Isnin, 16 Ogos 2010

MB Rai Pengerusi JKKK dalam Majlis Berbuka Puasa

SHAH ALAM, 12 Ogos – Seramai 380 ketua-ketua kampung termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) semalam diraikan dalam satu majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Ahli Dewan Negeri Selangor di kediaman rasminya di sini malam semalam.

Abdul Khalid berkata majlis yang diadakan ini bertujuan merapatkan silaturrahim serta menambah baik kerjasama dan persefahaman antara pemimpin kerajaan negeri dengan pegawai-pegawai JKKK sekaligus dapat memperbaiki sistem penyampaian kepada rakyat Selangor.

Selain umat Islam, Abdul Khalid turut mengundang beberapa Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen bukan beragama Islam untuk bersama-sama meraikan bulan Ramadan.

Beliau di dalam ucapan alu-aluannya menyebut amat berbesar hati di atas kehadiran begitu ramai pemimpin-pemimpin negeri Selangor, ramai ketua-ketua kampung dari seluruh negeri Selangor dan berharap usaha tersebut dapat dipanjangkan ke daerah-daerah untuk dapat meningkatkan silaturrahim antara muslimin dan muslimat

Selain berbuka puasa bersama Menteri Besar, tetamu yang hadir turut bersama-sama menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta disudahi dengan solat Tarawih secara berjemaah.

Dalam pada itu Pegawai Penyelaras Menteri Besar Selangor, Abdul Rahman Talib memuji usaha yang dilakukan dan ia perlu diteruskan di setiap daerah bagi memberi kefahaman tentang beberapa program kebajikan yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk manfaat rakyat Selangor.
“Meskipun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sibuk dengan urusan pentadbiran kerajaan negeri namun beliau masih sempat meluangkan masa berbuka puasa bersama Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selangor serta 380 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di kediaman rasminya di Shah Alam hari ini,” katanya.

Rabu, 7 Julai 2010

Isra Mikraj & Kursus Jenazah

Majlis tersebut akan diadakan pada :

Isra dan Mikraj 1431
Hari : Jumaat malam Sabtu
Tarikh : 16 Julai 2010
Masa : Lepas Isya'
Penceramah : ustaz Mohd Razali bin Saari

Kursus Pengurusan Jenazah
Hari : Sabtu
Tarikh : 17 Julai 2010
Masa : 0800 hingga 1230 Tengahari
Fasilitator : Hj Mohtar bin Yamin (l)
: Ustazah Rosnah bt bakri (p)

Muslimin muslimat di jemput hadir.
Jamuan disediakan.

Rabu, 5 Mei 2010

Pelancaran PADAT

SHAH ALAM, 5 Mei – Kerajaan Negeri akan mengadakan Majlis Pelancaran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan (Padat) di Stadium Malawati, Shah Alam malam ini.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, majlis itu akan disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Padat ditubuhkan pada 18 Jun tahun lalu bertujuan untuk membangun, memelihara dan menyebarkan adat Melayu serta warisan negeri secara meluas.

“Penubuhannya berkaitan dengan budaya masyarakat Selangor dan ia merangkumi sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan dan karya seni,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Katanya, penubuhan badan itu juga adalah satu usaha untuk mengembalikan ‘persekitaran’ warisan serta adat budaya negeri ini.

“Di sebalik kemajuan, kita ketinggalan jiwa halus manusia terutama berkaitan adat budaya dan warisan negeri.

“Kita tidak mempunyai identiti budaya seperti yang ada di Bali ataupun di Jepun. Oleh itu kita perlu ‘menggali’ khazanah serta warisan yang kita ada supaya ia tidak hilang begitu sahaja,” katanya.

Sistem Bayaran TNB, Pengguna Merungut

SHAH ALAM, 6 Mei – Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya lebih sensitif dengan kebajikan rakyat dengan tidak mengamal sistem bayaran bil penggunaan elektrik dua bulan sekali.
Merujuk masalah di Perak yang kian menular di Selangor, beliau berkata, TNB tidak wajar menghantar bil tertunggak bulan pertama yang ditunda ke bulan kedua hingga membebankan pengguna.
Penggunaan sistem bacaan penggunaan elektrik dua bulan sekali mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penduduk di Ipoh, Perak yang mendesak TNB menukar cara lama dengan menghantar bil setiap bulan.
Pengguna di Selangor juga semakin tertekan dengan pelaksanaan TNB ini dan rungutan mereka berhubung bil elektrik semakin bercambah.
“TNB tidak perlu menghantarkan bil dua bulan sekali, TNB ialah sebuah syarikat swasta di mana sahamnya diurusniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur.
“Saya ingat salah satu bukan baik untuk mereka dengan lebih peka kepada pengguna dan dengan harga kesempurnaan terutamanya dengan harga monopoli,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pelihara Warisan Turun Temurun




SHAH ALAM, 5 Mei – Sultan Selangor hari ini bertitah bahawa adat dan warisan yang diamal sejak turun temurun perlu dipelihara dan dipraktikkan oleh semua kaum agar Selangor menjadi sebuah negeri yang mempunyai budaya sopan
santun dan budi bahasa yang tinggi.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah apa yang dikatakan adab adalah menghormati ibu bapa, orang tua, jiran tetangga, ketua dan pemimpin selain berbudi bahasa serta tidak melakukan sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan maruah orang lain.
Sultan Selangor bertitah baginda menyentuh isu adab kerana dewasa ini gejala ‘kurang beradab’ berleluasa dalam kalangan masyarakat di negeri ini kononnya kerana masyarakat moden.
“Sayangnya kurang beradab ini dilakukan oleh mereka yang berjawatan besar dan penting, berkelulusan tinggi dan professional. Kurang beradab bukan sahaja dilakukan di tepi-tepi jalan tetapi juga di tempat mulia dan tinggi,” titah
Baginda pada perasmian Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) di sini, malam ini.
Baginda bertitah masyarakat berbilang kaum di negeri ini juga perlu memahami dan menghormati adat resam semua kaum bagi mengelakkan berlaku salah faham atau kekeliruan sekaligus mewujudkan kaharmonian dan kesejahteraan di kalangan masyarakat.
Sultan Sharafuddin bertitah baginda percaya adab yang diamalkan oleh nenek moyang sejak dahulu itu perlu diterap dalam sistem pembelajaran.
Baginda turut meminta Padat yang dilancarkan malam ini supaya bukan sahaja memelihara adat dan warisan Melayu di Selangor tetapi turut menunjukkan betapa pentingnya adab dalam masyarakat berbilang kaum.
“Beta mengharapkan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor dapat menumpukan perhatian kepada penerokaan, pengkajian, persembahan dan penonjolan Adat Melayu dan Warisan Selangor yang keasliannya dapat dipertahankan melalui usaha penyelidikan.
“Beta sedar adalah tidak mudah untuk menonjolkan intipati adat budaya yang bersusurgalurkan warisan negeri Selangor sepenuhnya,” titah baginda.
Bagi mencapai matlamat ini, Baginda menyarankan Padat menjejaki dan mengenalpasti sumber-sumber Adat Budaya dan Warisan Selangor seterusnya melakukan penyelidikan saintifik ke atas penemuan-penemuan it

Rabu, 28 April 2010

Program Ziarah Asnab Miskin

Program Ziarah Asnab Miskin JKKK Kg parit 3,4 akan diakan pada 30/4/2010 (Jumaat) selepas solat Jumaat. Program akan disertai Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Panjang, ustaz Fadzlin Taslimin & Ketua Kampung Hj Maad Hj Adenan. Selain beramah mesra, menyelami permasalahan penduduk, bertanya khabar, disamping menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas tanda simpati JKKK kepada masyarakat yang memerlukan. Sambil mengucapkan syukur dan terima kasih atas kunjungan dan sumbangan yang diberikan. Syabas, semoga usaha ini akan diteruskan.







Al Fatehah

Puan Fatimah @ Patmah kembali karahmatullah jam 12.50 malam Rabu (28//4/2010) di HTAR Klang. Jenazahnya tiba di rumah jam 3.00 pagi. Allahyarhmah meninggal dunia kerana sakit tua.Allahyarhamah dikebumikan ditanah perkuburan Masjid Makmuriah Sungai Besar. Kepada keluarga allahyarhamah, didoakan agar tabah menghadapi hari hari mendatang. Semoga allahyarhamah ditempatkan bersama sama orang yang soleh. Al Fatehah.