SHAH ALAM 14 MEI : Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang
membatalkan membatalkan kes saman ibu tunggal terhadap Kerajaan Negeri
merupakan satu kemenangan kepada rakyat Selangor.
Menurut Exco Hal
Ehwal Wanita, Rodziah Ismail mengharapkan keputusan ini menjadi
‘precedent case’ untuk kes saman lain yang dihadapi Kerajaan Negeri.
Rodziah
yang juga Adun Batu Tiga berkata, keputusan ini membuktikan sebuah
manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah adalah satu
kenyataan konkrit dan bernas untuk dibawa dalam kes-kes saman yang
lain.
“Kita harapkan pengadilan dan hujahan seperti ini adalah
konsisten dalam kes-kes seumpamanya yang lain (saman berhubung janji
manifesto).
“Sepertimana hujah peguam A Vishnu Kumar, manifesto
bukanlah satu perkara ‘legal’(sah)yang mesti ditunaikan dan bukan
terikat di sisi undang-undang,” ujar Rodziah.
Sehubungan itu,
beliau optimis kes-kes lain seperti kes saman berhubung pemberian air
percuma, bantuan suri rumah dan skim bantuan warga emas yang masih
menanti perbicaraan dan rayuan juga akan berpihak kepada Kerajaan
Negeri.Pada November tahun lalu Murtini binti Kasman (Pengerusi
Persatuan Ibu Tunggal Selangor) beserta 2,019 yang lain mengemukakan
saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar Selangor
kerana mendakwa gagal menunaikan janji dalam manifesto untuk membayar
RM100 kepada ibu tunggal di negeri ini.
Antara lain, saman tersebut menuntut Kerajaan Negeri membayar tunggakan elaun berjumlah RM 10.9 juta kepada mereka.Pada
Februari lalu, Kerajaan Negeri membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Shah
Alam untuk mengetepikan saman berhubung pemberian air percuma yang
difailkan 711 orang menerusi firma guaman Kamarudin & Partners.Pada
penghujung bulan itu juga, Kerajaan Negeri terpaksa berhadapan dengan
tindakan saman oleh 1,001 warga emas bagi menuntut caruman takaful
berjumlah RM 2.5 juta.
Selain itu, seramai 1,888 ibu bapa turut
bertindak memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri pada Mac lalu bagi
menuntut tunggakan RM1.38 juta berhubung bantuan pendidikan pra-sekolah.untuk
rekod, sehingga Mac tahun ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan
lebih RM600 juta untuk pembiayaan air percuma 20 meter padu kepada
mereka yang menggunakan meter individu di negeri ini.Kerajaan
Negeri juga dalam tempoh sama telah membelanjakan lebih RM600, 000 untuk
Skim Bantuan Tadika (Tunas) dan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si Kembar)
selain peruntukan melebihi RM 80 juta untuk program Skim Mesra Usia Emas
sejak dilancarkan pada tahun 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan