Khamis, 30 Julai 2009

363 Ketua Kampung Baru


Seramai 363 ketua kampung yang baru telah dipilih, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari.
Beliau berkata watikah perlantikan jawatan ketua kampung tersebut akan diberikan dalam satu majlis khas yang akan ditetapkan kelak.

“Kesemua mereka yang dilantik bakal melalui tempoh percubaan selama enam bulan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco, dekat sini petang tadi.
Menurutnya lagi, dalam tempoh tersebut nama mereka (ketua kampung) akan disemak Jabatan Insolvensi dan pihak polis.

Katanya, ia penting bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai rekod yang bersih sahaja dibenarkan meneruskan perkhidmatan sebagai ketua kampung.“Perlantikan mereka dibuat secara telus dan kita juga telah menetapkan mereka yang menjawat jawatan ketua kampung tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan dalam parti sebagaimana yang dibuat oleh kerajaan terdahulu,” ujarnya.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga berharap mereka yang telah dipilih akan melaksanakan tanggungjawab dengan adil, telus dan bertanggungjawab tanpa mengira pegangan politik.Dalam pada itu, Yaakob berkata terdapat lima buah kampung di Hulu Langat masih belum mempunyai ketua kampung berikutan proses temuduga masih dijalankan.

Katanya, kampung yang terlibat ialah Kampung Seri Jambu, Kampung Melayu Ampang, Kampung Tasik Permai, Kampung Sungai Batu dan Kampung Pandan Dalam.

Arkib. 6 Ogos 08.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan