Ahad, 28 Februari 2010

Kitab Baru Mulai Tahun Depan

SHAH ALAM, 24 Feb- Semua Sekolah Rendah Agama (SRA) di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menggunakan buku teks baru mulai tahun depan yang akan memberi penekanan lebih kepada aspek penghayatan berbanding penghafalan.
Pengarah Jais Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata proses penyediaan buku teks itu kini dalam penelitian akhir melalui semakan oleh 53 pengarang buku berpengalaman dalam bidang pengajian agama.
“Kami juga sudah lantik pengarang buku yang berpengalaman untuk mengkaji semula buku teks yang sedang digunakan bagi menambah baik kurikulum pengajian,
yang mementingkan ilmu praktikal untuk dihayati berbanding hanya belajar dan menghafal sahaja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu Mohamed Khusrin melancarkan Modul Kekeluargaan Keluarga Sakinah Selangor yang merupakan program kesedaran dan penghayatan kekeluargaan iaitu kesinambungan kepada kursus nikah atau kursus pasca nikah.
Merujuk kepada modul itu, Mohamed Khusrin berkata ia merangkumi lima perkara utama termasuk isu berkaitan zina, di samping berusaha menyedarkan masyarakat tentang kesan buruk akibat perbuatan itu, yang termasuk kejadian pembuangan bayi dan kelahiran bayi tidak sah taraf.
“Modul kekeluargaan ini akan diterangkan kepada masyarakat bukan sahaja di surau atau masjid tetapi juga di kilang-kilang, sekolah dan pusat pengajian tinggi di seluruh Selangor dalam usaha memberikan kesedaran bagi melahirkan generasi yang cemerlang,” katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain Mohamed Khusrin berkata berdasarkan rekod kes-kes penceraian, antara punca menyebabkan berlaku penceraian di kalangan pasangan berkahwin pada hari ini adalah akibat tanggungan hutang selepas melangsungkan perkahwinan

GST Tak Sesuai?

SHAH ALAM, 25 Feb - Pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di luar negara berjaya dibuat berikutan jurang pendapatan sesama rakyat tidak besar seperti di Malaysia, sebaliknya ia menjadi beban kepada rakyat jika pelaksanaannya dibuat tanpa kajian menyeluruh.

Dalam Forum Awam Implikasi GST malam tadi, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, media arus perdana langsung tidak menjelaskan soal itu kepada rakyat.

Antara yang turut memberikan pandangan ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan En; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad.

“Perkara ini tidak dijelaskan dalam media bahawa salah satu perkara yang terpenting yang mesti diingatkan negara-negara yang berjaya mengutip GST dan menambahkan pendapatannya apabila jurang pendapatan masyarakat itu agak tidak luas maknanya pendapatan kebanyakan dari kumpulan kelas pertengahan tetapi di Malaysia perkara ini belum berlaku lagi.

Malah, Khalid juga berpendapat sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST sebaliknya usaha harus tertumpu kepada meningkatkan pendapatan rakyat.

“Itu sebab Pakatan Rakyat bersetuju ini bukan masanya untuk memberikan satu bentuk cukai yang baru. Ini bukan masanya. Masa ini adalah masa untuk membangunkan rakyat, mencari peluang supaya rakyat dapat meningkatkan pendapatan, mengatasi masalah jurang pendapatan,” katanya.

Beliau sebaliknya mencadangkan kerajaan persekutuan yang mendakwa prihatin masalah rakyat supaya mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting sambil mengurangkan kos kehidupan.

“Kurangkan kalau betul dia sayangkan rakyat, kurangkan kos tol jalan raya, kos air, kos elektrik, dan semua tu lebih baik daripada mengadakan GST dan kurangkan perbelanjaan perkara-perkara yang tak perlu dan dengan itu kerajaan melebihkan wang untuk pembangunan,” katanya.

Kitab Percuma SAR mulai 2011

SHAH ALAM 27 Feb - Semua pelajar sekolah rendah agama di Selangor baik dari keluarga miskin ataupun sebaliknya bakal menerima pinjaman buku teks mulai tahun 2011.

Demikian jaminan yang diberikan EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Beliau bercakap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru di Sekolah Rendah Agama Seksyen 3 di sini pagi ini, yang dihadiri lebih 50 ibu bapa murid sekolah berkenaan.

“Kita merancang untuk mengurangkan beban bayaran pihak ibu-bapa melalui skim buku teks yang diperlukan sekolah-sekolah agama yang mengikuti program JAIS,” kata Halimah.

Skim pinjaman buku teks ini mengutamakan mereka yang berpendapatan rendah iaitu bawah RM1,500 tetapi jika peruntukan mencukupi, semua golongan akan menerima kemudahan itu.

Sabtu, 27 Februari 2010

Majlis Penyampaian Watikah Ketua Kampung

Majlis penyampaian Watikah Ketua-ketua Kampung Negeri Selangor akan diadakan pada ketetatan berikut :-
Tarikh : 8 March 2010
Hari : Isnin
Masa : 12.00 Tengahari
Tempat : Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam.
Pakaian : baju Melayu

Ketua kampung dan Ahli JKKK dijemput hadir.

Rabu, 10 Februari 2010

Takziah dan Innalillah...

Pengerusi dan Ahli Jawatan kuasa kemajuan dan keselamatan kampung parit 3,4 merakamkan ucapan takziah buat keluarga Sarah bte Bardan yang kembali kerahmatullah pada hari Selasa 9/2/2010 yang lalu dan keluarga Sadri bin Anang yang kembali kerahmatullah pada hari ini 11/2/2010. Semoga tabah menghadapinya. 'Semua yang hidup pasti akan merasai mati'. Al fatihah.

Hj Maad Hj Adnan
Pengerusi JKKK Pt 3,4

Isnin, 8 Februari 2010

Program Peningkatan Hasil Padi

Hari : Selasa
Tarikh : 9/2/2010
Masa : Jam 830 pagi
Tempat : Balai JKKK Parit 4 Sg HJ Dorani.
Sasaran : Semua Ahli Blok A15,A16,A17,A18,A19 dan A20.
Penceramah : Abu Hasan bin Long.( Penolong Pegawai Pertanian Daerah )

Hj Abdul Manaf Musa
Setiausaha.

Isnin, 25 Januari 2010

Tingkakan Pendapatan Pesawah

SHAH ALAM 25 Jan - Usaha berterusan kerajaan Selangor membantu golongan pesawah keluar dari garis kemiskinan mula membuahkan hasil.

Projek Peningkatan Hasil Padi yang dilaksanakan sejak Pakatan Rakyat menerajui negeri ini berjaya meningkatkan pendapatan pesawah sebanyak 1,500 ringgit berbanding 750 ringgit sebelum ini.

Selangor juga mencatatkan purata hasil tertinggi iaitu 5.1 tan sehektar di Semenanjung Malaysia.

Walaupun Selangor hanya mempunyai 9.5 peratus kawasan jelapang padi di Barat Laut berbanding 191,191 hektar di Malaysia, pencapaian projek ini amat membanggakan sejak Pakatan Rakyat menarajui negeri ini.

Projek yang melibatkan seluas 18,355 hektar ini dipantau selia Exco Permodenan Pertanian Selangor, Yaakob Sapari membolehkan peserta meraih pendapatan lebih 1,500 ringgit sebulan berbanding 750 ringgit sebelum ini.

“Namun begitu hasil kawasan Jelapang Padi Negeri Selangor ini mengikut tahap pengeluaran hasil sehektar merupakan mencatatkan hasil tertinggi iaitu 5.1 tan sehektar semusim berbanding dengan purata keseluruhan Jelapang Padi di Semenanjung Malaysia, yang mana mencatatkan 3.95 tan sehektar semusim” katanya.

Pengarah Jabatan Pertanian Selangor, Ahmad Zakaria Mohamad Sidek bercakap kepada Tv Selangor yang ditemubual di pejabatnya baru-baru ini.

Katanya, projek peningkatan hasil padi yang dimulakan pada awal tahun lepas melibatkan seramai 9,332 pesawah yang terbahagi kepada 8 blok pengairan iaitu 6 blok di Sabak Bernam manakala 2 blok lagi terletak di Kuala Selangor.

Zakaria turut berkongsi rahsia kejayaan projek ini apabila mengguna pakai sistem penanaman padi secara berjadual.

“Sebenarnya memang bagi pesawah dia tak boleh lari daripada ikut jadual penanaman, sebab jadual penanaman ni bergantung kepada bekalan air yang disediakan melalui sistem pengairan yang diselenggarakan oleh JPS bagi keseluruhan kawasan itu” tambahnya lagi.

Tambahnya, Jabatan Pertanian Negeri Selangor turut menerbitkan Buku Model Peningkatan Hasil Padi Negeri Selangor berasaskan hasil penyelidikan dari MARDI sekaligus membantu pesawah meningkatkan pendapatan mereka.

“Kita juga memperkenalkan beberapa teknologi, kita bermula dari persediaan tanah itu, kita bermula dengan perataan tanah, kita menggunakan teknologi laser bagi sukatan untuk pastikan kita dapat kerataan tanah yang seragam bagi sawah itu adalah penting sebabnya apabila air sampai di sawah, paras keseluruhan petak sawah seragam jadi apabila kita menyemai padi secara taburan itu, pertumbuhan pokok akan seragam, dalam pada masa yang sama juga penjagaan kawalan rumpai mudah memudahkan petani dalam kawalan rumpai.

Dipetik dari,
Selangor Kini.