KUALA LUMPUR: Pembangunan luar bandar yang menjadi
fokus kerajaan negeri Selangor pada penggal kedua ini, bukan sahaja
perlu dirancang malah perlu dilaksanakan agar rakyat negeri ini mendapat
manfaat sebaiknya.
Proses ini perlu ada pelaksanaan di mana
Kerajaan Selangor pada permulaannya bercadang untuk mengadakan dua forum
berhubung pembangunan luar bandar atau Anjung Utara, sebelum belanjawan
negeri dibentangkan.
Menurut Menteri Besarnya Tan Sri Khalid
Ibrahim, pada November ini kerajaan akan memperjelaskan secara
terperinci antara lain belanjawan untuk program-program desa dan luar
bandar.
"Apabila kita sebut desa-desa ada sesetengah kampung
dikelilingi oleh bandar dan ada di pinggir bandar dan ada di kampung,
jadi kita ambil kira kesemuanya," jelas beliau dalam sidang medianya
baru-baru ini.
Penggal kali ini, Kerajaan Selangor akan memberi fokus kepada Anjung Utara yang belum sempat dilaksanakan pada penggal lalu.
Usaha
pembangunan tersebut meliputi pembinaan infrastruktur seperti jalan
raya dan bangunan komersial, selain penjanaan industri kecil dan
sederhana serta besar bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk
belia.
Dasar pembangunan desa dimulakan pada penggal lalu oleh
pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor yang mana objektifnya adalah supaya
rakyat luar bandar tidak perlu berhijrah ke bandar untuk mencari
pekerjaan dan perumahan yang setaraf dengan masyarakat bandar.
Antara
inisiatif yang dimulakan untuk memenuhi objektif tersebut adalah
pembinaan Projek Rumah Mampu Milik di Sabak Bernam dan lebih banyak
pusat komersial di Kuala Selangor.
Kerajaan negeri bawah pimpinan Khalid telah mengumpulkan sejumlah RM2.6 bilion dalam bentuk rizab.
Anjung
Utara termasuklah lima kerusi yang gagal ditawan Pakatan Rakyat pada
PRU13 lalu, iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang, Kuala
Selangor dan Hulu Selangor. Kesemuanya berada di utara Selangor dan di
kawasan pengundi Melayu.
Jika ini yang hendak dilakukan Khalid
bermakna kawasan Anjung Utara inilah yang bakal menjadi sasaran
pembangunan Selangor sepanjang penggal lima tahun kedua beliau menjadi
MB Selangor.
KAMPONG PARIT 4, SUNGAI HAJI DORANI, 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR manafmusa@yahoo.com
Jumaat, 2 Ogos 2013
Sabtu, 29 Jun 2013
Perancangan Pembangunan Luar Desa
SHAH ALAM 29 JUN : Perancangan pembangunan luar desa yang menjadi
tumpuan Kerajaan Negeri bagi penggal terbaru akan dibuat berdasarkan
kesesuaian penduduk setempat kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan
Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi.
“Industri yang terlibat itu nanti bergantung kepada hasil keluaran
yang sesuai dengan penduduk sama ada pertanian, pembangunan atau
sebagainya.
“Kita akan jalankan serentak dengan program-program Kerajaan Negeri
yang lain. Fokus kita untuk kita membandarkan kampung, jadi apa yang
dirasai oleh orang bandar juga dapat dirasai oleh orang kampung,”
Sallehin berkata ketika ditemui di sini.Beliau berkata setakat ini, satu jawatankuasa seketariat yang
diketuai oleh Pegawai Perhubungan Politik, Datuk Saifuddin Nasution
Ismail sudah ditubuhkan.“Banyak pihak yang akan terlibat dalam perkara ini daripada peringkat
atas hinggalah akar umbi. Ini termasuk Saifuddin, Menteri Besar Tan Sri
Abdul Khalid, saya sendiri serta Ketua-Ketua Kampung dan Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).“Jawatankuasa ini sudah mula bergerak. Buat masa ini kita dalam
peringkat untuk memantapkan di peringkat JKKK, pegawai daerah dan Ketua
Kampung,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan
di Masjid Negeri, di sini.
Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan akan memberikan tumpuan yang
lebih kepada pembangunan di kawasan desa Selangor seperti Kuala
Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam.Langkah itu supaya rakyat di kawasan-kawasan pendalaman tersebut dapat merasa nikmat kekayaan
Selangor yang selama ini tertumpu di kawasan bandar seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Klang dan Ampang.Usaha pembangunan tersebut meliputi pembinaan infrastruktur seperti
jalan raya dan bangunan komersial, selain penjanaan industri kecil bagi
membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk belia.
Rabu, 19 Jun 2013
3 negeri diwarta kawasan larangan pembakaran terbuka
Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini mengisytiharkan seluruh negeri
Selangor, Melaka dan Johor sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka
berkuatkuasa serta merta.Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar
Datuk Halimah Hassan berkata larangan mengikut Seksyen 29AA(2) Akta
Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 itu, berkuatkuasa sehingga ke
satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Bagaimanapun, katanya, larangan berkenaan tidak melibatkan pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar."Mereka yang disabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Selain itu, Halimah berkata kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.Ketiga-tiga negeri tersebut sedang menghadapi masalah jerebu ekoran kebakaran hutan di negara jiran.Halimah meminta orang ramai memberi kerjasama dengan menghubungi JAS di talian 03-88891972 atau 1-800-88-2727 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 03-88880336, jika mengesan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di kawasan mereka.

Selasa, 18 Jun 2013
Gangguan Bekalan Air
SHAH ALAM 18 Jun : Beberapa kawasan di Lembah Klang dan Hulu Selangor
akan mengalami gangguan bekalan air selama lebih dua hari bermula lapan
pagi ini sehingga 8 malam hari Khamis.
Ini bagi melakukan kerja-kerja penukaran dan penambahbaikan injap
pengepaman air bersih di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.
Menurut kenyataan media Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas),
kerja-kerja penyenggaraan akan mengambil masa 8 jam, manakala pemulihan
bekalan air memakan masa 48 jam.
Syabas menjangkakan hentitugas separa ini akan menyebabkan gangguan
bekalan air lebih 74,890 pengguna di Kuala Lumpur, Bukit Damansara,
Gombak, Hulu Selangor dan Petaling.
Sebagai langkah persediaan awal, SYABAS telah meletakkan
kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk
meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta
menyediakan 525 buah tangki statik.
Kawasan tersebut ialah :
Wilayah Gombak
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara dan Sunway SPK Harmoni 3.
Jumlah akaun : 21,947 akaun

Wilayah Hulu Selangor
Kampung Sungai Serai; seluruh Kuang; Kampung Baru; Kampung Melayu Sri Kundang; Kampung Permata; Taman Desa;
Bandar Baru Kundang; Kundang Jaya; Bandar Tasik Puteri; Taman Tasik Biru dan Taman Perindustrian.
Jumlah akaun: 13,040 akaun

Wilayah Petaling
Bukit Rahman Putra; Taman Impian Indah; Taman Sri Putra; Saujana Akasia; Taman Sri Putra Mas; Taman Matang Jaya dan Kampung Matang Pagar.
Jumlah akaun : 7,340 akaun
Bukit Rahman Putra; Taman Impian Indah; Taman Sri Putra; Saujana Akasia; Taman Sri Putra Mas; Taman Matang Jaya dan Kampung Matang Pagar.
Jumlah akaun : 7,340 akaun
Wilayah Kuala Lumpur
Bukit Kiara
Sebahagian Kawasan Bukit Damansara
Bukit Kiara
Sebahagian Kawasan Bukit Damansara
Manakala kawasan yang mengalami gangguan tekanan rendah termasuk :
Wilayah Petaling
Kuarters Penjara Sungai Buloh; Kampung Kubu Gajah; Kampung Merbau
Sempak; Desa Moccis; Kampung Paya Jaras; Hospital Kusta; Kampung Baru
Sungai Buloh (Kampung Baru Cina); Kampung Desa Aman; PJU10, Saujana
Damansara; PJU10, Prima Damansara.
Jumlah akaun : 21,248 akaun
Jumlah akaun : 21,248 akaun
Wilayah Kuala Lumpur
Segambut
Segambut
Pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta
menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan
(PUSPEL) di 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke
39222.
Wanita Luar Bandar di Perkasa
SHAH ALAM : Pembangunan wanita masyarakat desa akan menjadi satu
objektif tambahan bagi Kerajaan Selangor sejajar dengan usahanya bagi
menumpukan pembangunan di kawasan luar bandar.
Exco Kebajikan dan Hal ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata beberapa program sedang dirancang bagi mengembelingkan tenaga wanita supaya mereka dapat menyumbang kepada peningkatan taraf hidup di kawasan setempat.
Di samping it Kerajaan Negeri akan terus merancakan pembukaan Pusat Wanita Berdaya (PWB) di seluruh negeri supaya golongan lepasan sekolah dan suri rumah dapat mempelajari kemahiran baru seperti menjahit dan memasak bagi meningkatkan hasil isi rumah mereka.
Tumpuan turut diberikan kepada golongan ibu tunggal, kata Rodziah, yang juga Adun Batu Tiga.
“Kita akan terus mengiatkan promosi penerangan supaya ibu tunggal yang tidak berdaftar dapat menyertai (program kerajaan negeri) dan mendapat manfaat,” ujarnya di dalam satu temurah bersama Selangorkini.
Rodziah berkata, peranan wanita dalam pembangunan negeri dikhtirafan Kerajaan Negeri dapat dilihat melalui perlantikan empat exco wanita dalam petadbiran negeri.
Beliau berkata, penglibatan 40 peratus tenaga wanita dalam pentadbiran negeri membuktikan kecemerlangan prestasi ditunjukkan yang seharusnya dibanggakan.
“Peranan wanita ini akan terus diperluaskan dari peringkat atasan hingga ke peringkat rendah yang mana akhirnya wujud pemahaman antara lelaki dan wanita dalam pembangunan masyarakat.
“Kita akan terus membela nasib wanita menerusi pelbagai bidang kerjaya supaya mereka mampu mencipta kerjaya dengan jaya bukan setakat dalam konteks jawatan tetapi ianya lebih meluas,” katanya.

Rabu, 5 Jun 2013
Petani tak Puas hati harga padi
TANJONG KARANG 5 JUN: Petani di kawasan Sungai Burong dan Sekinchan
berasa tidak puas hati dan kecewa terhadap penurunan harga pembelian
padi yang ditawarkan oleh Padiberas Nasional (Bernas) di kawasan mereka.Rata-rata petani mendakwa Bernas kini membeli padi daripada mereka
dengan harga RM 1,150 bagi satu tan metrik. Iaitu kurang RM 130 daripada
harga 1,280 satu tan yang ditawarkan kepada petani di Tanjong Karang.
Mereka mendakwa pengurangan kira-kira RM 130 satu tan melibatkan
kerugian yang besar kepada para petani yang hanya bercucuk tanam dan
menjual padi sebanyak dua kali setahun.
Seorang petani, Samsuddin Hussain, 62, mendakwa golongan petani
dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana menurunkan
harga sewenang-wenangnya setelah petani bekerja keras menanam padi.
“Petani
ini macam tidak diambil berat, macam dipermain-mainkan, seolah-olah
petani tak ada nilai diri sedangkan mereka adalah pengeluar makanan
negara.
“Petani
ini macam tidak diambil berat, macam dipermain-mainkan, seolah-olah
petani tak ada nilai diri sedangkan mereka adalah pengeluar makanan
negara.
“Ini yang kami tak puas hati, dengan masalah harga padi yang
diturunkan ini, kalau turunkan sama saja di semua kawasan, kita tak
terasa sangat,” katanya.Samsuddin ditemui bersama hampir 200 orang petani yang mengadakan
demonstrasi aman di hadapan Kilang Bernas Sekinchan di sini semalam.
Dianggarkan kawasan Sungai Burong, Sekinchan dan Sabak Bernam
mempunyai seramai 5,000 petani yang terjejas dengan penurunan harga
Bernas itu.Turut hadir, Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi dan Adun Sekinchan, Ng Swee Lim.
Sementara itu, Sallehin yang juga Adun Sabak berkata, penurunan
sebanyak RM 100 bagi setiap tan metrik adalah sangat membebankan kerana
menanam padi merupakan perniagaan utama bagi penduduk di Sekinchan
sehingga ke Sabak Bernam.“Penurunan RM100 itu kecil, tapi kalau 10 tan metrik? Mereka (petani)
sudah hilang RM 1,000, dan RM 1,000 ini terlalu banyak yang boleh
digunakan kepada petani.“Bahkan RM 1,000 ini telah melepasi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500 pada tahun lalu,” ujarnya.
Katanya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob perlu mengambil pendekatan segera bagi menyelesaikan
masalah ini sebelum musim menuai berakhir.
Dalam pada itu, seorang lagi petani, Samudin Abdullah , 47,
melahirkan perasaan kecewa kerana setelah mengeluarkan kos yang besar
bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi tetapi harga pula diturunkan.“Beza petani di negeri-negeri lain, kami petani di Selangor memang
banyak mengeluarkan belanja untuk pertanian. Contoh kadar sewa yang
tinggi, kadar racun yang mahal, jadi apabila harga padi menurun, jadi
kami sangat merasa kerugian,” katanya.
Ahad, 2 Jun 2013
Langgan:
Catatan (Atom)