Jumaat, 28 Januari 2011

Stadium Malawati penuh sesak Solat Hajat

SHAH ALAM, 10 Jan – Dianggarkan lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, di sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) hadir antaranya, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan KEADILAN, Azmin Ali, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.Solat Maghrib secara berjamaah diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, manakala tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidakadilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.

Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.

Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden.

Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan