Ahad, 9 Ogos 2009

Pertandingan Menghafal Hadith 2009

SHAH ALAM, 9 Ogos - Sempena menyambut kedatangan Ramadhan pada penghujung bulan ini, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil inisiatif menganjurkan Musabaqah Menghafal Hadis peringkat Parlimen Ampang.

Program selama sebulan setengah, berakhir hari ini, merupakan penganjuran julung kalinya diadakan di Selangor yang sebelum ini hanya diberi penekanan kepada Al-Quran semata-mata.

Program yang diilhamkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin ini harus dipuji kerana secara tidak langsung dapat mengembalikan semula kegemilangan Islam yang kaya dengan pelbagai panduan hidup.

“Untuk mengingatkan kita bahawa usaha yang saudara lakukan ini merupakan satu usaha mencari balik kegemilangan Islam dan pada masa tersebut Islam sungguh dihormati oleh masyarakat seluruh dunia”, kata Menteri Besar.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian ketika menutup program berkenaan di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), tengah hari tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan