SHAH ALAM 26 NOV : Kerajaan negeri akan memberikan bantuan secara
pinjaman wang kepada petani yang perlu dibayar semula dalam bentuk
hasil, menjelang 2014.
Exco Pertanian, Sallehen Mukhyi, berkata langkah itu diambil bagi
membentuk sahsiah diri petani yang berdisiplin, tekun dan serius dalam
perusahaan pertanian yang diceburi.
“Contohnya,
pihak yang terima pinjaman perlu membayar jumlah hasil pada masa ia
dikeluarkan sehingga mencapai tahap jumlah nilai yang dipinjam.
“Hal ini kerana, kita tidak mahu lagi dengar berita kurang baik
seperti sebelum ini iaitu apabila bagi bantuan anak ayam, tetapi tidak
sempat jejak ke tanah dan kita beri enjin bot, dijualnya pula,” katanya.
Beliau berkata demikian di Sidang Dewan Negeri Selangor bagi menjawab
soalan berkenaan rancangan meningkatkan hasil pertanian di Selangor.
Sallehen (PAS-Sabak) berkata, kerajaan negeri juga kini dalam
pertimbangan untuk mengusahakan tanah terbiar bagi memperoleh hasil
seperti yang dicapai ptahun lalu iaitu RM 45,500.
“Namun terdapat masalah apabila tanah itu adalah milik individu. Kita
harap pihak jabatan pertanian akan mengadakan perbincangan dengan
individu terbabit supaya tanah terbiar itu dapat diusahakan secara
maksimum melalui usahasama,” katanya.
Mengulas perusahaan tanah simpanan milik Telekom dan Keretapi Tanah
Melayu (KTM), Sallehen menjelaskan setiap pengusaha yang berminat perlu
melakukan perbincangan terus dengan syarikat bertanggungjawab.
Katanya, kerajaan negeri tidak akan memberikan kelulusan, peruntukan
dan bantuan kepada pengusaha yang tidak mendapatkan kebenaran pihak
syarikat terlebih dahulu.
KAMPONG PARIT 4, SUNGAI HAJI DORANI, 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR manafmusa@yahoo.com
Selasa, 26 November 2013
Jumaat, 8 November 2013
Rezab negeri hanya untuk projek penting
SHAH ALAM 9 NOV : Rizab negeri yang
dianggarkan berjumlah RM2.6 bilion hanya akan digunakan untuk
melaksanakan projek penting dan kritikal serta tidak akan dibelanjakan
sesuka hati.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang
Khim, berkata rizab simpanan sedia ada mempunyai jumlah yang besar
secara relatif, namun hanya akan digunakan jika berlaku kecemasan
seperti pembinaan jambatan ketiga Klang untuk mengurangkan kesesakan di
kawasan itu yang menelan kos kira-kira RM600 juta.
Beliau berkata, menjadi amalan biasa bagi kerajaan di seluruh dunia
menyimpan rizab yang tinggi supaya dapat menampung perbelanjaan jika
berlaku kegawatan ekonomi.
“Melihat kepada belanjawan negeri pada kadar RM1.6 bilion untuk tahun
2013, jelas menunjukkan rizab kita bukan besar sangat. Berkemungkinan
belanjawan untuk tahun hadapan lebih tinggi memandangkan kos pentadbiran
dan pembangunan perlu dipertingkatkan.
“Simpanan tidak bererti kita kena gunakan. Andai kata ekonomi
Selangor teruk pada tahun depan, maka dengan adanya rizab ini kita boleh
bertahan,” katanya.
Chang Kim berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan
sesetengah pihak yang mempersoalkan keengganan kerajaan negeri
menggunakan rizab walaupun nilainya kini mencecah berbilion ringgit.
Isu itu timbul selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dilaporkan berkata, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
seharusnya mengimbangi perbelanjaan dengan simpanan kewangan kerajaan
negeri dalam satu forum, di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Sebaliknya, Anwar menyukai cara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Eng yang berjaya menguruskan belanjawan seimbang dan sebagai menjawab
pandangan Anwar itu, Abdul Khalid berkata, usaha mengumpulkan dana
adalah jauh lebih sukar berbanding membelanjakan dana sedia ada.
-
Langgan:
Catatan (Atom)