SHAH ALAM, 18 OKT : Universiti Selangor (Unisel) telah meningkatkan
pertambahan pelajar yang memberangsangkan selepas mempraktikan
pendaftaran dalam talian atau “online”.
Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, kaedah itu
menyaksikan kemasukan pelajar ke universiti itu meningkat dengan pantas
sehingga institusi itu risau tidak dapat menampung pertambahan pelajar.
Beliau berkata, kaedah itu telah menampung kemerosotan kemasukkan yang dicatat pada 2009 dan 2010.
Menurutnya, kemasukan pelajar ke universiti tersebut pada tahun ini
adalah seramai 11,880 pelajar manakala tahun 2011 mencatat kemasukkan
9,902 pelajar.
“Kejayaan diraih seperti dilapor oleh akhbar-akhbar mengatakan bahawa
laporan audit negara pada 2009 dan 2010 menunjukkan penurunan pelajar
dan pendapatan itu memang betul dan kita telah banyak membuat
pembaharuan bagi mengatasinya.”
“Selain kejayaan-kejayaan dibuat pelajar kita di peringkat nasional
dan antarabangsa dan data Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang
mendedahkan kebolehpasaran pelajar kita yang antara tertinggi di dalam
negara kita,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Anuar berkata, Unisel juga akan membuat pengambilan pelajar baru pada 5 Januari tahun depan.
Tambahnya, dianggarkan 70 ke 80 peratus pelajar menggunakan kaedah permohonan online.
Daripada 11,880 pelajar itu, katanya, lebih 5,000 ditempatkan di
kampus Shah Alam manakala lebih 6,000 lagi di kampus Bestari Jaya.
“Saya risau pada tahun depan kita tidak mempunyai ruang bagi
menampung kemasukan pelajar. Bukan risau tidak cukup pelajar masuk,”
katanya yang menjangkakan pertambahan pelajar akan terus meningkat ke
Unisel dalam masa terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan