Isnin, 24 Ogos 2009

Program TAWAS Genap Setahun 30 Ogos.

SHAH ALAM, 15 Ogos - Tabung Warisan Anak Selangor atau TAWAS akan mencapai usia setahun pada akhir bulan ini dan telah mempunyai lebih 10,000 keluarga sejak dilancarkan, 30 Ogos tahun lalu.

Anak-anak Selangor ini yang dianugerahkan kad si Manja Tawas bernilai 100 ringgit setiap seorang, akan menikmati hasilnya apabila mencapai umur 18 tahun.

Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, ahli jawatankuasa TAWAS semakin aktif menjalankan program jelajah bagi memperkenalkan skim ini.

Ia merupakan asset kerajaan negeri Selangor dalam melahirkan generasi kepimpinan pada masa akan datang.
“Kalau hari ini kita bimbing anak ini dengan baik, kalau hari ini kita fokuskan pembangunan insan dan pembangunan diri mereka lebih baik, 20tahun akan datang, mereka adalah merupakan bakal pemimpin pemimpin yang akan membawa satu urus takbir negeri yang begitu baik, begitu transparent dan begitu tanggungjawab”,katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Bersama Kuwait Financial House dan Penyerahan Kad Si Manja Tawas di Dewan Kiambang, Seksyen7 Shah Alam, pagi tadi.
Program ini turut diisi dengan taklimat daripada wakil Kuwait Finance House yang mendedahkan ibu bapa tentang kepentingan jaminan kewangan dalam sebuah institusi keluarga.
Rodziah menambah,“Pendedahan kepada ibu ibu untuk keluarga tentang perlunya kita membuat financial security untuk family sebab itu kita jemput Kuwait Finance House untuk menceritakan bentuk bentuk program yang dia ada.Ini untuk tunjuk dalam kita menjaga family kita,keperluan untuk kita memikir masa depan yang lebih jauh itu penting”

Seramai 300 bayi kelahiran Selangor, hari ini menerima Kad Si Manja Tawas yang melayakkan mereka menerima 100 ringgit daripada kerajaan negeri sebagai perlaburan awal.Nilai ini dijangka meningkat kepada 1,500 ringgit apabila mereka mencecah usia 18 tahun.Selain taklimat, persembahan nasyid, pertandingan bayi comel dan cabutan bertuah turut menyerikan program pada hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan