Selasa, 6 Oktober 2009

4,300 Jemaah Haji Selangor


SHAH ALAM, 4 Okt - Setiap kali tibanya bulan Zulhijjah, umat Islam seluruh dunia berpusu-pusu mengunjungi Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadat haji yang difardhukan ke atas muslim yang mampu sahaja.
Tidak ketinggalan umat Islam negara ini khususnya di Selangor, dijangkakan seramai 4,300 jemaah haji bakal menunaikan rukun Islam kelima itu setelah selesai mengikuti kursus haji.
Sehubungan itu, Lembaga Tabung Haji (LTH) Selangor semalam menganjurkan Kursus Perdana Haji Intensif yang bermula hari ini dan berakhir Ahad ini yang bakal disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Kita anggarkan dalam 4,300 jemaah haji yang menghadiri kursus haji perdana di peringkat negeri Selangor pada hari ini. Kursus ni merupakan kursus dua hari iaitu 3 dan 4 haribulan yang mana merupakan kemuncak daripada siri-siri kursus haji yang telah diadakan pihak tabung haji Selangor di seluruh daerah di negeri Selangor ini”, kata Ridza.
Pengarah Lembaga Tabung Haji Selangor, Md. Ridza Md. Zain berkata demikian kepada Tv Selangor ketika kursus haji perdana sedang dijalankan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Kursus Haji dua hari tersebut merupakan siri terakhir daripada 17 kursus yang sudah dijalankan di setiap daerah seluruh Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Dalam pada itu, dalam kebimbangan negara dengan penularan wabak Influenza A H1N1, pihak LTH sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat saringan dan memberi rawatan susulan kepada mereka yang dijangkiti.
“Dengan kerjasama pengurusan kesihatan, kita akan buat screening ataupun injection-injection. Besok dalam satu slot di mana Kementerian Kesihatan akan memberi penerangan kepada semua jemaah haji”, katanya lagi.
Selain itu, kursus haji kali lebih memberi penekanan kepada praktikal dan amali pelaksanaan ibadat haji sebenar di Tanah Suci kelak nanti, dimulai dengan tawaf mengelilingi ka’abah, sa’ie, berada di Muzdalifah dan melempar jumrah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan