Rabu, 28 Mac 2012

Tiada Lagi Kecurian Bakau.

SHAH ALAM, 27 MAC : Jabatan Perhutanan Selangor (JPS) mengambil beberapa langkah yang proaktif bagi menangani masalah kecurian kayu bakau setelah lesen pengusahasilan kayu bakau ini ditamatkan pada 1 Julai 2010.
Hutan Paya Bakau
JPS merekodkan sehingga 29 Februari 2012 tiada sebarang kecurian kayu bakau dalam kawasan Hutan Simpan Pulau Ketam dengan tertangkapnya seorang warganegara Malaysia yang menjadi ketua sindiket di Pulau Ketam pada tahun 5 Mei 2010.
Sehubungan itu, JPS melaksanakan operasi bersepadu bersama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Marin PDRM Selangor, dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menambah kekerapan rondaan di 25 hutan simpan paya laut persisir pantai dan kawasan pulau.
Selain itu, JPS juga melakukan rondaan enam kali melalui udara setahun dan turut menempatkan kakitangan JPS di jeti-jeti bagi memeriksa kayu bakau yang di import dari Indonesia dan negeri-negeri lain.
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata demikian  ketika menjawab soalan dari ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib berkaitan pengurusan Hutan Paya Laut di Selangor.
Elizabeth turut berkata, selain pemasangan papan tanda di sepanjang hutan simpan, JPS juga melaksanakan kempen kesedaran tanaman bakau dengan kerjasama korporat, NGO dan orang awam.
“Tindakan pemasangan tanda ini adalah sebagai salah satu kaedah untuk memaklumkan kepada masyarakat tentang kewujudan hutan simpan,” ujar beliau

Tingkatkan kemudahan di masjid

Masjid  Jugra Banting
SHAH ALAM 26 MAC : Kerajaan Negeri kini merangka program secara besar-besaran khusus untuk menjalankan kerja-kerja pembaikpulihan dan menaiktaraf fasiliti-fasiliti masjid dalam usaha menyemarakkannya, ujar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Kita akan jalankan program membersihkan tempat mandi, bilik air, tempat ambil air sembahyang dan sebagainya supaya dapat memberikan satu ‘standard’ kepada masjid-masjid kita.
“Jika ini berjaya dicapai, saya percaya ia akan memberikan rasa selesa kepada musafir yang singgah dan secara tidak langsung ia akan memberikan juga keselesaan kepada mereka mengerjakan ibadah,” ujar beliau ketika menjawab soalan daripada Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz di Sidang DUN pagi ini.
Menurut Abdul Khalid lagi, program ini juga mensasarkan golongan belia untuk turut serta supaya dapat memberikan nilai ukhuwah dan bermasyarakat dalam diri para remaja.
“Usaha memartabatkan Islam sememangnya kita pupuk dari peringkat sekolah sehingga ke program-program yang dijalankan di masjid-masjid.
“Kita tidak hanya tertumpu pada penyampaian ceramah semata-mata tetapi menyeluruh ke pelbagai program dan aktiviti yang lebih efektif,” jelasnya lagi.

Khamis, 22 Mac 2012

Sumbangan untuk Warga OKU dan Warga Emas

Sumbangan untuk Mohd Salah

Sumbangan untuk warga Emas

Sumbangan buat Puan Suriah

Ketua Kg Menyampaikan sumbangan
Ketua Kg parit 4 yang baru, en Khalil Ab Wahab telah menyampaikan sumbangan JKKK kepada beberapa warga OKU dan warga Emas terpilih sekitar kg parit 3,4,dan 5. Sumbangan berupa barangan keperluan harian seperti beras, gula, tepung dan sebagainya bagi meringankan beban mereka.

Rabu, 21 Mac 2012

Jambatan Parit 4 ditutup mulai 19/3/2012


Jambatan yang menghubungkan Kg Parit 4 dengan Kg parit 5 yang bakal ditutup.
Jentera berat memulakan kerja-kerja menanam cerucuk bagi pembinaan jambatan baru
Kerja kerja menanam kerikil di dasar tanah bagi menguatkan struktur jambatan
Jentera berat memulakan kerja-kerja pembinaan
Jengkaut berskala besar digunakan bagi memastikan kerja-kerja mengikut jadual
Kerja-kerja menimbang

Jambatan yang akan ditutup kepada semua lalu lintas

Kerja kerja berhampiran sk parit 4

Sk Parit 4 bakal berubah wajah

Kerja-kerja menanam cerucuk

papan tanda peringatan

Pailing bersaiz besar

Jabatan Kg Parit 4 yang menghubungkan semua arah akan ditutup mulai 19/3/2012 bersamaan Isnin bagi membolihkan kerja-kerja pembinaan Jambatan Baru sehinggalah siap sepenuhnya menjelang September 2012. Pihak pemaju telah pun membuat hebahan melalui masjid dan menampal notis di surau2 sekitar kariah masjid parit 4. Pihak pemaju memohon maaf atas kesulitan penduduk dan menegaskan kesulitan hari ini untuk kesenangan masa akan datang, insyaallah. Sekiranya pembinaan ini berjalan mengikut jadual, insyaallah ianya akan dapat disiapkan menjelang September.

Jumaat, 16 Mac 2012

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Pn Suriah

Antara tetamu  yang hadir
Cenceramata Untuk Tn Hj Anuar Wahid

Majlis Bacaan yasin mohon keselamatan
Cenderamata untuk Ust Fadzlin Taslimin
Tn Hj Ahmad Abdullah memperkatakan sesuatu

Majlis ringkas penyerahan kunci rumah puan Suriah telah disempurnakan oleh Ustaz Fadzlin Taslimin pada 4/3/2012, Ahad jam 3.00 petang. Majlis turut dihadiri oleh Tn Hj Anuar Wahid, Penghulu Mukim Sungai Panjang serta orang kampung. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin, seteruanya ucapan dari Penyelaras PKM DUN Sungai Panjang, ucapan Penghulu Mukim Pancang Bedena. Dalam ucapannya ustaz Fadzlin mengucapkan rasa syukur kerana masalah ini telah berjaya diselesaikan dengan baik berkat kerjasama semua pihak dan kesabaran puan Suriah sendiri. Majlis turut dihadiri oleh Tn Hj Zaini Indan, ketua Kg Peket 60, En Shafie Hj Zakaria, ketua Kg Parit 1 dan 2.Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada ustaz Fadzlin dan Tn Hj Anuar Wahid, Pemindahan 6 warga parit 4 ke beberapa lokasi bagi membolihkan projek sambungan jalan Sekincan Ulu Bernam yang akan memendikkan perjalanan ke Tanjung Malim.

Program Serahan Kunci Rumah kepada asnaf fakir miskin


Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dato Hj Masloro B. Hj Ahmad selaku wakil peribadi YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Beliau juga telah menyerahkan sendiri kunci rumah kepada setiap penghuni rumah tersebut.

Seramai 10 orang asnaf Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dari kawasan sekitar telah menerima bantuan rumah tersebut. Semoga dengan bantuan rumah yang diberikan oleh LZS (MAIS) ini akan dapat meringankan beban mereka seterusnya dapat menjalani hidup dengan lebih selesa selepas ini.
Turut hadir di majlis tersebut ialah En Huzairi Ibrahim, Eksekutif Jabatan Pembangunan Ummah LZS (MAIS), Ketua Operasi Wilayah Utara, Penghulu Mukim , pegawai-pegawai LZS (MAIS) serta penduduk kampung yang berhampiran.

Selasa, 14 Februari 2012

Ehsan Yusa meninggal dunia.

Ehsan bin Yusa, ahli kariah Kg Pt 4(58) tahun kembali ke rahmatullah jam 6.41 petang Isnin 13/02/2012 kerana masalah Komplikasi Hati.Allahyarham yang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah 3 hari sebelumnya. Keadaannya makin bartambah kronik dan Dr menasihatkan akar di bawa pulang pada tengahari 13/2/2012. Kepada keluarga allahyarham, semoga tabah menghadapi dugaan, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. al fatehah.