW bersabda : Tiada solat kecuali dengan bersuci berwudhu). (Maksud Al-Hadith)
Wudhu itu terbahagi kepada tiga :
(1) menyucikan hati dari hasad dengki dan marah.
(2) menyucikan badan dari dosa.
(3) membasuh anggota wudhu dengan sempurna tanpa berlebih-lebihan.

Ketiga: Berpakaian. ALLAH s.w.t. berfirman : Pakailah perhiasanmu ketika mendatangi masjid (untuk bersolat). (Surah Al-Araf : 7 : 31)
Kesempurnaan berpakaian itu :
(1) halal.
(2) suci dari najis.
(3) sesuai
dengan sunnah dan memakainya bukan kerana sombong.

Keempat: Menjaga waktu. Firman ALLAH s.w.t. : Sesungguhnya solat itu diwajibkan atas orang-orang mukmin pada waktunya. (Surah An-Nisa, 4 : 103)
Tiga bahagian penjagaan waktu:
(1) dengan melihat matahari atau bulan sehingga dapat menentukan waktu.
(2) mendengar azan.
(3) fikiran sentiasa menghargai waktu iaitu dengan membuat kerja-kerja yang ALLAH s.w.t. suka.

Kelima: Menghadap kiblat. Firman ALLAH s.w.t. : Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah). Di mana pun kamu berada, maka hadapkanlah mukamu ke arahnya.(Surah Al-Baqarah, 2 : 144)Kesempurnaan menghadap kiblat terbahagi juga kepada tiga:
(1) menghadap kiblat dengan muka.
(2) menghadapkan hati kepada ALLAH s.w.t.
(3) khusyuk dengan solat yang didirikan.

Keenam: Niat. bersabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya amal itu bergantung kepada niat, dan untuk tiap orang apa yang diniatkannya. (Hadith diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari
Umar r.a.)
Tiga aspek kesempurnaan niat:
(1) mengetahui solat apa yang sedang dikerjakan.
(2) sedar sedang berdiri di hadapan ALLAH s.w.t. dan dilihatNYA.
(3) sedar bahawa ALLAH s.w.t. mengetahui apa yang ada dalam hati, dan kerananya hati haruslah dikosongkan dengan kesibukan dunia dan ingat kepadaNYA sentiasa

Ketujuh : Takbir. Firman ALLAH s.w.t. : Awal solat adalah takbir sedang akhirnya adalah salam. (Maksud Al-Hadith)
Tiga bahagian kesempurnaan takbir:
(1) membaca takbir dengan benar.
(2) mengangkat tangan ke paras telinga.
(3) hati terlintas niat.

Kelapan : Berdiri (bagi yang berkuasa berdiri). Firman ALLAH s.w.t. : Berdirilah kerana ALLAH serta mentaatiNYA. (Surah Al-Baqarah, 2 : 238)
Tiga bahagian kesempurnaan berdiri:
(1) Menempatkan pandangan ke tempat ujud.
(2) memelihara hati supaya sentiasa ingat kepada ALLAH.
(3) tidak enoleh ke kiri atau ke kanan.

Kesembilan: Membaca Al-Fatihah. Firman ALLAH s.w.t. : leh itu bacalah apa yang mudah di antara (kandungan) Al-Quran. (Surah l-Muzammil, 73 : 20)
Tiga kesempurnaan membaca Al-Fatihah:
(1) membaca dengan betul tajwid dan artil (dengan lagu).
(2) merenung maknanya.
(3) mengamalkan apa yang ibaca.

Kesepuluh: Rukuk. Firman ALLAH s.w.t. : an rukuklah. (Surah Al-Baqarah, 2 : 43)
Kesempurnaan rukuk ada tiga hal:
1) Meletakkan tangan ke lutut dengan ari-jari direnggangkan.
(2) bertomaninah.
(3) membaca tasbih.

Kesebelas: Sujud. Firman ALLAH s.w.t. : an sujudlah kepada ALLAH yang menciptakan semuanya, kalau kamu enar-benar menyembahNYA. (Surah Fusilat, 41 : 37)
Tiga bahagian kesempurnaan sujud:
(1) meletakkan tangan sama dengan kedua elinga dengan lengan tidak terlalu dibuka terlalu lebar.
(2) ertomaninah.
(3) membaca tasbih

Kedua belas: Bertasyahud (duduk tahiyat akhir). Bersabda Rasulullah SAW: Apabila seorang lelaki mengangkat kepalanya dari akhir sujud dan duduk sekadar tasyahud, maka sempurnalah solatnya.
(Maksud Al-Hadith)
Tiga perkara yang perlu diperhatikan semasa bertasyahud:
(1) duduk dengan kaki kiri di bawah kaki kanan.
(2) membaca tasyahud serta berdoa untuk diri dan kaum muslimin seluruhnya.
(3) memberi salam dengan sempurna iaitu berniat bahawa salam itu ditujukan kepada orang di sebelah kanan dan kiri.

Setelah sempurna dua belas perkara di atas, perlulah kesemuanya dilakukan secara ikhlas. Di dalam Al-Quran ada diperjelas :
Sembahlah ALLAH serta mengikhlaskan agama bagiNYA. (Surah Az-Zumar, 39 :
2)
Bagaimana dengan solat kita? Sudahkan disempurnakan dua belas perkara asas seperti yang Imam Al-Ghazali kata? Jika sudah, syukurlah kepada ALLAH Yang Maha Esa, dan istiqomahlah dengannya. Jika belum, marilah kita mengambil keberkatan Ramadhan untuk memperbaiki solat kita. Semoga di Hari Kemudian kita datang menemuiNYA dengan penuh keredhaan dan termasuk dalam golongan yang difirman :
Siapa yang datang dengan kebaikan, maka ia mendapat balasan lebih baik
dari apa yang dia kerjakan. (Surah Al-Qasas, 28 : 84)

Wallahu alam bishowab.

Khamis, 6 Oktober 2011

MPK Berusaha Jadikan Klang Status Bandaraya

KLANG 7 Oktober - Majlis Perbandaran Klang kini sedang berusaha untuk merealisasikan sasaran menjadikan daerah Klang sebagai sebuah bandar raya menjelang 2015.

Pemangku Yang Dipertuanya, Mohd Ikhsan Mukri berkata, MPK akan melengkapkan usaha ke arah itu dengan meningkatkan usaha dalam mengawal masalah sampah, mengekalkan kebersihan serta mencantikkan persekitaran kawasan daerah itu.

“Bagaimanapun kita sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) mengharapkan sokongan dan kerjasama semua pihak dalam menggerakkan pelbagai aktiviti dan pelaksanaan.


“Orang ramai, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan jabatan kerajaan lain perlu bersama MPK menyumbang tenaga dalam merealisasikan hasrat menukar bandar ini menjadi sebuah bandar raya,” katanya pada Majlis Anugerah MPK Prihatin 2011, di sini.

Hadir merasmikan program berkenaan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Turut hadir, Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Mohd Ikhsan berkata, sehingga kini, MPK sudah melaksanakan gerak kerja dengan menanam hampir 1,000 pokok Janda Merana di sepanjang pantai kawasan tadbir MPK.

Usaha itu menurutnya, turut diperkuat dengan penyelenggaraan landskap di sepanjang Sungai Klang dalam masa terdekat.

Dalam majlis itu, 63 penerima terdiri daripada individu, pengamal media, NGO, persatuan dan syarikat perniagaan yang banyak menyokong dasar dan program MPK menerima penghargaan masing-masing.

Mohd Ikhsan berkata, peranan media sebagai ejen penyalur maklumat mengenai usaha, program dan aktiviti terkini PBT merupakan satu kerjasama yang positif.

Menurutnya, selain daripada penyaluran maklumat, media juga berperanan sebagai tempat masyarakat meluahkan masalah setempat untuk diselesaikan pihak berkaitan.

“Kita akui, melalui media juga kita dapat mengetahui isu setempat yang dibangkitkan penduduk untuk diselesaikan, langkah ini membolehkan usaha mewujudkan kawasan sejahtera menjadi mudah,” katanya.

Selangor kekal destinasi Pelabur

SHAH ALAM, 6 Okt: Jumlah projek perindustrian Selangor yang tertinggi di Malaysia menunjukkan bahawa ekonomi negeri masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang popular di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok Suh Sim (gambar) berkata, statistik terkini MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Julai 2011 mengikut negeri menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah projek yang diluluskan yang paling tinggi di Malaysia iaitu sebanyak 158 projek.

Katanya, 158 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor ini merupakan 31% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia.

“Daripada 158 ini, 102 merupakan projek baru manakala baki 56 merupakan projek yang diperkembangkan, diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 110 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 56 projek,” ujarnya yang juga Adun Kinrara dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Di samping itu, ujatrnya Selangor telah berjaya mencapai jumlah pelaburan asing yang kedua tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak RM3.4 billion.

Menurutnya, Selangor didahului oleh Pulau Pinang yang mencapai sebanyak RM3.6 billion dan diikuti oleh Johor yang mencapai sebanyak RM2.9 billion.

Tambahan pula, katanya Selangor telah mencapai jumlah peluang pekerjaan yang dihasilkan yang kedua tertinggi di Malaysia dengan 11,006 pekerjaan.

Jelasnya lagi, RM3.4 billion atau 61% daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala RM 2.2 billion atau 39% terdiri daripada pelaburan tempatan.

Ini, tambahnya menunjukkan Selangor masih disambut baik oleh pelabur asing mahu pun pelabur tempatan.

Di kalangan pelaburan asing di Selangor, katanya Jepun menanam pelaburan yang paling banyak dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.2 billion, diikuti oleh Korea dengan RM652 juta, dan Singapura dengan RM510 juta.

Rabu, 5 Oktober 2011

Tiket Selangor Perak mula di jual.


Shah Alam 6 Oktober : Bola Sepak Selangor (FAS) memaklumkan tiket perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Perak akan dijual pada 10 Oktober 2011,di Stadium Shah Alam.

Setiausaha Agung FAS,Datuk Hamidin Amin berkata, tiket perlawanan dijual pada hari perlawanan (Isnin) bermula jam 9 pagi.

Tiket dijual pada harga RM15 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Indek Jenayah Turun 10%

BATU 38, 29 SEPTEMBER – Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Sabak Bernam mengakui, kepolisian masyarakat yang digerakkan di daerah itu banyak menyumbang kepada penurunan kadar jenayah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, sehingga semalam, indeks jenayah di Sabak Bernam mengalami penurunan sehingga 36 kes dengan 10.2 peratus.

Menurutnya, komitmen seratus peratus daripada jawatankuasa kepolisian masyarakat terutamanya melibatkan kepimpinan peringkat kampung berada pada tahap membanggakan dengan menyampaikan maklumat tepat mengenai sesuatu masalah di kawasan masing-masing.

“Masyarakat di kawasan ini semakin sedar terhadap tanggungjawab mereka untuk membantu polis bagi memastikan tiada sebarang jenis jenayah berlaku.

“Selain mewujudkan badan sukarela untuk membuat rondaan dan pemantauan terhadap kawasan masing-masing, mereka turut berperanan menyampaikan maklumat yang tepat dan cepat mengenai sebarang kejadian jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kepolisian Masyarakat Daerah Sabak Bernam, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Kepolisian Masyarakat Kawasan Sabak Bernam, Datuk Dzulkifli Ismail.

Dalam perkembangan sama, Noor Mushar berkata, penurunan kadar jenayah di daerah itu turut dibantu Ops Payung yang diletakkan di tiga lokasi iaitu di Pekan Sabak, Sungai Besar dan Sekinchan.

Jelas beliau, dengan adanya Ops Payung di kawasan pekan, kadar jenayah di kawasan itu dapat dikurangkan, bagaimanapun, apabila tumpuan diberikan di kawasan pekan, trend jenayah beralih ke kawasan kampung.

“Kita nasihatkan penduduk di kawasan kampung agar lebih berwaspada dengan mengelak menjadi mangsa jenayah terutamanya curi motosikal dan pecah rumah.

“Tentukan tahap keselamatan motosikal dengan menguncinya sebaik mungkin, begitu juga dengan rumah, kunci, pasang selak pintu bahagian atas dan bawah juga pemasangan jeriji besi pada pintu dan tingkap untuk mengurangkan risiko jenayah,” katanya.

Noor Mushar juga menasihatkan pemilik rumah yang berada jauh dari kawasan kejiranan memasang lampu di sekitar rumah.

Menurutnya, keadaan sekitar rumah yang gelap hanya akan memudahkan aktiviti jenayah dilakukan.

“Sekiranya mempunyai sebarang masalah, hubung bilik gerakan kita di talian 03-322 45963 dan kita akan bantu dengan segera, pastikan juga nombor bilik gerakan kita ini tertera di rumah masing-masing supaya mudah untuk dihubungi sekiranya diperlukan,” katanya.

Dalam majlis itu, turut diraikan anak yatim daripada keluarga bekas polis daerah Sabak Bernam dan bakal haji.

Mesyuarat JKKK Bulan Oktober

Tarikh : 7 Oktober 2011
Hari : Jumaat malam sabtu
Masa : 9.15 malam
Tempat : Bilik mesyuarat Masjid Pt 4

Semua AJK di jemput hadir.

Selasa, 27 September 2011

10,000 Hadiri Majlis Pelancaran Selangorku

SUNGAI BESAR 27 SEPTEMBER : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan Program Selangorku merupakan satu usaha pemangkin dalam memastikan hala tuju negeri mencapai ke tahap yang membanggakan dan setiap kemajuan dapat dinikmati dan dikongsi bersama secara keseluruhan.

Jelasnya segala tindakan dan bentuk perancangan yang ingin dilakukan oleh kerajaan negeri mengambilkira kepentingan rakyat berdasarkan prinsip Hasil Negeri Untuk Rakyat.

“Diharapkan pelancaran logo Selangorku meningkatkan motivasi dan menambah ketekunan kita bekerja bagi menjayakan pelbagai rancangan dalam usaha melestarikan kemajuan negeri Selangor demi kesejahteraan dan kebagahiaan seluruh rakyat,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pemimpin Bersama Rakyat Daerah Sabak Bernam danPelancaran Logo Selangorku yang berlangsung di Dataran Tonggak 10, Sabak Bernam.

Selangorku merupakan program hasil kesinambungan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang sebelum ini diperkenalkan Pakatan Rakyat (Pakatan) sejak mentadbir Selangor pada 2008.

Slogan Selangorku ini mengambil kira hasil perbincangan dan dialog bersama beberapa agensi kerajaan serta penyertan rakyat Selangor sendiri dan hasilnya logo Selangorku dilancarkan kepada rakyat oleh Menteri Besar pada 24 Julai 2011 di Stadium Melawati Shah Alam.

Ujar beliau lagi, logo Selangorku juga ingin dijadikan sebagai satu lambang penyatuan dan kesepaduan antara rakyat dengan kerajaan negeri dalam usaha melestarikan pembangunan negeri demi kemajuan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

“Menerusi slogan ini kita mengajak seluruh rakyat Negeri Selangor untuk bersama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha-usaha murni negeri melalui pentadbiran yang telus, amanah, adil dan bertanggungjawab,” katanya.

Jelasnya lagi, rakyat dinegeri ini juga mempunyai kebebasan untuk mengkritik dan memberikan pandangan terhadap kerajaan negeri dan perkara ini merupakan antara ciri-ciri yang terdapat di dalam Selangorku.

Program Khas Mesra Rakyat (PKMR) Daerah Sabak Bernam merupakan lawatan kerja sehari Menteri Besar dan pimpinan kerajaan negeri ke daerah ini yang turut diisi dengan pelbagai program bersama kakitangan awam dan rakyat.

Lebih 10,000 rakyat hadir memeriahkan majlis Aidilfitri ini walaupun berlangsung dalam suasana hujan renyai namun peluang ini tidak dilepaskan oleh masyarakat setempat untuk melihat dengan lebih dekat dan bergambar bersama barisan pimpinan kerajaan negeri.

Turut hadir barisan exco kerajaan negeri, Pegawai Daerah Sabak Bernam, Tuan Haji Zainal Mohd Nor, Yang diPertua Majlis Daerah Sabak Bernam, Tuan Zailani Kadir, jemputan khas, pemimpin setempat dan masyarakat di sekitar Sungai Besar.

Program Aidilfitri dan Pelancaran Logo Selangorku ini turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid Putra yang turut menghiburkan pengunjung yang hadir.

Khamis, 7 Julai 2011

Traveloge Umrah





Isnin, 27 Jun 2011

Rakyat Kini Nikmati Hasil negeri Selangor

SUNGAI LABU 24 Jun- Sistem pemerintahan Kerajaan Negeri di bawah parti Pakatan Rakyat (PR) membolehkan rakyat Selangor menikmati hasil negeri melalui pelbagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilancarkan sejak lebih tiga tahun lepas..


Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang, Mohd Fadzin Taslimin, berkata, walaupun jumlah yang diterima tidak sebanyak mana, namun penyampaiannya secara menyeluruh.

“Contohnya, program 20 meter padu air percuma dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE), mungkin ada yang kata pemberian air percuma hanya sedikit dan sebanyak RM2,500 bagi penerima SMUE itu tidak sebanyak mana.

“Namun, dalam DUN ini sahaja, sejak SMUE diwujudkan, lebih kurang 600 penerima layak menerima sumbangan dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Beras dan Dapur, di Sungai Labu, di sini, semalam.


Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim dan Pengerusi Permuafakatan Ketua-ketua Kampung (Peka) Daerah Sabak Bernam, Mohd Dawam Abdullah.

Fadzin yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Sungai Besar, berkata, Selangor dianggap negeri kaya, namun masih ada rakyatnya yang hidup susah.

“Sara hidup terlalu tinggi, kalau kita bawa RM50 ke kedai tidak banyak yang boleh dibeli. Kerajaan Negeri sedar masalah ini dan atas sebab itulah pelbagai program diwujudkan untuk meringankan bebanan rakyat.

Menurut Fadzin, keprihatinan Kerajaan Negeri sejak tiga tahun pemerintahan dengan pelbagai program baru membolehkan rakyat menerima pelbagai manfaat.

Sementara itu katanya, melalui pemerhatian dalam siri turun padang, terdapat segelintir masyarakat beragama Islam kurang penghayatan terhadap agama sekali gus menyebabkan peningkatan gejala sosial.

“Kita dapat lihat ada yang tidak begitu kuat memegang agama dan kebanyakan mereka hidup susah. Anak-anak terlibat dengan gejala sosial disebabkan ibu bapa yang kurang perhatian pada agama,” katanya.

Jumaat, 29 April 2011

PMIUM Gesa Kerajaan Bertegas Permainan Hina Islam

KUALA LUMPUR, 29 April: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu (Devil May Cry 3) didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Sehubungan itu, Naib Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Rohayu Rusli menggesa tindakan tegas harus diambil dengan serius oleh pihak kerajaan dan pihak berwajib.

Katanya, difahamkan permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

“Jadi, saya mewakili mahasiswa mahasiswi Islam UM menggesa pihak berwajib meneliti dengan lebih terperinci ‘keadaan’ permainan ini sebelum dipasarkan kepada pelanggan terutamanya remaja.

“Permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menyifatkan permainan seperti itu boleh menggugat keimanan dan akidah seseorang terutama apabila ‘mempermainkan’ agama Islam.

Tambahnya, tindakan dan sebaran harus dibuat secepat mungkin bagi menyedarkan semua sebelum terlambat.

“Saya rasa isu ini sudah lama keluar, mungkin ramai lagi yang tidak tahu tentang permainan ini,” ujarnya.

Orang Ramai Sambut Baik Larangan Artis Tidak Bermoral Buat Persembahan

SHAH ALAM 29 April : Larangan kerajaan Selangor untuk tidak membenarkan artis tidak bermoral daripada membuat persembahan secara terbuka di negeri ini di sambut baik warga Selangor yang mahu negeri itu bebas daripada pengaruh tidak bermoral yang di bawa segelintir artis.

Malah rata-rata rakyat yang ditemui menyokong penuh tindakan kerajaan negeri ini yang mahu mengekang gejala tidak bermoral daripada terus berleluasa dan menjadi ikutan remaja di Selangor.

Menurut Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya, Mohd Nasir Yusof, artis sepatutnya menonjolkan tauladan yang baik untuk diikuti, dan bukannya menyampaikan mesej kurang segar dan memesongkan akhlak sesiapa yang melihat persembahannya.

“Mana-mana individu atau kerajaan tidak suka dengan perlakuan artis tidak bermoral ini, malah kerajaan BN pun tak suka bukan PR sahaja. Isu moral ni semua orang tak suka. Artis yang kita mahukan ialah mesejnya untuk membina rakyat, itu yang kita nak,” katanya.

Manakala menurut menurut Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, Mariam Abd Rashid pula, larangan yang diumumkan kerajaan negeri selari dengan program anjuran kerajaan Selangor yang menolak sebarang gejala tidak bermoral yang menjadi ikutan remaja.

“Kita bukan menolak seni, Islam tu pun ada seni tetapi kita tidak mahu contoh-contoh khususnya remaja mengikutnya. Jika kerajaan tidak membuat larangan ini maka menjadi dwi standard terhadap program anjuran kerajaan negeri seperti SPIES, GEMs, anti zina tetapi dalam masa yang sama kita membenarkan pula artis tidak bermoral melakukan persembahan di sini,” katanya.

Sementara itu, bagi Ketua Kampung Sungai Besar, Ibrahim Katiran pula, pendekatan yang diambil oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh pemimpin Islam adalah bertepatan dan satu tindakan mulia.

“Saya setuju dengan larangan artis tidak bermoral ini kerana negara kita dipimpin oleh orang Islam memang tak sepatutnyalah, kalau dapat yang lebih menutup aurat adalah lebih baik,” ujarnya.

Terdahulu Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali melarang artis sama ada tempatan mahu pun luar negara yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral daripada membuat persembahan secara terbuka di Selangor.

Tindakan itu dibuat kerana melihat perkara tersebut akan memberi kesan negatif kepada masyarakat terutamanya golongan muda di negeri ini.

Menurut Hassan, apa yang dilakukan di Selangor hanyalah untuk menguatkuasakan larangan yang termaktub dalam buku larangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

“Secara umumnya larangan tersebut terdapat dalam buku kecil yang dikeluarkan oleh JAKIM, mungkin negeri belum ada buku kecil sedemikian, saya akan mintapihak JAIS untuk merangkakan satu buku kecil yang agak lengkap berpandukan apa yang telah dituliskan oleh JAKIM,” katanya.

Tokoh Terkenal Sertai Siri Jelajah Belia Selangor 2011

SHAH ALAM 29 April – Pejabat Menteri Besar Selangor dengan kerja sama Merdeka center menganjurkan Siri Jelajah Belia Selangor 2011 melibatkan empat lokasi dengan penyertaan ahli panel yang mempunyai latar belakang berbeza.

Program bertemakan ‘Anak Muda Peneraju Perubahan’ ini bertujuan menanam minat dan memberi inspirasi kepada anak muda untuk terbabit secara aktif dalam pelbagai kegiatan. Program ini juga bertujuan mengiktiraf peranan anak muda sebagai peneraju perubahan dalam masyarakat.

Siri pertama program jelajah ini akan diadakan di Bangi Golf Resort, pada Jumaat 29 April 2011 bermula jam 3 petang.

Ahli panel yang terlibat termasuk aktivis masyarakat, Hishamuddin Rais, peguam terkenal, Fahda Nur Ahmad Kamar, hos rancangan Mari Mengaji di Tv9, Ustaz Zamri dan Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard.

Siri kedua pada Sabtu, 30 April di Dewan Sivik, Petaling Jaya dengan ahli panel termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar, pelakon dan pengarah filem/ Drama, Namron, penyanyi dan penggubah lagu, Juwita Suwito, pelakon filem Mualaf, Brian Yap dan peguam, N Surendran.

Pelakon terkenal, Wadina Safiyyah antara ahli panel pada siri ketiga pada 6 Mei di Kolej Taylor, Subang Jaya. Ahli panel lain yang mengambil bahagian termasuk YB Nurul Izzah Anwar, penulis dan pengarah filem bebas, Amir Muhammad, pelakon, Alvin Wong serta aktivis Adrian Yeo dan Lee Khai Loon.

Siri terakhir diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Shah Alam pada Sabtu, 7 Mei 2011 dengan ahli panel terdiri daripada Ketua AMK, Shamsul Iskandar Akin, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Rafizi Ramli.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan hadir bagi merasmikan majlis penutup pada hari terakhir.

Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat

PETALING JAYA 29 April – Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Selangor (Daerah Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam) dan Perak (Daerah Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat 29 April 2011.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Perak (Daerah Perak Tengah, Manjung, Selama, Larut dan Matang).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.

Selasa, 26 April 2011

Pengajian Mingguan

Ustaz Mohd Asri bin Nordin
Tarikh : 26/4/2011
Hari : Selasa malam Rabu
Masa : Selepas Maghrib

Muslimin muslimat dijemput hadir.

Temuduga Ketua Kampung

Tarikh : 26/04/2011
Hari : Selasa
Masa : 1030 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat 2 PDSB.

Kepada calon2 ketua kampung sila hadirkan diri.
1. En Mohd Hatta Hj Ramli
2. En Khalil Ab Wahab
3. En Husin bin Yusof
4. Hj Yusof bin Darmawi.

Rabu, 13 April 2011

JAIS Pertingkat Kemudahan Pendidikan Agama

TANJONG KARANG 12 April – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berusaha membangunkan beberapa buah sekolah agama yang dilengkapi pelbagai kemudahan bagi memastikan pelajar-pelajar Islam di Selangor mendapatpendidikan agama secara formal dengan selesa, kata Pengarahnya Marzuki Hussin.

Menurut Marzuki lagi sehingga kini JAIS membangunkan sebanyak 584 buah sekolah seluruh daerah melibatkan 12 buah Pra Sekolah, 11 buah Sekolah Rendah Agama Integrasi.


Menurutnya, JAIS juga membangunkan sebanyak 209 buah Sekolah Rendah Agama, 291 buah kafa integrasi, 23 buah Sekolah Agama Menengah dan dua buah Maahad Tahfiz Sains dan Teknologi.

“Jumlah tersebut sebenarnya masih belum mencukupi untuk menampung bilangan murid Sekolah Agama yang semakin bertambah setiap tahun,” katanya dalam ucapannya sempena Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama Sungai Tengi Kanan baru-baru ini.

Beliau berkata, Sekolah Rendah Agama di Selangor merupakan medium pendidikan secara formal bagi kanak- kanak berumur enam hingga 12 tahun manakala skop pembelajaran difokuskan ke arah pengajaran asas al-Quran, amali fardu ain serta penguasaan terhadap asas bahasa Arab dan tulisan jawi.

“Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berusaha membina dua blok bangunan mengandungi empat tingkat di atas sebidang tanah berkeluasan 2.624 ekar bermula 2007 dan disiapkan pada tahun 2009.

“Bangunan itu mengandungi 18 bilik darjah, bilik PIBG, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik IT, pusat sumber dan surau sementara sebagai satu infrastruktur dalam memastikan keselesaan pembelajaran kurikulum kepada pelajar,” katanya.

Isnin, 4 April 2011

Lawatan JKKK ke Kelantan Terengganu 2011

Satu lawatan sambil belajar JKKK Parit 4 telah diadakan pada 15 hinga 17 Mac 2011 yang lalu. Lawatan diketuai oleh Abd Manaf Musa dan di bantu oleh En Md Alias Arsat.
Peserta bertolak pada malam Selasa 14/3/2011 dan sampai di Jeli pada selasa 15/3/2011. Selepas solat subuh, bersarapan peserta terus ke JKR 10 dimana satu sambutan ringkas telah diadakan. Selepas itu peserta bergerak ke Wzz Homestay, dan selepas itu melawat pasar Siti Khadijah. kemudiannya maghrib di masjid Tok Guru Pulau Melaka, seterusnya peserta kemudiannya ke Waqaf Che Neh. Gambar akan menyusuk kemudian.




Ahad, 3 April 2011

Kursus SPIES untuk Jkkk 2011

Kursus SPIES untuk JKKK telah diadakan pada 2-3 April 2011 yang lalu di ILDAS. JKKK Kampung Parit 4 menghantar 5 peserta, En Mohamed Ramli Ibrahim, Tn Hj Hasan Ahmad, En Md Noor Salleh, En Omar bin Md Amin dan Hj Abd Manaf Musa menghadirinya. Peserta didedahkan dengan pelbagai kaedah, persembahan slide manakala Tn Hj Nik Md Yusof Nik Ismail sebagai Moderatornya.

Jumaat, 1 April 2011

Umat Islam Diseru Sertai Solat Hajat 28 Mac

SHAH ALAM, – Umat Islam yang berada di Selangor termasuk negeri sekitarnya diseru hadir program Solat Hajat pada 28 Mac di Stadium Malawati, di sini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, solat hajat ini diadakan bagi menangkis fitnah jahat dan jijik terbesar selepas negara merdeka lapor Harakah Daily.


Menurutnya, majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, kuliah Maghrib khas oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan solat hajat akan dilakukan selepas Solat Isyak.

Setelah itu, akan berlangsung sesi Pidato Khas disampaikan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berucap malam itu.

Ustaz Idris menambah, rakyat Selangor khususnya dan juga dari negeri lain perlu hadir untuk sama-sama memohon ke Hadrat Ilahi bagi menangkis fitnah besar ini bagi mengelakkan kemusnahan negara.

“Meskipun kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalang semua bobrok itu berlaku tetapi harus ingat kita ada Allah SWT. Yang Maha kuasa untuk membantu kita.

“Nabi Muhammad pernah bersabda mengenai Doa adalah senjata orang Mukmin kerana itu umat Islam wajar kembali kepada-Nya dalam semua hal kehidupan,” tegasnya.

Selain itu, beliau berkata, mereka yang belum mempunyai pendirian politik juga boleh hadir kerana implikasi runtuhnya negara bakal menimpa sesiapa sahaja sama ada berparti atau tidak.

Begitu juga dengan rakyat bukan Islam perlu hadir menyatakan sokongan dan mendapat penjelasan terus dari pimpinan PR.

Dalam hal fitnah dan mengaibkan peribadi musuh termasuk politik ini adalah ditolak dan dibenci oleh semua agama, jelasnya.

Bagi mereka yang ingin melakukan islah dan pembaikan terhadap semua sistem yang telah rosak di negara ini, tegasnya, ia mesti dilakukan dengan perubahan kuasa politik berdasarkan kebenaran.

Beri kerjasama sepenuhnya kepada Khalid

SHAH ALAM,Mac – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengesa semua pihak termasuk pembangkang supaya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dalam usaha meningkatkan kualiti pentadbiran kerajaan negeri.

“Beta berharap kita semua akan bekerja dengan niat yang baik serta memberi kerjasama yang perlu kepada kepimpinan negeri yang diketuai oleh Memanda Menteri Besar, Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Ibrahim.

“Beta sendiri sentiasa berbincang dengan Memanda Menteri Besar baik dalam soal pentadbiran, ekonomi dan permasalahan sosial terutama melibatkan negeri di mana beta banyak memberi nasihat kepada Memanda beta demi kesejahteraan rakyat,” tegas baginda.

Sultan Selangor bertitah demikian ketika merasmikan Sidang Dewan Negeri Selangor Pertama Penggal keempat Dun Kedua Belas, di Shah Alam.

Baginda turut menegaskan kerajaan negeri supaya menguruskan hasil negeri secara telus dan baginda tidak mahu kerajaan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan penyelewengan terhadap harta kerajaan.

“Limpahan hasil yang tinggi tidak akan memberi makna jika tidak diurus secara berhemat dan berhemah.” titah baginda.

“Justeru beta tidak mahu kerajaan melindungi sesiapa yang berlaku curang terhadap amanah ini termasuk di kalangan rakan atau keluarga sendiri. Sebaliknya keberanian mengambil sikap yang tegas dan jelas untuk memerangi salah laku yang demikian wajib disokong oleh semua rakyat.” titah baginda.

“Sikap tegas dan jelas dalam hal sebegini perlu untuk mewujudkan satu budaya pentadbiran yang boleh dipercayai serta dihormati.” titah baginda.

Dalam titah Sultan Selangor juga, baginda mengingatkan kerajaan negeri supaya memantau segala perbelanjaan yang dibuat agar tidak melebihi had sehingga mendatangkan pembaziran sekaligus merugikan pendapatan yang dihasilkan oleh negeri Selangor.

“Pada masa yang sama jangan kita berbelanja secara boros dan tanpa kawalan. Pengalaman lalu harus kita jadikan tauladan. Negeri Selangor hendaklah sentiasa melakukan perbelanjaan secara berhemah dan menggelakkan daripada berlaku pembaziran yang boleh merugikan negeri yang kita cintai ini.” titah baginda.

Persidangan Sidang Dewan Negeri Selangor yang bermula pada 28 Mac hingga 5 April ini akan membahaskan serta menggubal undang-undang berkaitan perkara-perkara tertentu seperti tanah dan sumber-sumber asli (kecuali minyak dan gas), kemudahan awam, kebajikan dan sosial, belia dan sukan, kebudayaan dan pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan bagi Negeri Selangor.

Pembangunan ekonomi Selangor membanggakan

SHAH ALAM, Mac – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa gembira baginda atas pencapaian cemerlang ekonomi Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekaligus menjadikan negeri ini penyumbang terbesar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Beta maklum bahawa ekonomi negara kini kembali berada di landasannya dan mengikut sumber Bank Negara Malaysia, kadar pertumbuhan bagi tahun 2010 dicatatkan berjumlah 7.2%. Meskipun perlahan, ia cukup untuk memberi harapan dan petunjuk bahawa pilihan dasar yang diambil adalah tepat. Lebih menggembirakan Beta ialah fakta bahawa negeri Selangor merupakan penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan jumlah 21%.” titah baginda.

“Pada tahun 2010, jumlah pelaburan industri bernilai RM 10.64 billion dengan 325 projek industri berteknologi tinggi diluluskan. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 47 projek berbanding jumlah projek pada tahun 2009.” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-empat Sidang Dewan Negeri Selangor kali ke-2, di Shah Alam.

Bertitah lebih lanjut, Sultan Sharafuddin berkata Selangor sebagai negeri maju pastinya akan menjadi tumpuan rakyat negeri lain untuk mencari peluang pekerjaan dan seterusnya membantu menjana ekonomi negeri,” titah baginda lagi.

Oleh kerana itu, baginda mengarahkan agar seluruh jentera pentadbiran negeri bekerja lebih kukuh bagi meningkatkan kepekaan dan kelancaran pengurusan untuk kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Sebagai negeri maju yang mendapat banyak hasil, Program Merakyatkan Negeri Selangor (MES) perlu diperhebat ke peringkat seterusnya. Beta berharap Fasa Ketiga Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) iaitu sistem kredit mikro untuk kumpulan sasar di kawasan luar bandar dan pedalaman serta untuk masyarakat miskin di bandar dan pedalaman serta untuk masyarakat miskin di bandar akan segera digerakkan.” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah, Kerajaan Negeri Selangor maju perlu diterjemahkan dengan erti kata sebenar agar rakyat menerima limpahan sebenar kekayaan negeri Selangor yang melimpah ruah.

“Beta difahamkan bahawa sebanyak RM 50 juta akan disalurkan di bawah Skim Kredit Mikro dengan nama SKIMSEL di bawah Yayasan Dar Al Qard Al Hasan untuk kumpulan sasaran pertama dan peruntukan sebanyak RM 20 juta yang akan disalurkan di bawah Skim Kredit Mikro Miskin Bandar (MIMBAR Selangor) untuk kumpulan sasaran kedua.” titah baginda.

Justeru baginda berharap Selangor berjaya mencapai sasaran kutipan hasil cukai pada tahun ini, di mana peningkatan hasil tersebut mampu memberi perubahan yang positif kepada negeri dan juga rakyatnya.

“Beta gembira dengan pencapaian peningkatan hasil cukai dan urus niaga berkaitan tanah yang meningkat dari kadar 75% ke 80% daripada keseluruhan hasil negeri. Beta berharap sasaran kutipan hasil sebanyak RM 152 juta pada tahun ini dapat direalisasikan.” titah baginda.

Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya melaksanakan program-program yang dirancang dalam Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Antara Program MES yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), Bekalan Air Percuma sebanyak 20 meter padu, Hadiah Anak Masuk Universiti dan Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang.

Usaha murni kerajaan negeri Selangor dengan mewujudkan program sedemikian agar dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat disamping dapat mengekalkan status negeri maju dan terus disegani

Selangor Catat Lebihan Pendapatan

SHAH ALAM 1 April - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan kerajaan Selangor memperolehi lebihan pendapatan sebannyak RM 124.24 juta pada kewangan berakhir Disember 2010 justeru menolak dakwaan pembangkang bahawa Selangor mengalami defisit sebanyak RM250 juta pada tahun kewangan lepas.
Menurut Tan Sri Khalid, Selangor berjaya mencatat lebihan pendapatan kerana kecekapan dan ketelusan Pakatan Rakyat menguruskan pentadbiran negeri.
“Jabatan Kewangan Negeri telah buat kira-kira dan telahpun dihantar ke audit bagi tempoh tahun kewangan Disember 2010 kita dapat lebihan RM 124.24 juta berbanding kekurangan RM65 juta pada tahun kewangan berakhir Disember 2009,” jelas Khalid pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Jelas Tan Sri Khalid lagi pelbagai program kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan tata kelola baik sehingga menarik minat pelabur dalam dan luar negara menjadikan Selangor antara penyumbang hasil tertinggi di negara ini.

Malah Khalid dengan gembira mengumumkan perolehan hasil negeri tahun lalu meingkat lebih 20 peratus.

“Ini menjadikan hasil kutipan gabungan negeri berjumlah RM 732.25 juta, berbanding RM608.1 juta pada Disember 2009 iaitu peningkatan sebanyak 20.43 peratus,” kata beliau.

Masalah Hutang Talam Corporation yang diselesaikan dengan bijak turut membantu pendapatan kerajaan negeri.


Prestasi cemerlang tahun lalu menunjukkan potensi sebenar negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat ini.

“Hasil negeri pada tahun 2009 meningkat dan kalau kita tak ambil skim susun semula Hutang Talam, tetap dapat 120.9 peratus lebih dari anggaran tahunan 101.33 peratus. Secara perbandingan tanpa mengira hutang Talam hasil negeri meningkat sebanyak 14 peratus,” terang Khalid.

Program Tuisyen Rakyat Berjaya

SHAH ALAM, 30 Mac – Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang dilaksanakan secara percuma di seluruh negeri Selangor mencapai kejayaan apabila program tersebut banyak membantu mempertingkatkan prestasi dan mutu pelajaran pelajar di negeri ini dengan 8,841 sudah mengikuti program yang bermula sejak 2009.

Daripada jumlah itu seramai 4,333 pelajar adalah bagi 2009 dan 4,508 bagi 2010 menerima manfaat program yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam sidang DUN hari ini menjelaskan bahawa PTRS merupakan program tuisyen percuma yang dianjurkan kerajaan negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Katanya, PTRS itu ditawarkan kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh Selangor dan pelajar yang terlibat adalah berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai tahap pencapaian akademik sederhana.

Tambahnya, setiap DUN diperuntukkan seramai 100 pelajar bagi menyertai PTRS tersebut.

“Mekanisma yang dipilih untuk mengukur keberkesanan PTRS adalah berdasarkan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR), keputusan peperiksaan Tingkatan Empat (akhir tahun), ujian prestasi pelajar anjuran PTRS dan keputusan SPM.

“Perubahan sikap yang ditekankan dalam program ini adalah minda positif, matlamat hidup yang jelas, kesedaran rasa tanggungjawab serta peningkatan mutu penampilan akhlak yang baik,” katanya.

Dr Halimah berkata, segala maklum balas mengenainya diperolehi daripada Koordinator Pembangunan Modal Insan (KPMI), guru-guru PTRS, ibu bapa dan penjaga pelajar serta rakan sebaya.

Tambahnya, perbandingan pendaftaran pelajar mengikut tahun 2009, 2010 dan tahun ini mencatakan jumlah yang semakin meningkat dan ini membuktikan PTRS berjaya membantu mutu pendidikan pelajar di negeri ini.

Pilihanraya Peringkat JKKK

HAH ALAM 31 Mac - Pilihan Raya bagi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung bakal dimulakan di beberapa buah kampung di negeri ini bagi membudayakan proses demokrasi terus subur dan berkembang.

Menurut Exco Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah dalam sidang DUN berkata bagaimanapun proses tersebut perlu menjalani perbincangan dan pelbagai kajian sebelum dilaksanakan secara sepenuhnya kelak.

“Kerajaan Negeri sememangnya bercadang untuk melaksanakan pilihan raya umum di Kampung Baru dengan Pelaksanaan Projek Perintis Pilihan Raya Pengerusi JKKK yang akan dijalankan di Kampung Bagan Pulau Ketam, Kampung Baru Pandamaran dan Kampung Baru Sungai Jarom.

“Bagaimanapun ia masih dalam proses perbincangan bersama jabatan teknikal yang terlibat dalam merealisasikan projek perintis tersebut,” kata Ean ketika menjawab soalan daripada ADUN Kajang Lee Kim Sin.

Menurut Ean lagi setakat ini kerajaan Negeri masih mengguna pakai Manual Panduan Kerja Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang sedia ada dengan lantikan dibuat oleh Menteri Besar atas nasihat Exco-Exco Negeri.

Ean menerangkan bahawa Pengerusi JKKK yang dilantik akan bertugas selama 2 tahun dan dinilai melalui penilaian yang dilakukan Kerajaan Negeri.

Ean turut mengulas mengenai rancangan peningkatan kualiti hidup di kampung-kampung baru yang dijalankan Kerajaan Negeri.

Paling asas ialah meningkatkan infrastruktur dan kemudahan agar dapat dinikmati rakyat Selangor yang tinggal di kampung baru.

“Meningkatkan infrastruktur asas seperti jambatan, longkang jalan, dewan dan sebagainya untuk kegunaan awam. jambatan rosak tanpa penyelenggaraan berpuluh tahun telah digantikan dengan jambatan simen demi keselamatan,” jelas Ean.

Selain itu pelbagai program dirangcang demi memastikan nasib penduduk tidak terabai seperti ketika berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

“Laman web 1-kampung baru juga mempromosikan tempat tarikan, makanan istimewa dan sejarah kampung baru untuk bantu perkembangan ekonomi tempatan.

“Cadangan kajian penyelidikan mengenai Kampung Baru di Selangor akan melihat peluang penambah baikan taraf hidup penduduk kampung baru dari segi ekonomi pentadbiran dan pengurusan kampung,” kata beliau lagi.

Hasil Padi Selangor Meningkat

SHAH ALAM 31 Mac – Hasil pengeluaran padi Negeri Selangor meningkat melalui Program Meningkatkan Hasil Padi Negeri Selangor yang dijalankan Kerajaan Pakatan Rakyat dan berjaya meningkatkan kadar pendapatan para pesawah.
Menurut Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari hal ini jelas membuktikan kerajaan negeri berjaya menepati matlamat yang disasarkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor bagi meningkatkan hasil padi dan pendapatan pesawah.

Kerajaan Negeri peruntukkan sebanyak RM 3,013, 302 pada tahun 2009, RM 4, 930,000 pada tahun 2010 dan RM 3, 050,000 pada 2011 untuk meningkatkan hasil padi.

“Usaha mempertingkatkan pengeluaran padi dari 5.1 tan semusim kepada 7.5 tan semusim menjelang 2013,”katanya.

Menjawab soalan ADUN Sabak Datuk Warno Dogol, Yaakob menyatakan betapa kerajaan negeri sentiasa memberi sumbangan yang berkesan dalam meningkatkan pengeluaran hasil padi di negeri ini.

Walaupun tidak mempunyai wang seperti kerajaan Pusat, sistem yang diberikan kerajaan negeri jauh lebih berkesan dalam menguruskan hal ini.

“Kerajaan Persekutuan hanya beri sumbangan dari segi subsidi. Kerajaan Negeri (sediakan) sistem yang memang terbukti berkesan.

“Hasil menurun hujung tahun lepas bila kerajaan Persekutuan monopoli tapi meningkat awal tahun ini,”tegas Yaakob.

Malah katanya, pendapatan pesawah juga semakin terjamin di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat apabila pendapatan mereka berjaya ditingkatkan.

“Daripada 2,408 pesawah yang terlibat, didapati peratusan bilangan pesawah yang berpendapatan antara RM1,000 ke RM1,500 adalah 55 peratus dan melebihi RM1,500 ialah 16 peratus atau 385 pesawah.

“Manakala pada musim 2010 tambahan 857 pesawah telah mengangkat pendapatan mereka di mana mereka berpendapatan RM 1000-1500 meningkat 752 pesawah dan melebihi RM1,500 seramai 105 pesawah,” kata Yaakob lagi

Rabu, 23 Mac 2011

Motor Cross D bandang 2011

Berita dan gambar akan menyusul

Ahad, 20 Februari 2011

MB Selangor sahkan rombakan Exco

BANDAR TUN RAZAK, 20 Feb – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan beliau akan merombak pentadbiran kerajaan negeri tetapi enggan memberikan butiran mengenai bila ia akan dilakukan.

Tan Sri Khalid berkata, pihaknya juga telah mengadakan pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan Dewan Undangan Negeri berhubung perkara tersebut bulan lalu.


“Buat masa ini kita belum membuat sebarang kata putus dan tiada perbincangan dibuat bagi membincangkan isu ini di peringkat negeri,” katanya.

Khalid berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Menurut Khalid, pada pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan itu juga pihaknya turut membincangkan cara dan pelaksanaan bagi memantapkan pentadbiran kerajaan negeri.

“Kita ada berbincang tentang petandbiran kerajaan negeri, tapi keputusan untuk melaksanakan belum dibuat. Kita hanya boleh lakukan selepas keputusan telah dibuat….sama seperti SUK, kita buat dan kita akan umumkan,” ujar beliau.

Sebelum ini, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang diketuai Datuk Seri Azizan Abd Razak turut merombak barisan Exconya bagi memperkemaskan jentera pentadbiran kerajaan negeri.

Barisan Exco Kerajaan Negeri tidak mengalami perubahan sejak dibentuk Mac 2008.

Jumaat, 18 Februari 2011

Hari Gelap Perundangan Negara

HAH ALAM, 18 Feb – Tindakan Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim dengan mengenepikan saman pemula terhadap ADUN Pelabuhan Klang merupakan “hari gelap” sistem perundangan negara.

Justeru, keputusan pendengaran yang dibuat tanpa kehadiran peguam defenden dianggap terburu-buru seraya mengenepikan hak untuk didengari.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media lewat petang tadi, Teng menyifatkan keputusan tersebut adalah tidak adil atas kapasiti beliau sebagai Speaker DUN Selangor yang mempunyai imuniti penuh terhadap saman dan mahkamah.

“Saya boleh katakan, keadilan yang tergesa-gesa adalah keadilan yang terkubur dan saya rasa dalam kes ini keadilan telah dikuburkan.

“Mahkamah harus sedar ini adalah kes melibatkan perlembagaan, Dewan Negeri dan Speaker. Ini bukan kes Tom dan Jerry. Saya tidak nampak mengapa mahkamah harus sangat tegas. Dunia akan ketawakan kita. Badan kehakiman apa yang kita ikut?” tegas Teng.

Sebelum itu, Hakim Datuk Zaleha Yusof menolak permohonan Teng di Mahkamah Tinggi untuk mengenepikan saman pemula Badrul Hisham Abdullah.

Zaleha turut membenarkan permohonan Badrul dalam deklarasi satu bahawa beliau masih lagi ADUN Pelabuhan Klang yang sah.

Teng kemudiannya diarahkan untuk membayar dengan kos sebanyak RM40,000 atas tindakkan mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN berkenaan pada 19 Januari lalu.

Teng sebelum itu menjelaskan kepada media bahawa peguamnya, Tommy Thomas telah memohon kepada mahkamah pada 11 Februari lalu untuk menangguhkan pendengaran hari ini kerana terpaksa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu.

Susulan itu menurutnya, peguam beliau telah menerima surat daripada mahkamah yang menolak permohonan penangguhan tersebut tiga hari kemudian.

“Bayangkan kita telah memberitahu mahkamah bahawa peguam akan berada di Mahkamah Johor Bharu pada 16 hingga 18 dan kami minta menangguhkan pendengaran yang ditetapkan pada 17 Februari. Mereka setuju menangguhkan tapi dibawa kepada 18 Feb juga tidak dapat dihadiri peguam saya,” jelas Teng lagi.

Walaubagaimanapun menurut Teng, peguam beliau telah menghantar wakil untuk memohon penangguhan sesi pendengaran hari ini ditolak termasuk permohonan mendapatkan peguam baru.

Teng berkata mahkamah tidak seharusnya meneruskan pendengaran tanpa pengurusan kes yang betul.

“Sebenarnya pada 14 Februari kami menerima afidavit daripada plantif dan kami mahu menjawab untuk afidavit. Berdasarkan undang-undang mahkamah tinggi, kami ada 14 hari untuk menjawab,” ujar beliau.

Jelas Teng lagi, jika Speaker boleh diperlekehkan oleh sistem kehakiman maka tidak mustahil rakyat boleh ditindas sewenang-wenangnya di dalam mahkamah.

Menurut Teng, beliau akan mengarahkan anak guamnya untuk menfailkan permohonan minggu hadapan untuk menangguhkan keputusan itu.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa speaker ada kekebelan daripada cubaan untuk didakwa di mahkamah berdasarkan Artikel 72, Perlembagaan Persekutuan.

Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersambung pada 28 Mac depan.

Dialog Bersama Jabatan Pertanian dan JPS

Satu majlis dialog antara JKKK parit 4, ketua2 Blok A15,16,17,18,19 dan A20 dengan Jabatan Pertanian Sungai Besar, Jabatan Parit dan Saliran Sungai Besar telah diadakan pada 18/2/2011 di bilik mesyuarat Masjid Parit 4, jam 800 malam. Jabatan Pertanian telah menghantar Puan Salbiah bt Md Sarif (Penolong Pegawai Pertanian Zon Tengah ) manakala JPS menghantar En Md Shukri bin Ahmad (Penolong Jurutera), Encik Jaafar Sidik bin Kamsah (Juruteknik Kanan) dan Tn Hj Saarani (Juruteknik).Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah. Selepas solat magrib, taklimat dan dialog bersama Jabatan pertanian telah diadakan. Majlis berhenti seketika untuk solat isya, jamuan dan disambung semuja selepasnya.Pelbagai masalah mengenai penggunaan racun, perparitan telah dibangkitkan termasuklah mengenai kerja2 pembersihan parit, pemasangan calvert persendirian, sisten jalan ladang dan sebagainya.Majlis dipengerusikan oelh Hj Anuar bin Abd Wahid (Penghulu Mukim Pancang Bedena)merangkap pemangku Ketua Kampung Parit 3,4. Majlis berakhir jam 10 malam. Gambar dan berita selanjutnya akan menyusul.

JKKK Perlu Gigih Bela Penduduk

HAH ALAM, 17 Feb – Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari berkata, Ketua Kampung dan pihak Jawatankuasa Kemajuan Kampung atau JKKK perlu terus berusaha gigih bagi memastikan kawasan kampung dapat dibangunkan dengan penduduk mendapat pembelaan sewajarnya.

Menerusi cara itu, jelasnya Pakatan Rakyat yang menerajui keranaan negeri akan terus mendapat kepercayaan rakyat untuk terus mentadbir negeri Selangor.

“Tahun ini kita ada peruntukan satu daerah satu juta untuk pembangunan infrasturktur kerajaan negeri saya difahamkan ada dewan-dewan yang telah siap tahun lepas dan sebahagian besar dah siap cari lagi masalah-masalah kampung,” katanya.

Biarpun peruntukkan itu tidak mencukupi namun katanya usaha berterusan perlu dilakukan bagi memastikan seluruh rakyat Selangor menikmati kehidupan yang boleh dibanggakan.

Katanya jika dibandingkan dengan peruntukan yang disediakan untuk Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan atau JKP sebanyak RM100 juta memang jauh berbeza tetapi dengan semangat yang ada segala cabaran dapat di atasi dengan jaya.

“Peruntukan Luar Bandar yang dulu diserahkan kepada kerajaan negeri sekitar seratus juta sekarang diambil diserah pada JKP…kalau kita nak lawan ‘apple to apple’ istilahnya bukan lawan kita, nak lawan dengan keimanan itu kita,” katanya.

Dr Yaakop berkata demikian dalam ucapannya dalam Majlis Penerangan dan Pelancaran Anugerah Ketua Kampung Tradisi Terbaik Negeri Selangor 2011di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Katanya, Ketua Kampung perlu memiliki komitmen tinggi bagi kemajuan kampung serta membantu penduduk dengan mengusahakan pelbagai aktiviti berfaedah seperti penglibatan dalam bidang ekonomi supaya mencapai tahap ekonomi lebih baik dan tinggi.

Tegasnya, Ketua Kampung perlu menjayakan pelbagai program bermanfaat supaya masyarakat kampung tidak terjebak dengan pelbagai masalah seperti gejala sosial dan jenayah.

Tambahnya, usaha mencantikkan kampung juga penting supaya penduduk kampung dapat hidup dengan lebih selesa dan berbangga dengan kampung sendiri.

KDN Perlu Bertindak Keatas Selangor Terkini

SHAH ALAM, 17 Feb – Kementerian Dalam Negeri atau KDN perlu bertindak segera dan menjalankan siasatan terhadap pihak bertanggungjawab yang menerbitkan akhbar ‘Selangor Terkini’ yang jelas menyerupai atau meniru akhbar terbitan kerajaan negeri, SelangorKini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim ketika ditemubual SelangorKini hari ini berkata, penerbitan dan pengedaran akhbar ‘Selangor Terkini’ bermula Januari ini oleh pihak tertentu dengan penggunaan logo negeri Selangor dianggap keterlaluan kerana akhbar itu bukan terbitan dan akhbar rasmi kerajaan negeri Selangor.



Tegasnya adalah diharapkan pihak berkuasa seperti polis dan KDN segera bertindak dan menjalankan siasatan supaya pihak yang bertanggungjawab di dalam perkara itu dapat dikenal pasti dan dikenakan tindakan undang-undang.

“Saya menyeru pihak polis agar segera menyiasat suratkabar ‘Selangor Terkini’ ini yang saya sifatkan sebagai suratkabar haram kerana dia menggunakan ‘envelop’ logo negeri Selangor tanpa izin daripada kerajaan negeri Selengor ini adalah satu kesalahan jenayah yang seharusnya diambil tindakan oleh pihak berkuasa khususnya polis dan Kementerian Dalam Negeri,” katanya.

Ini kerana tambahnya apabila pihak lain seperti Pakatan Rakyat, Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) dan yang lain mengeluarkan bahan bercetak seperti risalah risalah dan majalah, KDN akan melakukan serbuan kerana kononnya tidak mempunyai permit sedangkan tiada sebarang tindakan diambil ke atas ‘Selangor Terkini’ yang tersebar luas di seluruh negeri Selangor biarpun sudah lebih dua bulan ianya diedarkan.

“Saya nampak ini adalah satu keadaan yang terdesak oleh pihak tertentu mereka begitu takut dengan sebaran dengan liputan SelangorKini yang disebar secara meluas di seluruh negeri Selangor dan mereka merasakan ini sudah mengganggu gugat pengaruh mereka,” katanya.

Biarpun tidak dketahui siapa di belakang penerbitan ‘Selangor Terkini’ tetapi pada pandangan dirinya pihak yang berada di belakang semuanya ini adalah mereka yang mempunyai kataindengan Umno-Barisan Nasional.

Malah ketika diminta mengulas, katanya, adalah tidak mengejutkan apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor sanggup ditemubual oleh ‘Selangor Terkini’ bagi menjawab segala isu yang disiarkan SelangorKini.

Selasa, 15 Februari 2011

Pemimpin Wajib Lunas Amanah Rakyat

TUGAS pemimpin politik bukan mudah kerana setiap amanah yang digalas adalah tanggungjawab perlu dilunaskan sebaik mungkin demi memastikan kebajikan rakyat terjamin. Dalam mencapai tujuan murni itu, semua tindakan diambil perlu dinilai sedalam mungkin berlandaskan prinsip menepati janji, bersikap jujur, adil dan saksama.

Peranan politik yang dimainkan pemimpin tidak terhad kepada tugas dalam negara kerana mereka turut dilihat pemimpin lain di peringkat antarabangsa dan apa juga tindakan dilakukan bakal memberi impak kepada kebajikan rakyat serta negara keseluruhannya.




Advertise Here

Oleh itu, peranan pemimpin politik mengekalkan keharmonian dan kemajuan negara penting, lebih-lebih lagi dengan keadaan landskap politik tempatan yang bercorak heterogen (berbilang kaum, tradisi dan agama).

Corak politik antarabangsa yang begitu meluas turut mempunyai pengaruhnya tetapi Islam sudah menggariskan beberapa prinsip penting yang perlu diselusuri pemimpin politik untuk melaksanakan tugas sebagai penentu kebajikan rakyat diwakili.

Pemimpin wajib menepati setiap janji dimeterai baik secara lisan ataupun bertulis. Di peringkat tempatan, janji itu termasuklah ucapan sewaktu berkempen. Manifesto yang dicanang juga adalah jaminan diberikan kepada rakyat, maka seharusnya jaminan itu dikotakan sepenuhnya.

Hak rakyat tidak kira bangsa, agama atau kawasan perlu diberi perhatian. Allah berfirman yang bermaksud: “Kecuali orang musyrikin yang kamu mengadakan perjanjian (dengan mereka) dan mereka tidak mengurangi sesuatu pun (dari isi perjanjian) dan tidak (pula) mereka membantu seseorang yang memusuhi kamu, maka terhadap mereka itu penuhilah janjinya sampai batas waktunya. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertakwa.” (Surah At-Taubah, ayat 4)

Janji yang ditebarkan perlu mengambil kira keperluan dan kehendak semua kaum. Dalam erti kata lain, pemimpin politik mesti bersikap adil dan saksama dalam menimbang tara keputusan politik yang hendak dibuat.

Firman Allah yang bermaksud: “Hai orang beriman, hendaklah kamu jadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Maa-idah, ayat

Di peringkat antarabangsa pula, janji termasuklah perjanjian ditandatangani ketua negara, baik secara dua hala, berbilang-hala dan perjanjian dalam negara kawasan seperti ASEAN, meliputi perjanjian perdagangan, takrif cukai, sekuriti, kerjasama ketenteraan atau perkongsian teknologi.

Demi memastikan situasi menang-menang, pemimpin perlu berhati-hati dan teliti sebelum memeterai mana-mana perjanjian dengan negara luar supaya kebajikan rakyat terjamin.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan jika kamu khuatir akan (terjadinya) pengkhianatan dari suatu golongan, maka kembalikanlah perjanjian itu kepada mereka dengan cara yang jujur. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang khianat.” (Surah Al-Anfaal, ayat 58)

Pemimpin politik wajib bercakap jujur terutama dalam perkara kritikal membabitkan kepercayaan rakyat kerana kredibiliti seseorang pemimpin bergantung pada kemampuannya meraih keyakinan rakyat.

Keyakinan rakyat dapat diraih melalui sifat kebolehpercayaan ditunjukkan pemimpin. Rakyat semestinya mahu meletakkan harapan mereka pada wakil rakyat yang jujur dan bercakap benar.

Oleh itu, pemimpin harus berhati-hati dalam setiap tutur kata bagi memastikan jaminan kejujuran hadir dalam setiap perkataan yang dilontarkan kepada umum.

Jika seseorang pemimpin itu bukan saja berjaya melaksanakan tugas menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat, bahkan dapat menambat rasa kasih pemimpin di hati rakyat, maka balasannya adalah sangat tinggi dan setimpal di sisi Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang yang tidak ingin menyombong diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan (kesudahan yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (Surah Al-Qashash, ayat 83)

Sabtu, 12 Februari 2011

Bekalan elektrik kerap terganggu

SEKINCHAN, 11 Feb – Kekerapan terputusnya bekalan elektrik di kawasan Sekinchan, sekitar empat kali dalam tempoh satu minggu, menyebabkan banyak pihak terpaksa menanggung kerugian kerana ia menyebabkan kerosakan barang elektrik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata, pihaknya menerima banyak aduan dan keluh-kesah masyarakat setempat berhubung gangguan bekalan elektrik itu.



“Kita didatangi dan dihujani dengan panggilan telefon tidak berhenti-henti daripada penduduk yang mengadu berhubung masalah ini.

“Mereka turut mempertikaikan keupayaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana kekerapan bekalan elektrik terganggu,” katanya ketika melawat gerbang baru Kampung Nelayan Bagan Sekinchan, di sini, semalam.

Menurutnya, TNB sepatutnya memberikan perkhidmatan yang selesa kerana pengguna membayar caj elektrik yang dikenakan setiap bulan.

“Mereka (TNB) perlu memastikan bekalan elektrik tidak terputus begitu kerap dan pelan perancangan masa panjang dan pendek perlu dilakukan dengan segera untuk menaik taraf bekalan elektrik di Sekinchan,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Suee Lim berkata, jalan masuk ke Kampung Nelayan Bagan Sekinchan diberikan nafas baru dengan menaik taraf pintu gerbang sedia ada sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

“Kita menaiktarafkan pintu gerbang ini supaya ianya lebih indah, sempurna dan dapat mencerminkan identiti kampung ini.

“Selain itu dapat membantu pengunjung dan pelancong untuk mengenal pasti lokasi Bagan Sekinchan daripada tersesat,” katanya.

Operasi Piramid berakhir semalam

UBANG, 12 Feb – Operasi Piramid yang dilancarkan kerajaan sejak 2 Februari lalu berakhir secara rasmi jam 3.11 petang semalam dengan ketibaan tiga pesawat C-130 di Pangkalan Udara Subang, membawa kumpulan terakhir 96 pelajar Mesir.

Turut pulang dalam penerbangan berlepas jam 7.30 malam waktu Malaysia, Khamis lalu dari Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah ialah 148 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terbabit dalam misi khas itu selain 31 anggota dari pelbagai agensi serta 14 wakil media.


Sepanjang sembilan hari misi, tiga pesawat berkenaan membuat 18 penerbangan ulang alik membabitkan Jeddah-Kaherah-Jeddah serta Jeddah-Iskandariah-Jeddah, membawa keluar 7,392 rakyat Malaysia termasuk masing-masing 2,150 dan 1,760 menerusi Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia.

Sementara itu di ibu negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kerajaan mempertimbangkan Ops Piramid II bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir sekiranya pergolakan politik di negara itu semakin meruncing dan mengancam keselamatan.

Kerajaan Selangor Terus Cemerlang

LANG, 11 Feb - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat (Pakatan) bersedia untuk mempertahankan pentadbiran kerajaan negeri berdasarkan prestasi cemerlang yang diperoleh sejak berjaya menawan Selangor pada Mac 2008.

Tan Sri Khalid berkata, Pakatan yang diwakili parti DAP, PAS dan PKR akan bekerja keras dan berjuang dalam menegakkan keadilan rakyat di negeri ini.

“Kita mahu memberikan pulangan hasil-hasil negeri untuk rakyat. sudah tentulah tahun baru ini juga memberikan azam baru bagi kita supaya kita bersama bekerja sebagai satu pasukan, pasukan DAP, PAS dan PKR akan berkerja sebagai satu pasukan yang bertujuan untuk membela rakyat di selangor dan Malaysia,” katanya.

Menurut Khalid, dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti serta program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) pentadbiran Pakatan mampu mempertahankan benteng di negeri Selangor.

“Tahun Baru Cina ini memberi kita inspirasi untuk bekerja keras kerana kami percaya bahawa masyarakat akan memberikan sokongan jika kita melakukan tugas kita secara cekap, adil dan bersih,” ulasnya.

Khalid berkata demikian di hadapan kira-kira dua ribu rakyat yang hadir pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina, semalam, di Jalan Besar, Pandamaran, Klang.

Jelas Khalid, kerajaan negeri memperuntukkan RM 1 juta kepada setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi pembangunan infrastruktur di seluruh kawasan negeri Selangor sebelum ini, sebagai salah satu usaha menaiktaraf kediaman masyarakat setempat.

“Tahun ini kita memperuntukkan 1 juta ringgit kepada setiap DUN yang boleh digunakan oleh Adun Pakatan untuk membuat pembangunan infrastruktur, iaitu membetulkan jalan dan parit di kawasan mereka.

“Kita juga memberi peluang untuk wakil-wakil DUN membuat program mengecat rumah pangsa yang mana ini akan dimulakan awal bulan Mac. Peruntukan lebih 5 juta telah kita peruntukkan,” katanya.

Sementara itu, khalid berkata, pihaknya juga sudah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien untuk menambah bilangan polis di negeri ini bagi menjaga keselamatan serta keamanan di Selangor.

Selain menyampaikan pemberian ‘ang pau’ kepada masyarakat Cina yang hadir, majlis itu juga turut diceriakan dengan pelbagai persembahan kebudayaan termasuk tarian singa dan naga.

Hadir sama memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan beberapa Exco kerajaan negeri Selangor.

Rabu, 9 Februari 2011

Universiti Selangor menggantikan UNISEL

SHAH ALAM, 9 Feb - Universiti Industri Selangor (Unisel) bakal dikenali dengan nama baru iaitu Universiti Selangor bermula 14 Februari ini.

Presiden dan Naib Canselor Unisel Datuk Dr Rosti Saruwono berkata nama baru itu dipilih bagi menyesuaikan trend global dunia pendidikan pada hari ini yang lebih meluas dan tidak hanya tertumpu pada satu bidang.

“Singkatan Unisel masih dikekalkan dan nama baru ini dipilih sempena penjenamaan semula Unisel setelah 11 tahun ditubuhkan termasuk logo baru yang akan dilancarkan pada hari yang sama,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Beliau berkata penjenaam semula itu dibuat hasil daripada pandangan dan perbincangan membabitkan semua pihak termasuk tenaga pengajar dan pentadbiran Unisel sejak pertengahan tahun lepas bagi memastikan institusi pengajian tinggi (IPT) itu mampu terus bersaing.

Rosti berkata perkataan ‘Industri’ yang digunakan sebelum ini menimbulkan kekeliruan kepada ibu bapa dan pelajar yang beranggapan Unisel hanya menawarkan kursus berkaitan bidang industri berat dan kejuruteraan.

“Kami mempunyai pelbagai kursus dan merangkumi semua lapangan termasuk Kejururawatan, Komunikasi Massa, Pendidikan dan Fotografi yang ditawarkan kepada pelajar di peringkat diploma dan ijazah pertama,” katanya.

Beliau berkata bidang seperti kejuruteraan, bioteknologi dan teknologi maklumat masih dikekalkan kerana ia antara kursus yang mendapat permintaan tinggi di pasaran pekerjaan.

Selain itu, Rosti berkata Unisel mengutamakan jalinan industri apabila setiap program di universiti itu mempunyai penasihat industri masing-masing bagi mempersiapkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran.

“Kita juga menetapkan latihan industri antara enam hingga lapan bulan bergantung kepada bidang pengajian yang diambil dalam usaha memastikan pelajar dapat menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang sebenar,” katanya.

Ditanya mengenai Canselor Unisel yang baru, Rosti berkata perkara itu bakal diumum bulan ini oleh kerajaan Selangor. Kerusi Canselor Unisel bakal kosong selepas isteri Perdana Menteri DatinSeri Rosmah Mansor mengumumkan pengundurannya pada 20 November lepas.

Elaun guru KAFA di Selangor naik RM300

SHAH ALAM, 9 Feb – Guru kelas agama fardu ain atau KAFA di negeri Selangor mendapat perkhabaran gembira apabila kerajaan negeri memutuskan untuk meningkatkan elaun tambahan guru sebanyak RM300.

Dengan tambahan elaun RM300 ini menjadikan elaun bulanan guru-guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor sebanyak RM1,300 sebulan. Kenaikan elaun ini berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.

Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru KAFA yang mengajar di 208 buah SRA dan 11 buah SRAI seluruh Selangor.


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara ini pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MMKN berkata, kenaikan elaun bulanan ini akan melibatkan peruntukan tambahan Kerajaan Negeri lebih RM14 juta setahun.

Pada masa ini, guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari Kerajaan Negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.

“Kerajaan Negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru KAFA di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian,” katanya.

Isnin, 7 Februari 2011

Hari Padi 2011

Berita dan gambar akan menyusul esok, insyaallah.

Jumaat, 28 Januari 2011

Kembali kuasa kepada Sultan, MB langkah tepat- Dr Manuty

PETALING JAYA 4 Jan – Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) yakin usaha mengembalikan kuasa perlantikan pegawai kanan eksekutif kepada Sultan dan Menteri Besar adalah langkah tepat memulihkan institusi Raja Berperlembagaan.

Ketua Penerangannya, Dr Mohd Nur Manuty berkata, KEADILAN menyokong penuh sidang tergempar Dewan Negeri Selangor (DNS) yang akan dipanggil dalam masa terdekat untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan mengembalikan kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang kepada yang berhak.

Umno-Barisan Nasional (BN) secara paksa telah mencabut kuasa perlantikan itu walaupun mendapat bantahan daripada Majlis Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1993.

“KEADILAN berkeyakinan usaha mengambalikan semula kuasa perlantikan tiga pegawai eksekutif adalah langkah konkrit untuk mengangkat kembali martabat Institusi Raja Berperlembagaan sebagaimana yang diputuskan sebagai dasar bersama Pakatan Rakyat (Pakatan).

” KEADILAN merakamkan kesyukuran ke bawah DYMM Sultan Selangor yang telah memberi perkenan menyerahkan kembali urusan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada kebijaksanaan Menteri Besar Selangor untuk mencari jalan penyelesaian dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),” jelasnya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Selangor diancam krisis perlembagaan selepas Kerajaan Pusat melantik bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor(Jais), Datuk Mohd Khusrin Munawi secara senyap.

Media melaporkan bahawa pihak istana memperkenankan perlantikan itu.

Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana kuasa sedemikian ditarik Umno-BN.

“Hakikatnya kuasa perlantikan para pegawai telah dihapuskan oleh Umno dalam pindaan perlembangaan secara paksa pada tahun 1983 dan 1993, meskipun telah ditolak oleh Majlis Raja-Raja Melayu ketika itu.

“Umno bersedia memperalatkan apa jua institusi negara demi mengekalkan kuasa dan pelbagai pengkhianatan yang dilakukan terhadap rakyat dan negara selama ini,” katanya.

Henti berpolitik, Khusrin wajib laksana dasar kerajaan negeri – Sultan

SHAH ALAM 6 Jan – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Khusrin Munawi untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengikut tata cara yang ditetapkan.

“Beta menitahkan supaya Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang memerintah Selangor mengikut undang-undang dan peraturan semasa,” titah baginda pada majlis di Istana Bukit Kayangan pagi tadi.

Sultan Sharafuddin juga tidak mahu isu perlantikan Khusrin diperbesar atau dipolitikkan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

“Beta ingin menegaskan, perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ini adalah mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Perlembagaan Persekutuan,” tambah Sultan Sharafuddin.

Pada majlis itu, Tuanku mengurniakan darjah kebesaran kepada Raja Muda Selangor selain memperkenan menerima lafaz ikrar sumpah setia Khusrin dan beberapa pihak lain.

Dalam ucapannya, Sultan Sharafuddin sekali lagi menegaskan baginda tidak menyebelahi mana-mana parti politik tetapi hanya mahu Selangor sentiasa aman dan rakyatnya hidup dalam keadaan harmoni dan tolong-menolong.

Baginda menjelaskan, gandingan bersama istana dan kerajaan negeri diperlukan bagi melakukan yang terbaik bagi Selangor.

“Datuk Menteri Besar sentiasa menghadap Beta sekurang-kurangnya seminggu sekali. Semasa sesi menghadap ini, Beta dan Datuk Menteri Besar sentiasa bertukar-tukar fikiran dan saling menasihati serta berbincang untuk mendapatkan sesuatu yang baik dan elok untuk negeri Selangor, titah Sultan Sharafuddin .

“Jika negeri Selangor ini aman dan tiap-tiap pihak menjalankan tugas dengan jujur, telus dan penuh komitmen, maka pembangunan dan kemajuan yang dicapai akan benar-benar dapat dikecapi oleh rakyatnya,” titah Sultan Sharafuddin .

“Beta menyeru dan menasihatkan supaya janganlah tiap-tiap perkara itu dipolitikkan kerana ia akan membebankan rakyat dan melambatkan proses kemajuan.

Beta juga bersyukur dengan limpah kurnia-Nya, Selangor masih berada dalam keadaan aman dan makmur sehingga kini,” tambah baginda.

Musim Mangatam Musim 2/2010 bermula.


Musim Mangatam bamula, mesen banih mula mamasuki bandang, kada sawat sajam talah sakaping. Purata pendapatan petani antara 5-8 tan sekeping bergantung kaluasan tanah. Bagaimanapun hujan yang turun hampir tiap patang mengusarkan mereka. tanah bandang luluk, padi di bandang rabahan,disamping padi angin, mesen kada kawa maambil rapat sampai ka tanah. Ada padi yang tarandam, kajadian hujan labat yang turun sejak saminggu. Apapun petani mengucapkan syukur dengan nikmat yang dianugerahkan Allah dengan mengunjungi masjid dan surau.Manyalamat tanda syukur, awan pulut kuning, balauk hintalo hayam gulai.