Jumaat, 2 Oktober 2009

Sistem E-KPI Selangor

KUALA LANGAT, 1 Oktober - Kerajaan Selangor hari ini bercadang mewujudkan sistem penilaian prestasi kerja yang dikenali sebagai “E-KPI” kepada pemimpin setiap peringkat di Selangor, dua bulan lagi.Penilaian ini turut membabitkan Menteri Besar, Exco Selangor, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Majlis dan Ketua Kampung di seluruh Selangor.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, ia adalah inisiatif Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memastikan pemimpin yang dilantik, mencapai prestasi yang ditetapkan agar kredibiliti mereka tidak dipersoalkan kelak oleh mana-mana pihak.
“E-KPI ini satu program soal selidik tentang Key Performance Indicator yang telah kita tetapkan kepada setiap ADUN, Ahli Majlis, Exco, Ketua Kampung dan sebagainya, dia ada beberapa perkara yang dia perlu isikan prestasi dia dalam bentuk Internet, contohnya kalau bulan ni, kalau kata berapa banyak dia turun padang, apa isu dia selesaikan, jadi dia boleh isi dan dari situ kita akan pantau sejauh mana efisiennya ataupun ahli majlis itu peruntukan masanya dia berikan dan bagaimana dia melaksanakan tugasan dia”, katanya.
Rodziah berkata demikian kepada Tv Selangor selepas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan