Selasa, 16 Mac 2010

Penerangan di perluas

SHAH ALAM, 16 Mac - Kerajaan negeri Selangor melalui anak syarikatnya Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) sedang merancang untuk memperluaskan program penerangan melalui lidah rasminya TVSelangor dan juga Selangorkini.

Pengarang beritanya, Abdul Rahim Zain berkata, usaha itu bertujuan menarik lebih ramai penonton di laman TV dalam talian itu, manakala keluaran akhbar Selangor Kini pula akan ditingkatkan menjadi akhbar mingguan.

“Kita akan terbitkan Selangor Kini dua kali sebulan bermula April dan kita juga merancang untuk terbitkan seminggu sekali bermula Jun,” katanya dalam satu taklimat media di pejabat penerbitan itu di sini hari ini. Pada masa ini, Selangor Kini diterbit sebulan sekali.

“Rancangan jangka panjang kita ialah untuk tubuhkan biro di setiap negeri dan supaya kita boleh buat liputan berita nasional, bermula di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

“Kita akan mula menempatkan pemberita sambilan di seluruh negeri bermula akhir tahun ini untuk tingkatkan laporan berita nasional,” katanya.

Tambahnya, akhbar tersebut kini berjaya mencapai edaran sebanyak 100,000 naskhah manakala laman TVSelangor pula berjaya meraih sehingga 10.5 juta capaian pembaca sebulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan