Ahad, 13 September 2009

Sultan Selangor Sampai Sumbangan


Sabak Bernam,13 Sept.-Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 290 anak yatim, fakir, miskin dan saudara baharu sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Al-Fitrah Kampung Banting, Sabak Bernam, Jumaat lalu.
Mereka menerima bantuan sebanyak RM100 setiap seorang, manakala asnaf RM200 setiap seorang.
Beberapa penerima yang ditemui melahirkan rasa terharu sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin dengan masalah yang mereka hadapi.
Lebih terharu apabila sumbangan ini disampaikan sendiri oleh baginda sultan dalam majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Seorang penerima,Mohd Zalil Rashid berkata,“Alhamdulillah saya mendapat sumbangan daripada Sultan Selangor,dapatlah semua,dapatlah sumbangan itu nak buat beli makanan,beli kuih raya,yang patut patut”.
“Semua duit ini untuk guna terbaik untuk beli barang untuk anak anak2,baju ke,untuk,guna seperti untuk yang terbaik untuk baik jer”kata seorang lagi penerima dari golongan saudara baru,Kamal Abdullah.
Seorang lagi seorang saudara,Nur Jannah Abdullah menambah,“Perasaan gembira,boleh meringanan beban untuk raya,sambut raya”.
Siri jelajah baginda ke seluruh negeri ini merupakan salah satu daripada program Ihya’ Ramadhan 2009 untuk menemui rakyat, berbuka puasa dan menunaikan solat sunat tarawih berjemaah.
Sumbangan yang disampaikan pula sedikit sebanyak diharap dapat membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan untuk menjalani ibadah ramadhan dan menyambut aidil fitri kali ini.
Kira-kira 1,500 penduduk setempat hadir pada majlis berbuka puasa bersama Sultan di perkarangan Masjid Al-Fitrah, Kampung Banting ini.
Turut hadir, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Exco Selangor, Abdul Samad dan Dr Halimah Ali, serta Pengerusi MAIS Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan