Ahad, 12 Julai 2009

Batuk

Pengenalan
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.
Sebab-sebab batuk
Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
Alahan
Asma
Merokok
Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
Tekanan
Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Rawatan
Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
Berhenti merokok
Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.
Bila anda perlu berjumpa doktor?
Batuk yang mengeluarkan darah
Baru pulang dari perjalanan luar negara
Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
Semput / sesak nafas, sakit dada
Demam yang berpanjangan
Mengandung
Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan
Pencegahan
Amalkan tabiat kebersihan yang baik
Minum banyak air
Tangani tekanan dengan baik
Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan