Ahad, 27 September 2009

Giatkan Program Pelancongan

SHAH ALAM, 27 September - Kerajaan negeri Selangor dalam usaha memikirkan pelbagai cara untuk mempergiatkan lagi program-program pelancongan yang lebih menarik di negeri ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor akan mewujudkan produk-produk pelancongan yang bertaraf antarabangsa seperti di Negara jiran iaitu Singapura yang mementingkan perkhidmatan pelancongan kepada pelancong.
“Antara perkara yang mula kita fikirkan adalah akan merancangkan factory outlet setengah jam dari KLIA, dapat menggunakan masa mereka, untuk mereka berurusniaga, kita mula memikirkan sebab kita dapati sebahagian besar daripada the time, Singapura telah menggunakan kesempatan itu untuk mereka pergi dan melawat di sana,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian penutup pada persidangan sempena Hari Pelancongan SeDunia peringkat negeri Selangor di Dewan Raja Lumu, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, hari ini.
Menurutnya, kerajaan negeri akan sentiasa menyokong penuh tindakan mana-mana pihak yang mahu mempertingkatkan kemajuan pelancongan dalam negeri ini.
Ia kerana ia selaras dalam membentuk kemajuan ekonomi di sesebuah negeri kerana ia berhubung kuat dengan industri pelancongan.
“Kejayaan sustainability of the economy in services sector is relate to tourism industry, itu sebab pada kita di negeri Selangor, sangat penting bagi kita untuk meraikan hari pelancongan sedunia ini yang mana….untuk mengadakan bengkel ini,” katanya.
Bagaimanapun kata Tan Sri Khalid, pelbagai usaha yang dilakukan jika tanpa sokongan masyarakat, pasti tiadak akan berjaya.
Justeru itu, sokongan masyarakat dalam usaha ini penting bagi memastikan ia mencapai kejayaan sekaligus menarik pelancong ke destinasi-destinasi yang ada di Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan