KAMPONG PARIT 4, SUNGAI HAJI DORANI, 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR manafmusa@yahoo.com
Ahad, 12 Julai 2009
Pendapatan Bawah RM1,500
Kerajaan campuran negeri Selangor menetapkan kriteria hanya keluarga berpendapatan di bawah RM1,500 layak untuk menerima imbuhan kebajikan seperti terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan; Hal Ehwal Wanita; Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail berkata, keputusan itu dilihat amat baik memandangkan kerajaan negeri sebelum ini berhasrat untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat miskin sahaja.
"Syarat pendapatan keluarga di bawah RM1,500 sebulan akan digunakan sebagai penanda aras dalam pemberian insentif kepada rakyat Selangor."Syarat ini akan kita kaji semula pada masa depan tetapi bukan dalam masa terdekat kerana ia melibatkan jumlah kewangan tinggi," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan pemberita mengenai tempoh yang ditetapkan kerajaan negeri Selangor untuk menunaikan janji-janji dalam manifesto pilihan raya umum baru-baru ini bagi mengurangkan beban dan membantu ekonomi rakyat sejajar dengan konsep negara kebajikan yang diperjuangkan pakatan pembangkang.Antara tawaran itu ialah elaun ibu tunggal, elaun khas suri rumah yang menjaga sepenuh masa anak kecil, membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor, bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak dan bantuan RM50 sebulan seorang bagi anak yang mengikuti pendidikan pra persekolahan.
Sabtu lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan, insentif pelajaran RM1,000 tidak dapat diberikan kepada setiap anak negeri seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum disebabkan kekurangan peruntukan .Sebaliknya, insentif berkenaan akan diberi kepada anak-anak Selangor yang memulakan pengajian di peringkat diploma dan ijazah pada tahun ini dan dihadkan kepada keluarga berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan.
Sementara itu, pada sidang akhbar tersebut, Rodziah memaklumkan, Selangor bakal menjadi negeri pertama menyiarkan secara langsung sepenuhnya sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).Jelas beliau, persidangan akan disiarkan dari pukul 10 pagi hingga 4.30 petang selama empat hari mulai esok melalui laman web http://www.selangor.gov.my.
Menurutnya, langkah itu dibuat bagi memberi peluang kepada orang ramai khususnya rakyat Selangor menyaksikan sendiri perjalanan sidang DUN."Selain membolehkan rakyat mengetahui perkara-perkara yang dibincangkan, mereka juga berpeluang memberi komen mengenai persidangan ini," ujarnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan