Jumaat, 20 Jun 2014

Seminar Air Lombong


SHAH ALAM, 21 JUN: Kerajaan Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (Luas) telah mengadakan seminar Pemakluman Berkaitan Kualiti Air Kolam Alternatif Negeri Selangor bagi menerangkan maklumat sebenar berhubung kontroversi penggunaan air kolam di Bestari Jaya.
Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi dalam sidang media hari ini berkata, seminar pada 18 Jun lalu dibuat untuk memperjelaskan dan memberikan kefahaman kepda semua pihak berkaitan inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor.
IMG_4112aBeliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di dalam pembentangannya memaklumkan parameter persampelan adalah berpandukan kepada jumlah parameter yang telah ditetapkan organisasi kesihatan dunia (WHO) .
“Disebabkan kedalaman setiap kolam berbeza, pengepaman air kolam tersebut hanya dilakukan pada kadar kedalaman 3 meter atau bergantung kepada kedalaman kolam.
“Hasil analisa Jabatan Kimia Malaysia menunjukkan kesemua hasil pensampelan yang dilakukan mematuhi kualiti air mentah yang disyorkan oleh KKM.
“Analisa air terawat juga mematuhi piawaian kualiti air minum kebangsaan oleh KKM dan selamat untuk digunakan,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Beliau berkata, Kerajaan Selangor hanya akan menggunakan air dari kolam yang mematuhi piawaian standard yang ditetapkan dan setiap minggu sampel air akan dikaji supaya kualitinya kekal pada tahap yang ditetapkan.
Kata Dr Yunus lagi, air yang digunakan rakyat kini bukan air mentah tetapi air yang telah dirawat sebelum disalurkan untuk kegunaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan