Ahad, 28 Februari 2010

Kitab Percuma SAR mulai 2011

SHAH ALAM 27 Feb - Semua pelajar sekolah rendah agama di Selangor baik dari keluarga miskin ataupun sebaliknya bakal menerima pinjaman buku teks mulai tahun 2011.

Demikian jaminan yang diberikan EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Beliau bercakap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru di Sekolah Rendah Agama Seksyen 3 di sini pagi ini, yang dihadiri lebih 50 ibu bapa murid sekolah berkenaan.

“Kita merancang untuk mengurangkan beban bayaran pihak ibu-bapa melalui skim buku teks yang diperlukan sekolah-sekolah agama yang mengikuti program JAIS,” kata Halimah.

Skim pinjaman buku teks ini mengutamakan mereka yang berpendapatan rendah iaitu bawah RM1,500 tetapi jika peruntukan mencukupi, semua golongan akan menerima kemudahan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan