Isnin, 7 Februari 2011

Hari Padi 2011

Berita dan gambar akan menyusul esok, insyaallah.

Jumaat, 28 Januari 2011

Kembali kuasa kepada Sultan, MB langkah tepat- Dr Manuty

PETALING JAYA 4 Jan – Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) yakin usaha mengembalikan kuasa perlantikan pegawai kanan eksekutif kepada Sultan dan Menteri Besar adalah langkah tepat memulihkan institusi Raja Berperlembagaan.

Ketua Penerangannya, Dr Mohd Nur Manuty berkata, KEADILAN menyokong penuh sidang tergempar Dewan Negeri Selangor (DNS) yang akan dipanggil dalam masa terdekat untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan mengembalikan kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang kepada yang berhak.

Umno-Barisan Nasional (BN) secara paksa telah mencabut kuasa perlantikan itu walaupun mendapat bantahan daripada Majlis Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1993.

“KEADILAN berkeyakinan usaha mengambalikan semula kuasa perlantikan tiga pegawai eksekutif adalah langkah konkrit untuk mengangkat kembali martabat Institusi Raja Berperlembagaan sebagaimana yang diputuskan sebagai dasar bersama Pakatan Rakyat (Pakatan).

” KEADILAN merakamkan kesyukuran ke bawah DYMM Sultan Selangor yang telah memberi perkenan menyerahkan kembali urusan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada kebijaksanaan Menteri Besar Selangor untuk mencari jalan penyelesaian dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),” jelasnya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Selangor diancam krisis perlembagaan selepas Kerajaan Pusat melantik bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor(Jais), Datuk Mohd Khusrin Munawi secara senyap.

Media melaporkan bahawa pihak istana memperkenankan perlantikan itu.

Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana kuasa sedemikian ditarik Umno-BN.

“Hakikatnya kuasa perlantikan para pegawai telah dihapuskan oleh Umno dalam pindaan perlembangaan secara paksa pada tahun 1983 dan 1993, meskipun telah ditolak oleh Majlis Raja-Raja Melayu ketika itu.

“Umno bersedia memperalatkan apa jua institusi negara demi mengekalkan kuasa dan pelbagai pengkhianatan yang dilakukan terhadap rakyat dan negara selama ini,” katanya.

Henti berpolitik, Khusrin wajib laksana dasar kerajaan negeri – Sultan

SHAH ALAM 6 Jan – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Khusrin Munawi untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengikut tata cara yang ditetapkan.

“Beta menitahkan supaya Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang memerintah Selangor mengikut undang-undang dan peraturan semasa,” titah baginda pada majlis di Istana Bukit Kayangan pagi tadi.

Sultan Sharafuddin juga tidak mahu isu perlantikan Khusrin diperbesar atau dipolitikkan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

“Beta ingin menegaskan, perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ini adalah mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Perlembagaan Persekutuan,” tambah Sultan Sharafuddin.

Pada majlis itu, Tuanku mengurniakan darjah kebesaran kepada Raja Muda Selangor selain memperkenan menerima lafaz ikrar sumpah setia Khusrin dan beberapa pihak lain.

Dalam ucapannya, Sultan Sharafuddin sekali lagi menegaskan baginda tidak menyebelahi mana-mana parti politik tetapi hanya mahu Selangor sentiasa aman dan rakyatnya hidup dalam keadaan harmoni dan tolong-menolong.

Baginda menjelaskan, gandingan bersama istana dan kerajaan negeri diperlukan bagi melakukan yang terbaik bagi Selangor.

“Datuk Menteri Besar sentiasa menghadap Beta sekurang-kurangnya seminggu sekali. Semasa sesi menghadap ini, Beta dan Datuk Menteri Besar sentiasa bertukar-tukar fikiran dan saling menasihati serta berbincang untuk mendapatkan sesuatu yang baik dan elok untuk negeri Selangor, titah Sultan Sharafuddin .

“Jika negeri Selangor ini aman dan tiap-tiap pihak menjalankan tugas dengan jujur, telus dan penuh komitmen, maka pembangunan dan kemajuan yang dicapai akan benar-benar dapat dikecapi oleh rakyatnya,” titah Sultan Sharafuddin .

“Beta menyeru dan menasihatkan supaya janganlah tiap-tiap perkara itu dipolitikkan kerana ia akan membebankan rakyat dan melambatkan proses kemajuan.

Beta juga bersyukur dengan limpah kurnia-Nya, Selangor masih berada dalam keadaan aman dan makmur sehingga kini,” tambah baginda.

Musim Mangatam Musim 2/2010 bermula.


Musim Mangatam bamula, mesen banih mula mamasuki bandang, kada sawat sajam talah sakaping. Purata pendapatan petani antara 5-8 tan sekeping bergantung kaluasan tanah. Bagaimanapun hujan yang turun hampir tiap patang mengusarkan mereka. tanah bandang luluk, padi di bandang rabahan,disamping padi angin, mesen kada kawa maambil rapat sampai ka tanah. Ada padi yang tarandam, kajadian hujan labat yang turun sejak saminggu. Apapun petani mengucapkan syukur dengan nikmat yang dianugerahkan Allah dengan mengunjungi masjid dan surau.Manyalamat tanda syukur, awan pulut kuning, balauk hintalo hayam gulai.

Stadium Malawati penuh sesak Solat Hajat

SHAH ALAM, 10 Jan – Dianggarkan lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, di sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) hadir antaranya, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan KEADILAN, Azmin Ali, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.Solat Maghrib secara berjamaah diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, manakala tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidakadilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.

Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.

Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden.

Harakahdaily

SHAH ALAM 13 Jan - Peruntukan RM 1 juta bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Adun) disambut baik sebagai berita gembira oleh wakil rakyat Paka

SHAH ALAM 13 Jan - Peruntukan RM 1 juta bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Adun) disambut baik sebagai berita gembira oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat (Pakatan) yang dihubungi TVSelangor.

Adun Taman Medan, Haniza Talha

Adun Taman Medan, Haniza Talha berkata, dengan adanya peruntukan RM1 juta ini, beliau yakin pembangunan infrastruktur di kawasannya dapat ditingkatkan untuk keselesaan rakyat.

Dua tahun katanya, beliau selaku Adun berusaha keras membantu menyelesaikan masalah rakyat di kawasannya dan peruntukan RM1 juta ini adalah berita gembira kepada beliau dan penduduk di kawasan Dun Taman Medan untuk melipatgandakan usaha pembangunan.

“RM1 juta untuk setiap Dun itu saya nampak boleh membantu. Satunya dari sudut mempercepatkan proses baik pulih atau apa-apa juga perkara yang boleh dibuat di bawah seliaan pejabat Adun,” kata Haniza yang juga Timbalan Speaker Selangor hari ini.

Menurut Haniza, selain peruntukan itu nanti dapat digunakan untuk menaik taraf jalan, jambatan dan perparitan, ia juga akan digunakan bagi tujuan menjaga kebersihan di kawasannya.

“Saya nampak dari sudut mengubah cara mereka berfikir. Sekarang kita berikan mereka persekitaran yang lebih selesa dan selepas ini kita juga akan bekerja ke arah membentuk pemikiran yang betul. Minda yang lebih positif, minda yang lebih terbuka terhadap pembangunan khususnya di bandar-bandar,” tambah Haniza lagi.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim

Sementara itu, menurut Adun Sekinchan, Ng Suee Lim pula, peruntukan RM1 juta ini bakal menyelesaikan banyak masalah di kawasannya.

Menurutnya, Sekinchan yang berada di kawasan luar bandar selalu berhadapan dengan masalah jalan berlubang, kini akan dapat diatasi dengan adanya peruntukan tersebut.

“Dengan adanya peruntukan ini masalah-masalah jambatan di kampung, jalan-jalan yang berlopak yang menghubungkan kawasan kampung akan dapat diatasi dalam masa yang terdekat,” katanya yang turut mengakui peruntukan RM1 juta itu tidak mencukupi, namun untuk permulaan, ia satu perkembangan yang baik.

Suee Lim menambah, beliau juga punya pendirian yang sama dengan Khalid dalam hal pembahagian peruntukan terhadap pembangkang di Selangor.

Ujarnya, tindakan kerajaan negeri Selangor itu setelah mengambil iktibar dari tindakan kerajaan Pusat sendiri.

“Memandangkan ahli-ahli parlimen kita tidak diberikan layanan yang setimpal dan adil oleh kerajaan Barisan Nasional, di mana mereka dinafikan peruntukan yang nilainya lebih RM1 juta setahun, mereka tidak dapat menikmati kemudahan ini. Maka dengan itu, saya bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Khalid, dan kita ikut juga langkah kerajaan Persekutuan,” kata Suee Lim.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan setiap ADUN Pakatan Rakyat di Dun Selangor akan menerima peruntukan berjumlah RM1 juta bagi menampung perbelanjaan membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan.

Difahamkan peruntukan tersebut akan diagihkan dalam tempoh tiga bulan ini.

Rabu, 26 Januari 2011

Hari Padi 2011

Hari padi 2011, insyaallah akan diadakan pada ;
Hari : Selasa
Tarikh : 8/2/2011
Masa : Mulai jam 900 pagi
Tempat : Perkarangan Surau Parit 3 Sg Hj Dorani.

Semua petani yang berkelapangan dijemput hadir. Insyaallah majlis menuai padi baru jenis 220CL akan diadakan selepas majlis perasmian. petani yang bertuah ialah En Abu Seman dari Taman Nirwana Sungai Besar. Petani yang bernasib baik insyaallah akan membawa pulang hamper yang disediakan.

Majlis anjuran JKKK parit 3,4
dan Ketua2 Blok A15,A16,A17,A18,A19,A20.