Sejak musim 1/2012, aktiviti menanam padi berjalan lancar dengan berbagai kaedah dilakukan, ada yang secara tabur terus dan ada yang memilih secara tanam calet. Kaedah tabur terus kosnya agak murah berbanding dengan tanam calet. Ramai yang memilih padi jenis clearfield untuk ditanam bagi mengatasi masalah padi angin. Bagaimanapun harga racun nya agak mahal iaitu RM 350.00 sekotak ( 4 pekej ) Namun bagi mengatasi masalah padi angin, ramai petani yang terpaksa berbelanja besar, masalahnya selepas di racun, dua atau tiga hari, pokok padi memerlukan air dan masalah ini berlarutan sudah hampir sebulan. Pihak JPS sudah dibubungi dan telah menghantar pam air, bagaimana pun pam yang dihantar agak lewat dan sering rosak. Ini yang merisaukan petani. Palong yang sepatutnya ada air tetapi sebaliknya.Ramai petani yang terpaksa menyewa pam untuk mengairi sawah mereka. Mengharapkan Pam Kitar semula yang dibina untuk mengairi sawah ibarat menunggu bulan jatuh ke riba, ianya tidak berfungsi dan masuk musim ke sembilan ( 4 tahun ). Untuk itu para petani mengharapkan pegawai-pegawai JPS agar sering seringlah turun padang untuk mengatasi masalah petani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan