SHAH ALAM 18 Jun : Beberapa kawasan di Lembah Klang dan Hulu Selangor
akan mengalami gangguan bekalan air selama lebih dua hari bermula lapan
pagi ini sehingga 8 malam hari Khamis.
Ini bagi melakukan kerja-kerja penukaran dan penambahbaikan injap
pengepaman air bersih di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.
Menurut kenyataan media Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas),
kerja-kerja penyenggaraan akan mengambil masa 8 jam, manakala pemulihan
bekalan air memakan masa 48 jam.
Syabas menjangkakan hentitugas separa ini akan menyebabkan gangguan
bekalan air lebih 74,890 pengguna di Kuala Lumpur, Bukit Damansara,
Gombak, Hulu Selangor dan Petaling.
Sebagai langkah persediaan awal, SYABAS telah meletakkan
kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk
meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta
menyediakan 525 buah tangki statik.
Kawasan tersebut ialah :
Wilayah Gombak
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara dan Sunway SPK Harmoni 3.
Jumlah akaun : 21,947 akaun

Wilayah Hulu Selangor
Kampung Sungai Serai; seluruh Kuang; Kampung Baru; Kampung Melayu Sri Kundang; Kampung Permata; Taman Desa;
Bandar Baru Kundang; Kundang Jaya; Bandar Tasik Puteri; Taman Tasik Biru dan Taman Perindustrian.
Jumlah akaun: 13,040 akaun

Wilayah Petaling
Bukit Rahman Putra; Taman Impian Indah; Taman Sri Putra; Saujana Akasia; Taman Sri Putra Mas; Taman Matang Jaya dan Kampung Matang Pagar.
Jumlah akaun : 7,340 akaun
Bukit Rahman Putra; Taman Impian Indah; Taman Sri Putra; Saujana Akasia; Taman Sri Putra Mas; Taman Matang Jaya dan Kampung Matang Pagar.
Jumlah akaun : 7,340 akaun
Wilayah Kuala Lumpur
Bukit Kiara
Sebahagian Kawasan Bukit Damansara
Bukit Kiara
Sebahagian Kawasan Bukit Damansara
Manakala kawasan yang mengalami gangguan tekanan rendah termasuk :
Wilayah Petaling
Kuarters Penjara Sungai Buloh; Kampung Kubu Gajah; Kampung Merbau
Sempak; Desa Moccis; Kampung Paya Jaras; Hospital Kusta; Kampung Baru
Sungai Buloh (Kampung Baru Cina); Kampung Desa Aman; PJU10, Saujana
Damansara; PJU10, Prima Damansara.
Jumlah akaun : 21,248 akaun
Jumlah akaun : 21,248 akaun
Wilayah Kuala Lumpur
Segambut
Segambut
Pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta
menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan
(PUSPEL) di 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke
39222.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan