KUALA LUMPUR: Pembangunan luar bandar yang menjadi
fokus kerajaan negeri Selangor pada penggal kedua ini, bukan sahaja
perlu dirancang malah perlu dilaksanakan agar rakyat negeri ini mendapat
manfaat sebaiknya.
Proses ini perlu ada pelaksanaan di mana
Kerajaan Selangor pada permulaannya bercadang untuk mengadakan dua forum
berhubung pembangunan luar bandar atau Anjung Utara, sebelum belanjawan
negeri dibentangkan.
Menurut Menteri Besarnya Tan Sri Khalid
Ibrahim, pada November ini kerajaan akan memperjelaskan secara
terperinci antara lain belanjawan untuk program-program desa dan luar
bandar.
"Apabila kita sebut desa-desa ada sesetengah kampung
dikelilingi oleh bandar dan ada di pinggir bandar dan ada di kampung,
jadi kita ambil kira kesemuanya," jelas beliau dalam sidang medianya
baru-baru ini.
Penggal kali ini, Kerajaan Selangor akan memberi fokus kepada Anjung Utara yang belum sempat dilaksanakan pada penggal lalu.
Usaha
pembangunan tersebut meliputi pembinaan infrastruktur seperti jalan
raya dan bangunan komersial, selain penjanaan industri kecil dan
sederhana serta besar bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk
belia.
Dasar pembangunan desa dimulakan pada penggal lalu oleh
pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor yang mana objektifnya adalah supaya
rakyat luar bandar tidak perlu berhijrah ke bandar untuk mencari
pekerjaan dan perumahan yang setaraf dengan masyarakat bandar.
Antara
inisiatif yang dimulakan untuk memenuhi objektif tersebut adalah
pembinaan Projek Rumah Mampu Milik di Sabak Bernam dan lebih banyak
pusat komersial di Kuala Selangor.
Kerajaan negeri bawah pimpinan Khalid telah mengumpulkan sejumlah RM2.6 bilion dalam bentuk rizab.
Anjung
Utara termasuklah lima kerusi yang gagal ditawan Pakatan Rakyat pada
PRU13 lalu, iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang, Kuala
Selangor dan Hulu Selangor. Kesemuanya berada di utara Selangor dan di
kawasan pengundi Melayu.
Jika ini yang hendak dilakukan Khalid
bermakna kawasan Anjung Utara inilah yang bakal menjadi sasaran
pembangunan Selangor sepanjang penggal lima tahun kedua beliau menjadi
MB Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan